Bab 21

77 28 28
                                    

Kali ni riss sediakan lagu untuk episod 21 kerana episod ini berkaitan dengan lagu di atas😇👍

Sandiwaramu memaksaku mengundur diri...

Afiq duduk berteleku di atas sejadahnya usai solat isyak malam itu. Lamunannya terbang kembali pada pertemuannya dengan Rasya siang tadi. Pertemuan yang begitu dingin. Tidak lagi seceria dahulu. Ada mendung berarak antara mereka.

    "Kenapa you tak pernah cakap yang you ni tunangan orang, Rasya? Kenapa you sanggup tipu I?" Persoal Afiq. Tidak menunggu lebih lama untuk mengetahui jawapan dari mulut Rasya sendiri.

    "Fiq, jangan salah faham. I tetap sayangkan you walau apa pun yang terjadi." Rasya tetap tidak mahu mengaku kesalahannya.

    "Rasya... You tak rasa bersalah ke cakap macam ni? You tunang orang dan dalam masa sama, you boleh cakap yang you sayangkan I. Apa ni, Rasya?" Afiq tidak puas hati.

    Rasya mengugut bibir. Dia berbelah bahagi. Kedua-dua lelaki itu amat disayanginya. Cuma satu pilihan untuk dijadikan teman hidup.

    "Siapa sebenarnya yang you sayang ni?" Soal Afiq lagi.

    "Fiq, I sayangkan you!"

    "Habis, tunang you?"

    "Fiq..."

    Afiq berpaling, enggan memandang wajah Rasya lagi. Hatinya sakit diperlakukan oleh Rasya. Selama ini dia dipermainkan. Sangkanya, hanya Aqilah yang pandai berlakon. Tetapi nampak gayanya, Rasya lebih bijak. Langkah tarinya teratur sehinggakan dirinya terbuai dek lakonan bersahaja gadis itu.

    "Rasya, I ingat I dah kenal hati budi you. I dah kenal diri you sepenuhnya. Tapi, rupa-rupanya... I ketinggalan jauh di belakang. I rasa tertipu!"

    "Afiq, I bukan macam tu," Rasya cuba membela diri. "I tahu Aqilah berdendam dengan I," tuduh Rasya.

    "Semua ni tak ada kaitan dengan Aqilah, Sya. I sendiri nampak dengan mata I sendiri, you dengan lelaki tu! Tak sangka dia tu tunang you, bakal suami you! Jadi selama ini, siapa sebenarnya I di hati you, Rasya?" Afiq merenung Rasya dengan kecewa. Hatinya hancur berkecai. Jika dia tidak mendesak Aqilah menceritakan segalanya, pasti ianya kekal rahsia. Sampai bilakah semua ini akan terbongkar? Apakah Rasya sengaja mahu mempermainkan dirinya?

    "Afiq, biarlah I berterus-terang dengan you. Terlebih dahulu... I mintak maaf banyak-banyak. Biar I jelaskan apa yang patut you tahu." Berlinangan air mata Rasya.

    Afiq sekadar memerhati tanpa rasa mahu memujuk. Menanti apa lagi pembohongan Rasya terhadapnya.

    "Ya, sebenarnya... I memang dah bertunang dengan Amer Munawer sebelum I berangkat ke luar negara lagi. Masa tu, Amer sedang menjalani housemanship dan bakal bergelar doktor. Mungkin kerana jarak yang memisahkan kami ditambah pula kami jarang berhubung membuatkan cinta I padanya juga semakin pudar hari demi hari. Sampai satu saat, Sya rasa diri ni bukan milik sesiapa. Adakalanya Sya rasa kecewa dan kesunyian... Dan dalam keadaan itulah, kita dipertemukan," terang Rasya.

    Afiq yang sedari tadi hanya mendengar segera mencelah.

    "Jadi, you gunakan I sebagai alat peneman sunyi you? Kenapa tak berterus terang dengan I dari dulu yang you ni tunang orang?"

    "I tak pernah anggap you begitu, Fiq. I betul-betul sayangkan you!" Rasya hampir menjerit mempertahankan kata-katanya.

    "Antara I dengan tunang you, siapa Pilihan hati you sebenarnya, Rasya? Siapa? Tolong jawab!" Afiq mendesak.

    "Fiq, tolonglah faham keadaan I. I tak mampu buat pilihan. I sayangkan you dan I jugak tak nak lukakan hati tunang I."

    "Tapi you lebih rela lukakan hati I kan, Rasya? Selama ni, I dah faham you. Ternyata, I silap!" Afiq bersuara tenang walaupun hatinya bergolak.

    "Empat tahun I ditipu... Ditipu dengan cinta palsu you, Rasya. I tak tahu gelaran apa yang patut I bagi pada you. You tak jujur, malah sanggup menipu I. I kecewa bila dapat tahu you tipu I. Tahniah! You dah berjaya melakonkan watak you dengan baik sekali!" Afiq menahan getaran hebat di dadanya.

    "Jangan cakap macam tu. I betul-betul sayangkan you."

    Afiq membisu. Cuba menenangkan hatinya yang berkocak. Bukan sedikit masanya telah terbuang bersama Rasya... Tetapi akhirnya Rasya memilih orang lain sebagai teman hidupnya.

    "Cukuplah sampai sini. Antara I dan  you, tamat di sini. I tak mahu calarkan perasaan tunang you kalau dia tahu tentang Kita, Rasya. Mulai saat ini, I lepaskan you," lafaz Afiq dengan wajah tenang.

    Rasya benar-benar terkejut dengan keputusan Afiq. Air matanya menitis sebelum dia menangis teresak-esak beberapa minit kemudian.

    Afiq nekad meninggalkan Rasya di situ sebelum Rasya berjaya memujuk hatinya sendiri. Dia mengetap bibir geram. Hatinya bengkak dan sedih. Hanya ada satu nama di kepalanya. Yang harus dipertanggungjawabkan di atas apa yang berlaku antara dia dan Afiq hari ini. Aqilah! Ya, Aqilah harus menerima akibatnya! Dia harus membayar segala-galanya...

********

To be continue...

Jangan lupa dah baca vote & komen yer. Jangan lupa saksikan episod baru


   

   























Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now