Bab 6

99 37 8
                                    

"HAI, sayang! Jom makan!" bersahaja suara nada suara Kay mempelawa Aqilah yang turut ditemani Ruzana dan Linda.

      "Apa sayang sayang?" sergah Aqilah sengaja berlagak sombong.

     "Jomlah, sayang... Abang belanja, ya?" Kay giat 'menjual minyak'.

     "Hisy... Mamat ni! Rimas betul aku! Dok bersayang-sayang. Eh, aku tak pernah jadi makwe kau lah, Kay! Takkan jadi pun!" Aqilah menolak ke tepi beg Kay yang diletakkan di harapannya itu.

     "Oh... Sampai hati kau buat aku macam tu, ye Qilah? Sedih aku, tau!" Kay bergaya ala-ala lelaki lembut pula. Sengaja mahu menarik perhatian Qilah. Linda dan Ruzana menahan ketawa masing-masing di sebalik buku yang dibawa.

      "Jomlah sayang... I tak lalu nak makan kalau you tak ada depan mata I pleaseee..."

     Begitulah Kay. Selagi Aqilah tidak memberi persetujuan, selagi itulah dia akan memujuk dengan pelbagai cara. Berbaring di atas tar pun dia sanggup. Ruzana dan Linda teegelak-gelak sesama sendiri melihat gelagat Kay yang masih tidak jemu-jemu berusaha mengurat Aqilah.

     "Okeylah! Tapi cepat sikit!" nanti Qilah nk ke bilik Puan Sal pulak. Jom, cepat! Linda, Zana... Aku nak ikut Mamat ini pergi melantak kejap!" pesan Aqilah kepada kedua-dua temannya.

      Aqilah dan Kay sering bersama. Ke mana sahaja Aqilah pergi, Kay akan sentiasa berada disisi. Kay menjadi tempat Aqilah bergaduh, bermanja dan bermesra. Tetapi cuma satu... Aqilah tidak pula menjadikan Kay tempat meluahkan isi hatinya sejak sekian lama. Dia lebih senang membiarkan hubungan mereka kekal begitu. Dia tidak mahu ketertaluan dalam soal perasaan. Walaupun senang bersama Kay, namun dia kurang selesa meluahkan rahisa hatinya secara terang-terangan kepada Kay. Jika takdir jodoh ada di antara mereka berdua, dia akan pasti menerimanya dengan hati yang terbuka.

      Kay pula senang bertemankan Aqilah ke sana dan ke mari. Walaupun teman-temannya yang lain sering mengelarkan mereka pasangan kekasih, namun dia sebenarnya tidak tahu masih ada ruang kosong antara dirinya dengan Aqilah. Mereka ketawa bersama, makan bersama dan belajar bersama. Namun dalam sesetengah perkara, Aqilah seperti sengaja meminggirkan dirinya. Aqilah tidak pernah mahu berkongsi perasaanya. Dia pula sukar menelah perasaan Aqilah. Dia sendiri tidak tahu bila masanya Aqilah bersedih kerana apa yang dilihatnya, Aqilah sering ceria. Senyumannya sahaja mampu memikat semua orang mendekatinya. Seperti kata salah seorang pensyarah mereka sesuatu ketika dahulu, Aqilah punya karisma untuk bergelar primadona. Senyuman manisnya mampu mencairkan hati-hati lelaki yang memandang. Dia sendiri mengakui. Dia sering kalah dengan senyuman manis milik Aqilah tanpa gadis itu menyedarinya.

********

"Sayang, kenapa you tak pernah pakai sesuatu yang anggun macam kebaya Nyonya ke ataupun baju kurung? Boringlah. Asyik tengok you pakai macam ni aje tiap-tiap hari," komen Kay terus terang. Pantang diberi peluang. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya. Walaupun Nurul Aqilah yang berada dihadapannya itu kelihatan menawan, sekalipun hanya mengenakan kemeja kotak-kotak yang melapisi t-shirt dan berseluar jean lusuh.

       "Fine! Nanti aku belikan kau satu patung yang pakai kebaya Nyonya untuk kau simpan ya, Kay!" Aqilah membalas kata-kata jejaka dihadapannya dengan selamba. Kay sekadar tersengih memandang Aqilah. Terkena lagi dia!

       "Hei, sejak bila pulak jadi part-time inage consultant ni? Suka-suka hati aje nak ubah apa yang aku pakai," tempelak Aqilah.

       Kay tersengih-sengih lagi. Dia mengunyah makanannya yang dipesanya tadi.

      "Bukan niat aku nak ubah apa yang kau pakai, Qilah. Tak terniat pun... Cuma sekali teringin juga tengok kau pakai cantik-cantik macam orang kain. Kau kan darling aku!" Kay memandang Aqilah yang menjeling.

     "Yalah, aku tahu... Aku ni tak cantik."

      "Hey, dear! Aku tak cakap pun kau tak cantik. I'm just saying that..."

      "Cuma sesekali teringin jugak tengok kau pakai cantik-cantik macam orang lain." Aqilah mengajuk kata-kata Kay. "Kalau aku tanya lagi sepuluh orang lain tentang benda yang sama, aku pasti diorang akan sependapat dengan aku. Maknanya, aku tak cantiklah tu!"

      Kay mendengus, menyerah kalah.

      "Eh, cepatlah sikit. Qilah nk jumpa puan Sal ni. I've an appointment with her. Tak boleh terlewat seminit pun," gesa Aqilah. Dia tidak ahu sengaja cari pasal dengan pensyarahnya yang cukup mementingkan waktu itu.

      "Sabarlah, sayang. I baru menikmati nasi ayam ni." Kay sekali lagi cuba mengumpan senyuman sang gadis.

      Aqilah menjeling geram dengan panggilan manja yang sering digunakan oleh Kay terhadapnya. Setiap kali mereka bertemu, panggilan 'sayang' tidak pernah lekang dari bibir jejaka itu. Dia takut. Takut dengan panggilan itu. Takut jika mereka tidak memjumpai lagi kelak, dia akan sentiasa merindui panggilan itu. Dia tidak mahu terlalu mengajar hatinya menerima sahaja semua panggilan manja Kay untuknya. Bila sudah terbiasa dan melekat di hati nanti, pasti sukar untuk ditinggalkan.

      "Babe! Lawanya Minah tu!"

     Suapan nasi Kay serta-merta terhenti dengan ucapan itu. Matanya bagaikan terpanggil menetang ke satu arah yang berlawanan.

      "Hah... Mulalah tu! Ulat bulu naik daun," sindir Aqilah melihat gelagat Kay yang sudah mula dengan 'hobi'nya. Pantang melihat gadis cantik!

      Aqilah berpaling, memerhatikb gadis yang dimaksudkan oleh Kay itu. Gadis tersebut duduk selang beberapa buah meja dari mereka. Memang cantik dan bergaya. Kenalah dengan citarasa Kay.

      "Hmm... Aku rasa aku kenal dengan budak tu. Junior baru. Farah Hani namanya kalau tak silap," beritahu Aqilah ringkas.

      "Fuhh... Sedapnya nama! Macam nama ahki gimnastik! Weh, kau tolong aku. Aku nak berkenalan dengan dialah," pinta Kay.

      Inilah yang tida digemari oleh Aqilah.  Cepat benar Kay tersangkut dengan gadis-gadis cantik. Bila sudah tersangkut nanti, langsung lupa kawan! Kalau putus esok, mulalah datang balik cari kawan lama! Huh!

      "Banyak cantik kau punya muka! Hmm... Kalau nak, sendiri pikat la!" balas Aqilah, malas mahu melayan kerenah Kay lagi. Dia tergesa-gesa bangun. Dia hampir terlambat untuk bertemu dengan pensyarahnya.

      "Wei, nak ke mana tu Qilah?" laung Kay kalut.

       "Aku dah lambat ni! Aku blah dulu la... Karang lambat pulak jumpa puan Sal tu. Jumpa kau nanti kat tempat biasa petang ni." Aqilah terkocoh-kocoh beredar meninggalkan Kay. Dia hanya mampu melihat Aqilah yang sudah menyarung topi keledar ke kepalanya.

To be continue......

Jangan lupa saksikan episod seterunya

Aqilah semakin kerap bsrtembung dengan Afiqdan cemburu Rasya pula semakin menjadi-jadi

Jangan lupa baca ye pasti menarik😉✨




Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now