Bab 12

93 36 21
                                    

Aqilah mengambil tempat di bawah pohon beringin di hadapan sebuah tasik sering menjadi tempatnya bersendirian dalam mencari ketenangan. Dia tersenyum puas. 'Padan muka kau, Rasya!'

      Di kepalanya masih terbayang-bayang wajah Rasya di restoran tadi. Wajah cemburu Rasya mencuit tangkai hatinya.

     Aqilah menggulung lengan kemeja kotak-kotaknya ke paras atas siku. Segaris parut panjang masih kelihatan di situ dan akan kekal sampai bila-bila cuma ianya sudah sedikit pudar ditelan masa. Kotak mindanya mula mengingat bagaimana parut itu boleh terlukis di situ

*******

Sudah sebulan pemergian Syed Hazeem ke alam baqa. Namun, Aqilah masih menangisinya. Semua orang menuduh dialah punca kepada kematian Syed Hazeem. Syed Hazeem terkorban apabila cuba menyelamatkannya daripada lemas di dalam kolam renang.

     "Abang Jim, maafkan Qilah!" rintih Aqilah dengan linangan air mata sewaktu menghadiri pengkebumian Syed Hazeem.

      Dia sayangkan Abang Hazeem sama seperti dia sayangkan abangnya sendiri. Sepupunya itu cukup menyanyangi dirinya lebih daripada adiknya, Rasya sendiri. Rasya sering kali cemburu dengan perhubungan baik mereka. Bagi Rasya, Aqilah telah merampas abangnya.

      "Kaulah punca abang aku mati, Qilah!" herdik Rasya kuat mengejutkan Aqilah yang sedang bersedih.

      "Bukan aku yang buat dia matilah, Sya. Aku sayangkan dia macam Abang Amer juga." Aqilah membalas sendu. Air matanya sudah bercucuran.

      "Eh, pandai menjawab pulak dia ya!" Rasya meluru ke arah Aqilah. Ditariknya tocang Aqilah sekuat hatinya.

       "Sakit Sya! Sakit!" Aqilah menjerit akibat tidak tertahan sakitnya ditarik rambut oleh sepupunya itu.

      Rasya langsung tidak menghiraukan jeritan Aqilah. Aqilah yang tidak tertahan dengan kesakitan itu menggapai tocang Rasya lalu disentap kuat. Kedua-duanya bergumpulan di bawah pohon rimbun di hadapan rumah Aqilah. Rasya yang saiz tubuhnya lebih besar sedikit daripada Aqilah menolak sepupunya sekuat hati. Aqilah terguling ke tanah. Tangannya tertusuk akar kayu yang tajam hingga mengakibatkan luka panjang di lengannya. Rasya yang terperanjat melihat darah mengalir melarikan diri masuk ke rumah. Menangis-nangis Aqilah bangun mencari mak Ngah Siti. Sakitnya bukan kepalang. Bila dilihat luka itu oleh mamanya, dia dilibas dengan rotan pula.

     "Degil betul budak Qilah ni! Kalau tak sebab nakal dia ni, Hazeem takkan mati!" Syarifah Mazidah pernah melafazkan kata-kata itu padanya dahulu. Sehingga saat ini pun dia masih tidak dapat lupa pada kata-kata tersebut. Kerana Rasyalah lengannya berparut dan kerana Rasyalah dia dirotan teruk oleh mamanya. Dia merajuk di dalam biliknya tidak mahu keluar-keluar lagi. Hanya Mak Ngah Siti yang datang memujuk dan membalutkan luka di lengannya. Sejak hari itu, hatinya begitu terluka. Lukanya bertambah parah hari demi hari bilamana Rasya dilebihkan dalam segala hal oleh keluarganya sendiri sehinggakan dia terpaksa memendam perasaannya sendirian.

********

Afiq menarik lengan Rasya yang cuba memasuki keretanya.

     "Sya... dengar dulu penjelasan I." Afiq cuba memujuk.

      "Fiq... I tak tahu apa lagi yang harus I dengar dari you. Sejak kita balik Malaysia, hubungan kita tak pernah aman. I'm sick of you and Aqilah, Fiq. Aqilah sebenarnya nak goda you! Can't you see that? Depan-depan mata I, dia selamba aje peluk you, you tak rasa apa-apa ke? Seriously, I'm jealous! Please, Fiq. Step out for her life. Please... If you still love me..." rayu Rasya sepenuh hati.

      "Sya... There's nothing between us. Tak ada apa-apa langsung! Berapa kali kita nak bergaduh dan terus bergaduh pasal cousin you tu? Kita bukannya budak-budak lagi. Kita tak sama-sama jernihkan keadaan? I tak nampak langsung usaha you untuk berbaik-baik dengan Aqilah. Kenapa tidak I jadi orang tengah yang..."

       "Oh, you nak mnangkan dia ya?" Rasya memotong kata-kata Afiq. "Go to hell with her! Dan you jangan ambil tahu pasal diri I lagi!" Rasya berlari mendapatkan teksi yang menunggu berhampiran tanpa sempat Afiq menahan.

      Afiq meraup mukanya wajahnya dengan rasa yang sebal.

       'Mengapa Rasya dan Aqilah tidak pernah mahu berbaik-baik? Besar sangat ke dosa silam mereka?'

**********

To be continued.....

Alhamdulillah dh siap episod terbaru 😍

Dh baca jangan lupa vote yer😉 saya sentiasa doakan orang yang vote dimurahkan rezeki😇✨







Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now