Bab 8

89 37 25
                                    

"Abang yakin ke Rasya pilihan abang? Tak rasa risau ke risau ke lepaskan Rasya empat tahun ke US macam tu aje? Silap-silap, Rasya tersangkut dengan mat saleh kat sana. Tak ke merana abang kat sini?" Aqilah cuba meracuni fikiran abangnya tentang Rasya.

       Amer memcubit lembut pipi adik bongsunya. Dia tersenyum memandang Aqilah yang penuh curiga.

       "Well, dalam soal-soal macam ni, kesetiaan dan kejujuran tu sangat penting, Qilah. Saling percaya-mempercayai adalah perkara terbaik dalam sesebuah hubungan jarak jauh begini." Amer berhujah ringkas agar fikirannya tidak terpengaruh dengan kata-kata adiknya itu.

      Aqilah memggumam di dalam hati. Rasya tidak sesetia seperti yang abang sangka! Abang akan menyesal satu hari nanti. Kalau benar Rasya setia, kenapa dia tergamak rampas Syam dari Qilah? Bukan rampas sebenarnya... Tapi menggunakan kecantikan diri yang dia ada untuk menawan hati Syam. Sedangkan Syam sebenarnya sukakannya!

      Minda Aqilah melayang pada kenangan setahun yang lalu. Ketika itu mereka masih di bangku sekolah.

      "Qilah, tolong aku huat lukisan ni. Aku tak pandailah." Rasya melontarkan seuara manjanya sewaktu meminta pertolongan sepupunya itu.

       "Aku banyak kerjalah, Sya. Math dengan sains ni pun tk siap lagi." Aqilah ketika iti sedang tekun membuat jalan kira penyelesaian soalan matematik yang diberi oleh gurunya.

       "Alaa... Tolonglah Qilah. Cikgu Noraini nak lukisan ni siap esok jugak. Tolonglah aku. Kau kan pandai bab-bab lukis melukis ni. Tak apa, aku tolong siapkan soalan math dan sains kau tu, nak?" Rasya menawarkan khidmatnya.

      "Orang lain takkan tak ada yang boleh tolong kau?" Aqilah masih cuba menolak.

       "Alaa... Tolonglah Qilah. Please..." rayu Rasya tidak jemu-jemu.

      "Hmm... Okeylah, okeylah! Tapi kau janji ajar aku math dengan sains ni nanti?"

      Rasya tersenyum gembira. "Tak apa. Aku buatkan terus homework tu untuk kau. Don,t worry." Rasya mengambil buku latihan bertulis tangan Aqilah itu sebagai pertukaran dengan lukisannya. Tidak dinafikan, sepupunya memang berbakat dalam bab-bab seni begini. Tulisan tangannya pun sudah mampu menawan hati mereka yang membaca. Tapi bukan dia. Dia tidak pernah teruja dengan kelebihan yang ada pada diri Aqilah itu.

       Aqilah pula sekadar memggeleng melihat kanvas yang kosong itu.

       'Hisy, Rasya ni! Takkan sketch pun tak pandai? Kosong macam ni aje? Ni dah kira nak mendera aku ni!' Aqilah mula rasa tak senang hati.

       Setelah beberapa jam, akhirnya, lukisan untuk Rasya siap sepenuhnya. Mahu sahaja Aqilah menurunkan tandatangan di situ tetapi dia tidak sampai hati. Pusing ke mana pun, Rasya tetap sepupunya. Darah dagingnya.

       Rasya menerima lukisan itu dengan senyuman lebar. Dan sebagai balasan, Rasya menghulurkan buku latihan matematik Aqilab. Kerana kesuntukan. Masa, Aqilah terus sahaja ke sekolah keesokan harinya tanpa mengsyaki apa-apa.

       Akibatnya Aqilah terima pada sesi mata pelajaran Matematik yang diajar oleh Mr. Ng hari itu. Ketika itu barulah dia terasa betapa kejamnya langit. Saat itu juga dia mahu sahaja menarik-narik rambut Rasya. Rupa-rupanya, buku latihan matematiknya kosong tanpa sebarang penyelesaian di dalamnya. Sakit hati! Tambah memalukan, bila Mr. Ng mendendanya berdiri di tengah panas. TUHAN sahaja yang tahu betapa malunya dia pada hari itu. Dan ketika itu jugalah, Syam bersama seorang teman melewati koridor kelasnya. Kedua-duanya tidak beralih daripada memerhatikannya Yang sedang berpanas. Ah... Geramnya! Rasyaaa!!!

**********

TOLONHLAH! Dia sama sekali tidak bersetuju dengan pertunangan ini. Rasya bukan gadis yang baik, Abang Amer! Mahu sahaja dia meronta-ronta menjerit di tengah khalayak ramai sewaktu mama menyarungkan cincin di jari manis Syarifah Ainur Rasya. Sahlah, gadis yang baru memasuki usia 19 tahun itu menjadi tunang abangnya, Amer Munawer. Pertunangan mereka dilangsungkan dalam suasana yang cukup meriah di kediaman Rasya sekeluarga.

       Rasya begitu anggun mengenakan baju yang ditempah khas dari kajn renda Perancis warna ungu muda dihiasi batu-batu kristal yang bergemerlapan, hadiah daripada bakal ibu mertuanya yang juga ibu Aqilah. Mama begitu beria-ia menyambut bakal menantunya hari itu. Jari manis Syarifah Ainur Rasya disarungkan dengan sebentuk cincin emas putih oleh Syarifah Mazidah. Seronok benar mama sehinggakan tidak kisah langsung berbelanja lebih buat bakal menantunya itu.

       Rasya tersenyum sinis apabila matanya beetentangan dengan sepasang mata Aqilah. Aqilah segera melarikan pandangannya ke luar rumah. Di luar rumah oula terlihat kereta abangnya terparkir di sebalik pokok di hadapan rumah kediaman Rasya sekeluarga. 'Huh! Rindu buah dengan buah hati sampai tak menyempat-nyempat!" omel Aqilah di dalam hati.

       "Hah kenapa menyorok kat tepi langsir ni pulak ni? Tak join sekali dengan Rasya bergambar?" tegur Syarifah Aziah yang kebetulan terlihat kelibatan Aqilah dari jauh. Dihampirinya anak gadis yang sedang merenug ke luar jendela itu.

       "Malaslah! Biarlah orang yang tengah bahagia tu bergembira, aunty. Nanti Qilah jadi penyibuk pulak.' Aqilah meluahkan rasa terlukanya tanpa sedar.

       "Eh, kenapa pulak ni? Tak suka ke Rasya jadi kakak ipar Qilah? Tanya Syarifah Aziah ingin tahu. Dari raut wajah Aqilah, dia seakan dapat meneka perasaan gadis itu.

       "Tak adalah macam tu, aunty. Kalau itulah pilihan terbaik abang Amer, dan abang Qilah tu sayangkan Rasya, Qilah tumpang bahagia. qilah ni tengah rimas dan panas sebab kena pakai baju kurung nilah, aunty. Mamalah yang paksa ni!" Aqilah cuba memberi alasan terbaik. Dia enggan melukakan hati ibu saudara yang disayangi itu. Walau dia dan Rasya bergaduh sekalipun, dia tidak pernah melibatkan keluarga Rasya kerana dia begitu menghormati ibu saudaranya itu.

       Syarifah Aziah dan Aqilah memandang ke tengah singgahsana. Rsdya memakai veil di kepala nampak begitu genbira di sisi Amer Munawer. Syarifah Mazidah dan Dr. Zawawi juga kelihatan gembira dengan kehadiran Rasya sebagai bakal ahli keluarga mereka kelak. Sayu hati Aqilah melihat senyuman mama dan papanya itu. Apa sahaja yang berkaitan dengan Rasya, pasti menjadi kebanggaan mama dab papanya.

       "Bila tengok Rasya dah bertunang ni, aunty rasa teringin carikan jodoh untuk Qilah pulak..." syarifah Aziah sengaja mengusik Aqilah yang sedang leka memandang pasangan yang baru ditunangkan itu.

       "Hisy... Mengarutlah, aunty! Qilah muda lagilah! Rasya tu lainlah." Aqilah pantas menepis niat ibu saudaranya itu.

      "Kalau baik orangnya, takkan Qilah tolak jugak?" umpan Syarifah Aziah.

      "Tak minatlah, aunty!" jawab Aqilah pendek. Tidak mahu dijadikan mangsa kahwin atas pilihan keluarga.

       Aqilah merenung pelamin. Tampak jelas Rasya sedang tersenyum bangga di samping abangnya.

       Tapi... Itu cerita empat tahun lalu. Kini, semuanya sudah jauh berbeza.

       'Abang Amer, Rasya sebenarnya dah ada orang lain. Qilah kenal siapa orangnya.'

       Aqilah melihat gambar pertunangan Rasya dan abangnya di dalam sebuah album gambar.

       'Sampai hati Rasya menduakan abangnya. Kalau orang lain, aku tak kisah sangat. Tapi abang Amer tu, abang aku! Satu-satunya abang yang aku ada kat dunia ni. Apa salah Abang Amer, Rasya?' hati Aqilah terluka melihat senyuman Rasya di samping abangnya di dalam gambar tersebut.

******

To be continue....

Jangan lupa tengok episod seterusnya guys😉

& jangan lupa vote korang 😇

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now