Bab 19

82 32 58
                                    

Kiranya kau ada penggantiku...


4 Januari 2020

Terkejut aku dengan kehadiran tiba-tiba Afiq Aiman di restoran Tuan Haji Azman. Ketika aku sedang ingin duduk bersendirian, ketika sedang ingin melayan lara hati seorang diri, kenapa dia yang hadir? Sesungguhnya lelaki itu cuba kujauhi seboleh mungkin. Aku cuba menanam perasaan benci padanya sepertimana aku bencikan Rasya. Namun bilamana hati lelaki itu tergores dengan kelancangan mulutku sendiri, ketika itu... Baru ku sedari keluhuran hati seorang lelaki bernama Afiq Aiman. Dari situ juga aku mula menyedari keterlampauan sikapku ke atasnya. Dialah lelaki budiman pertama yang kutemui sepanjang hayatku. Fikiranku cepat membuat rumusan. Bertuahnya Rasya kerana terlebih dahulu mengenali lelaki ini.

    Lelaki itu bagai dapat mencium perubahan sikapku yang kurang ceria seperti selalu. Sungguh... Aku cuba menutup punca diriku menjadi cengeng di hapadanya. Aku tidak mahu lelaki itu mengambil ruang dalam hidupku. Cukuplah aku mengenalinya sebagai insan yang pernah menjadi teman istimewa Rasya.

    Entah kenapa aku cuba mengocak perasaan lelakinya. Sengaja mempersoalkan kesetiaan Rasya padanya selama ini. Hatiku sekali lagi merintih apabila mendapat tahu lelaki itu benar-benar mencintai Rasya sepenuh hati. Habis... Bagaimana dengan abangku, Amer Munawer? Tidakkah Rasya mencintai tunangnya sepenuh hati? Kalaulah Afiq tahu yang Rasya kini sedang membilang hari bahagia bersama Amer Munawer, bagaimanakah agaknya perasaanya? Tergamak sungguh Rasya mempermainkan lelaki-lelaki ini.

    Aqilah akhirnya meletakkan pen berdakwat basah itu di sisi diarinya. Perasaanya bercampur baur. Perasaanya pada Kay tidak pernah terluah, kini ditambah pula dengan kerenah sepupu sendiri yang cuba menghancurkan perasaan lelaki lain. Bilakah akan berakhirnya titik derita ini?

********

Afiq Aiman masuk ke pejabatnya seperti biasa. Senyuman di bibirnya terukir spontan sejurus terpandangkan gambar yang berbingkai indah  di atas mejanya. Gambar dia bersama Rasya. Rasya sedang tersenyum manis sambil memaut mesra lengannya dan melentok manja di bahunya. Gambar yang berlatarbelakangkan musim bunga di sebuah taman itu bagai menceritakan betapa indahnya percintaan mereka berdua di US dahulu. Mereka sudah seia sekata mahu mematerikan perhubungan mereka agar lebih bermakna.

     Afiq mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Dia pantas mendail nombor Rasya. Tiga kali deringan, berulah talian di sebelah sana bersambut. 

    "Hello, dear! Free tak petang ni?" Tanya Afiq terus tanpa ucapan salam seperti selalu.

    "Hai, Fiq petang ni? Emm... Sorrylah dear. Petang ni I kena teman mama I ke butik," jawab Rasya di hujung talian.

    "Malam ni?" Afiq masih Tidak berputus asa. Cabaran Aqilah cukup besar maknanya jika dapat dibuktikan. Rasanya sudah lebih dua minggu dia tidak ditemani Rasya. Setiap kali dia mengajak Rasya keluar, ada sahaja alasan diberikan.

    "Malam pun tak bolehlah, Fiq. I dah janji nak dinner dengan famili I," tutur Rasya dengan serba salah.

    Afiq mendengus. "I tak fahamlah. You tak pernah ada masa untuk I. Habis, bila sebenarnya you free ni?" Afiq mula hilang sabar, tetapi cuba dikawal suaranya.

    "Fiq, janganlah marah. I memang tengah sibuk sangat sejak kebelakangan ini. Nak jumpa you kejap pun dah terkejar-kejar macam tak cukup masa. Memanglah I rindu you, tapi apa I boleh buat kalau kerja dah sebeban depan mata?" Rasya masih tegar mencipta alasan.

    "Okey, tak apa. Kalau macam tu, apa kata... I  join dinner dengan famili you malam ni? I nak jugak kenal dengan famili you." Afiq seakan memaksa bila Rasya tetap tidak memberi peluang kepadanya.

    Rasya tergamam. Pelik bercampur terkejut. Bagaimana Afiq boleh jadi senekad itu tiba-tiba? Dia mula kalut. Mana mungkin dia memperkenalkan Afiq kepada keluarganya sedangkan malam ini, Amer juga akan turut serta  menghadiri makan malam bersama keluarganya.

    "Fiq, listen. Betul you nak jumpa famili I?" Rasya menguatkan suara, memberanikan diri bertanya. Jauh di sudut hati, dia mengharapkan akan mendapat jawapan 'tidak' dari bibir Afiq.

    "I memang nak jumpa famili you, Sya. Dah lama dah. You ingat I main-main ke?" Jawab Afiq penuh yakin. Sedikit kecewa bila Rasya seolah-olah mempersoalkan keikhlasannya. Seperti tidak yakin dengan kejujurannya.

    Rasya terdiam. Otaknya ligat berusaha  memikirkan alasan lain untuk diberikan kepada Afiq. Dia tersepit.

    "Boleh tak ni, Sya?" Gesa Afiq apabila tidak mendapat apa-apa pun respons daripada Rasya.

    Kendengaraan helaan nafas kuat Rasya di talian. "Fiq... Macam mana I nak cakap ya? I,m surprise. Tapi... Entahlah." Resah gelisah suara Rasya.

    Giliran Afiq pula menghela nafas dalam. "Rasya... You sebenarnya tak yakin dan belum bersedia kan?"

    "No, no! I tak bermaksud macam tu..." Rasya pantas menangkis.

    "Okey, kalau macam tu... Kita jumpa malam ni di rumah famili you!" Tegas Afiq tidak memberikan pilihan.

    "Wait! Afiq! I'm sorry, malam ni memang tak boleh. Kita kena bincang dulu. I takut famili aku terkejut bila tiba-tiba  bawa you jumpa dia orang. Kita kena rancang betul-betul dulu, Fiq." Rasya masih mahu berdolak-dalik.

    "You macam sengaja bagi alasan, Sya. Kalau betul you sayangkan I, you takkan mengelak macam ni. Betul ke you cintakan I ni, Sya?" Tanya Afiq mula ragu-ragu.

    "Fiq, sayang I pada you tak pernah berkurang sikit pun."

    "Tapi... I macam dapat rasa you dah tawar hati dengan I. I dapat rasakan, Sya. Tak apalah kalau you tak izinkan. Bye." Afiq serta-merta mematikan talian tanpa menunggu balasan Rasya. Dia kecewa. Mungkin benar telahan Aqilah? Tidak! Itu bukan telahan! Dia mula yakin, ia bukan sekadar  telahan, tetapi gadis itu seperti cuba menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Aqilah seperti tahu apa yang dia tidak tahu!

********

To be continue...

Jangan lupa saksikan episod seterusnya



Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now