Bab 2

201 54 30
                                    

Semalam yang berlalu...

"Hisy, kenapa semua orang nampak sibuk ni, mak ngah?" Aqilah yang menyandang beg di bahu menegur. Perlahan-lahan dia duduk di hadapan ibu saudaranya yang sudah lama berkhidmat membantu kerja-kerja rumah mamanya itu. Begitu tekun mak ngah siti mengupas bawang. Banyak juga bahan-bahan masakan di atas meja tersebut.

    "Aqilah tak tahu ke? Semua orang nak menyambut Rasya," jawab mak ngah siti

    Aqilah mencebir. Berbulu telinganya mendengar nama Rasya disebut-sebut.

    "Hah... Dah balik pun tuan puteri ni! Dah, pergi siap cepat. Nanti mengamuk pulak mama Qilah pakai macam ni lagi," gesa Amer yang tiba-tiba saja muncul di dapur.

    Wah... Wah... Wah... Tuan doktor... Smartnya hari ni! Nak sambut buah hati balik, ya!"Aqilah mengusik, langsung tidak mengendahkan suruhan abang sulungnya itu.

     "Eh, Qilah deman ya? Meh sini abang tolong cek." Dengan sengihan, Amer cuba menangkap lengan adiknya yang sudah melarikan diri mengelilingi mak ngah siti.

      "Qilah tak deman! Tapi Qilah sakit jiwa! Semua orang nak sambut Rasya macam nak samhut menantu. Masa Qilah terima diploma dulu, semua orang sibuk, yang tak sibuk pun buat-buat sibuk! Sorang pun tak nak datang majlis Qilah! Tapi bila Rasya balik, tiba-tiba semua orang macam ada banyak masa pulak!" sindir Aqilah terus terang sebelum bergegas menampak ke biliknya.

     Amer yang pada mulanya terpempam. Segera mendapatkan adiknya. "Oh... Jadi, adik abang merajuk yer? Alaah... Janganlah macam tu, nanti cepat tua. Cepat siap, ya? Abang, mama dan papa tunggu Qilah kat bawah." sempat juga Amer menyelitkan pesanan mamanya. Air wajahbya ceria. Maklumlah, mahu menyambut kepulangan ornag yang tersayang.

     "Qilah tak nak pergi. Lagipun, petang ni Qilah ada latihan teater. Qilah balik ni pun cuma nak mandi dan tukar baju," jawab Aqilah bersahaja tanpa mengendahkan kata-kata abangnya.

     "Qilah, jangan macam ni... Nanti mama mengamuk pulak kalau dia tahu Qilah tak nak ikut ke airport." Amer usaha memujuk.

     "Kan Qilah dah cakap tak nak pergi, Qilah tak nak pergilah! Hari ni Qilah ada latihan teater!" Aqilah tetap berdegil pertahankan pendirinya.

     "Apa yang bising-bising ni?" sayup-sayup suara mama kedengaran memghampiri ruang tengah itu.

     "Hah... Dah balik pun anak dara sorang ni. Siap cepat kita ke airport, jemput Rasya balik dari US." Syarifah Mazidah muncul, menampakkan dirinya yang sudah siap bersolek rapi

     "Qilah tak boleh ikutlah, mama. Qilah ada latihan teater petang ni," jawab Aqilahterbang.

     Wajah Syarifah Mazidah yang putih melepak itu berubah merah dengan jawapan Aqilah bagi. Sudah berulang kali dia mengingati anaknya itu tebtang kepulangan Rasya pada tengah hari itu, tetapi Aqilah hanya memandang sepi kata-katanya. Itu membuatkan darahnya cepat naik. Aqilah sering bertindak sesuka hatinya.

     "Masa Rasya pergi US dulu pun, Qilah tak datang hantar ke airport. Apa salanya bila Rasya balik ni, Qilah tunjukkan muka sikit? Nanti, apa pulak kata aunty Aziah kamu? Kecil hati Aunty Aziah tu kalau kamu tak datang jenguk anak dia. Lagipun, mama dah beritahu Qilah awal-awal lagi. Sepatutnya, Qilah dah rancang jadual akademik Qilah dengan jadual peribadi Qilah!" bebel Syarifah Mazidah kepada anak gadisnya yang semakin hari semakin bertindak mengikut kepala sendiri tanpa mempedulikan perasaannya.

     "Dulu, waktu Qilah terima diploma, tak ada sorang pun sudi datang luangkan masa untuk datang konvokesyen Qilah tu. Padahal, universiti Qilah bukan jauh sangat pun dari rumah! Semua orang buat-buat sibuk, buat-buat tak tahu. Tapi bila Rasya terima ijazah, mama, papa & abang Amer sendiri sangguo terbang ke US semata-mata nak meraikan dia. Yalah... Rasya dapat ijazah senibina, Qilah ni cuma dapat Diploma Seni Persembahan. Itu pun dari local university bukan macam Rasya, kan mama?" Aqilah menyindir ibunya.

     Minyirap darah Syarifah Mazidah mendengar betapa biadab dan celuparnya mulut Aqilah memerlinya.

     "Jadi, Qilah rasa... Tak perlulah Qilah luangkan masa untuk orang lain kan?" Aqilah semakin lantang menyakiti hati si ibu.

     "Nurul Aqilah!" herdik Syarifah Mazidah. Pijar hatinya dengan sindiran tajam si anak.

     "Mama, dahlah tu..." Amer cuba menyabarkan ibunya yang hampir naik angin itu.

     "Budak Qilah ni makin melampau! Mana dia belajar jadi kurang ajar macam ni, hah?" Syarifah Mazidah cuba mendapatkan Aqilah, namun Aqilah lebih pantas beredar ke biliknya.

     "Mama, batul jugak cakap Aqilah tu. Kita langsung tak support dia, tak luangkan masa untuk dia. Masing-masing sibuk dengan kerja. Tentulah dia kecil hati bila kita langsung tak hiraukan dia, tapi lebih pentingkan orang lain daripada keluarga sendiri," Amer cuba memgambalikan rasiobal ibunya.

     "Kalau nak diikutkan, mama lagi kecil hati dengan dia. Dah elok-elok ambik jurusan senibina kat UTM tu, dia berhenti pulak! Lepas itu, ambil course Seni Persembahan. Mama ingatkan, dia dapat jadi macam Rasya..." Syarifah Mazidah melampiaskan rasa kecewa di hati.

     "Mama, Rasya dan Aqilah tu dua insan yang berbeza. Kita tak boleh samakan mereka berdua, mama."

     "Amer pun sama, nak menangkan dia jugak kan!" jeling Syarifah Mazidah. Dia berpapasan bahu dengan Amer menuju ke piato rumah, menanti Dr, Zawawi turun dari biliknya. Selepas itu, barulah mereka menaiki kereta masing-masing dan bertolak ke lapangan terbang.

To be continue...

Nantikan sanbungan Seterusnya guys pasti lebih menarik😇

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now