Bab 17

73 33 18
                                    

"Aqilah! Aqilah!" panggil Kay sebaik melihat kelibatan Aqilah yang berjalan menyusuri koridor menuju ke Dewan Budaya.

     Aqilah tidak menghiraukan panggilan tersebut. Sengaja dia tidak mempedulikan jejaka yang memegang nama Khairul Azam itu.

    "Aqilah! Hei! Kau dengar tak aku dah panggil ni?" lelaki itu begitu pantas mengejar. Lengan Aqilah ditarik supaya gadis itu tidak melarikan diri.

     "Qilah, kenapa dengan kau ni? Sejak malam tu kau selalu jauhkan diri dari aku. Apa salah aku?" tanya Kay, cuba merenung wajah Aqilah di hadapannya.

     "Aku sengaja buat macam tu. Aku bak berubah angin. Boringlah asyik dengan kau aje. Kau tak rasa boring ke asyik berkepit dengan aku? Tak rasa ke kebebasan kau terbatas?" Aqilah sedaya upaya menyembunyikan perasaannya sendiri. Dia tidak mahu Kay tahu apa-apa tentang perasaannya.

     "Ohh... Jadi kau nak buang aku dari hidup kaulah ya? Selama ni, siapalah aku pada kau, kan?" hati Kay sedikit terusik mendengar kata-kata Aqilah. Terasa dirinya selama ini tidak membawa erti buat Nurul Aqilah. Tiada sekelumit pun perasaan sayang gadis itu untuknya.

     "kay, kau dah ada gadis yang menyanyangi kau. Jadi, aku tak rasa perlunya aku di sisi kau lagi. Farah Hani dah ada segala-galanya yang boleh mengisi kekosongan hati kau. Rasmi orang bercinta... tentulah si dia lebih memerlukan kau di sisinya," luah Aqilah bersahaja. Namun, kolam matanya mula menghangat. Sedaya upaya dia menahan perasaan yang semakin mengocak di dalam.

    "Qilah..." Kay menggeleng. Mudah benar Aqilah membuangnya.

    "Lelaki bersut hitam itukah yang menjadi pilihan hati? Diakah orangnya?" tanya Kay penuh perasaann. Menunggu jawapan pasti daripada Nurul Aqilah.

    Aqilah resah. Entah kenapa hatinya berdebar-debar. Pertemuan seperti inilah yang tidak digemarinya. Kalau boleh, dia tidak mahu berdiri di hadapan Kay membicarakan tentang perasaan lagi.

    "Ya, dialah orangnya! Dialah kekasih Qilah sejak sekian lama. Cuma Qilah tak mahu uar-uarkan. Qilah nak tumpukan sepenuh perhatian Qilah pada pelajaran dahulu," jawab Nurul Aqilah keras. Biarlah dia berterus terang supaya Kay mengundurkan diri dari hidupnya. Dia cuba mengusir kesedihan di hati, walaupun mula merasakan yang kata-katanya tadi menikam hati sendiri.

     Suasana berubah menjadi sepi. Kay terkedu dalam kebisuan. Sungguh tidak disangka, gadis yang dipujanya. Selama ini kini membuat pengakuan yang hatinya telah dimiliki jejaka lain. Hatinya terasa seperti disiat-siat.

     'Mengapa selama ini dirahsiakan daripada pengetahuanku, wahai gadisku?' bisik hati nuraninya. Air hangat meminggir di tubir mata. Alangkah kecewanya dia. Hasratnya hatinya kini cuma tinggal impian. Mungkinkah kerana dia terlalu lambat bertindak sehinggakan si gadis  akhirnya bertindak menyerahkan hati kepada lelaki laki lain? Atau apakah tingkahnya selama ini yang  sengaja berfoya-foya dengan gadis lain akhirnya memakan diri sendiri?

    "Terima kasih, Qilah. Terima kasih untuk berita gembira ini." Kay tidak memadang Aqilah lagi selepas mengucapkan kata-kata itu. Hatinya remuk-redam. Dia berpaling perlahan-lahan meninggalkan Aqilah di kaki lima itu.

    Aqilah tidak menunggu lama. Dibawa dirinya ke sebuah bangku yang Agak terselindung di balik pohon renek yang menghiasi kaki lima tersebut. Air mata sudah tidak sabar-sabar lagi mahu gugur ke bumi. Ditekup bibir agar rintihan hatinya tidak kedengaran. Cukuplah untuk dirinya sendiri. Cukuplah hanya tumbuhan disekeliling menjadi pemujuk hati.

    'Aku benar-benar mencintai dirinya. Tetapi mengapa aku sanggup membohongi perasaan sendiri? Terlalu baikkah aku sehingga sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain?'

***********

To be continued....

Maaf guys lambat update, sebelum tu saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua pembaca novel saya yer.

Nanti dah baca jangan lupa vote & komen yer.



Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now