Bab 9

95 35 18
                                    

"SYA, percayalah... I tak buat apa-apa pun dengan Aqilah. Kami cuma berbual. Tak lebih dari itu.' Afiq Aiman cuba memujuk Ainur Rasya. Sukarnya bila kekasih hati merajuk. "Berbual apa kalau sampai macam tu?" Rasya tetap tidak percaya.

"Sorry, Sya... Aqilah sendiri yang bangun tiba-tiba dan buat macam tu kat I. I tak tahu pun waktu tu you ada sana. I masih tahu batas I, Sya. Lagipun, dia kan cousin you? Bukannya orang lain. I tak rasa salah kalau I nak bertegur sapa dan berkenal-kenalan dengan kaum keluarga you. Lambat-laun jadi famili I jugak." Afiq Aiman mengeluh. Penat memberi penjelasan kepada Rasya yang sedang merajuk itu.

"Disebabkn dia cousin I lah... I lagi risau dan cemburu You tahu kan, kami tk sebulu? Selalu bergaduh. Dia tu musuh tradisi I. Sekarang ni, dia macam sedang merancang sesuatu untuk musnahkan hidup I," adu Rasya tentang kerisauan yang bersarang dihatinya.

"Sya... She's your cousin. I tak nampak apa pun yang tidak kena pada Aqilah tu. I tak nampak sangat kenapa you perlu teruskan permusuhan ni." Afiq cuba memberikan pendapatnya.

"Sekarang ni, I atau dia kekasih you, Fiq?" Rasya memandang Afiq sambil berpeluk tubuh. "I nampak you macam berminat nak dampingi dia. Apa, you dah jatuh cinta dengan dia pulak ke?"tingkah Rasya curiga.

Afiq mengeluh. Dia memegang bahu Rasya. Mata mereka bertentangan Afiq menggeleng kemudiannya.

"Tak terniat pun dihati I, Sya. I cuma nak tengok you dan Aqilah berbaik, itu saja! Sampai hari ni I tertanya-tanya punca pergaduhan antara you dengan Qilah. Kedua-duanya tak mahu bersemuka dan lebih suka berdendam.

Rasya berpaling, memandang ke arah lain. Geram kerana Afiq bagaikan tidak boleh memahami. Lelaki yang berdiri di hapadanya ini dahulunya. Seorang insan yang sangat memahami dirinya. Tapi hari ini... Tidak diduganya persoalan tentang Aqilah mula meniti di bibir Afiq. Rasya merasakan hidupnya sudah tidak aman lagi.

"I tak ada ubat yang mujarab selain balas dendam Fiq."

Afiq pantas menggengam tangan gadis itu. Dielusnya lembut rambut Rasya dengan sebelah lagi tangannya.

"I sayangkan you, Rasya dan I tak mahu kehilangan you. Dendam you ni akan merugikan diri you sendiri."

Rasya merenung dalam-dalam wajah Afiq. Hatinya berbicara sendiri. Dia serba salah.

'Maafkan I, Fiq. You akan kehilangan I... Tapi percayalah, I tetap sayangkan you.'

Dalam masa yang sama. Afiq berjaji pada dirinya sendiri. Kasihnya pada Rasya bagaikan air pasang yang tiada surutnya. Akan disunting gadis itu secepat mungkin.

*********

"Kenapa ni? Termenung aje makwe aku semenjak dua menjak ni.' Teguran Azhar mengejutkan Aqilah yang sedang termenung di bawah sebatang 'Pohon Asmara'. 'Pohom Asmara' itu dipanggilan Aqilah bagi pokok tersebut kerana beribu-ribu panah asmara diukir pada kulit batang pokok tersebut.

"Hisy... datang tak pernah nak bagi salam dulu, ya! " Aqilah menumbuk perlahan bahu sepupunya, Syed Azhar.

"Asal nampak aje Qilah, mesti tengah termenung. Asal nampak aje, mesti tengah termenung, lepas tu, terkejut bila kena sergah. Hai... apa nak jadilag anak dara sorang ni," komen Syed Azhar sambil menepuk bahu Aqilah. Hubungan mereka sudah seperti adik-beradik. Dia sering dijadikan Aqilah tempat mengadu. Mereka menjadi rapat setelah Amer Munawer merantau ke negara orang bagi mendalami ilmu perubatannya. Dialah yang menjadi pengganti abang Aqilah.

"Entahlah, Ad... Qilah kadang-kadang risau yang bukan-bukan. Qilah rasa tak sedap hatilah!" adu Aqilah.

"Kenapa? Qilah risau tarikh nikah abang Qilah dengan Rasya yang dah dekat tu ke?" soal Syed Azhar.

"Qilah rasa macam-macam. Tak sedap hati, risau... entahlah!" sekali lagi Aqilah menghela nafasnya, melepaskan beban di hati.

"Doakan saja yang baik-baik, Qilah. Bukan kita yang menentukannya," nasihat Syed Azhar.

Aqilah mengangguk, mengiakan apa yang diperkatakan oleh Syed Azhar, sepupunya yang dipercayai dan mempercayainya lebih dari segala-gala.

******

To be continued....

Jangan lupa vote yer korang😘✨

Jangan lupa baca episod baru yer yang lebih menarik😉👍







Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now