Bab 27

80 8 0
                                    

Kerap kali kau kulukai...

********

Selesai solat subuh, Aqilah bermunajat seketika sebelum bersiap-siap ke kolej. Dia perlu bersedia awal hari ini kerana kelasnya akan bermula seawal jam 8.30 pagi.

"Mak ngah, Qilah dah nak pergi ni!" Laung Aqilah yang hanya sempat menyambar roti bakar di atas meja setengah jam kemudian. Pagi ini, tiada sesiapa kelihatan di meja makan. Papanya sejak semalam bermalam di hospital kerana ada kes kecemasan. Abang Amer pula akan bermalam di kondonya jika ada kes kecemasan di hospital. Kondonya terletak berhampiran dengan hospital tempatnya bertugas. Mama pula ketika ini masih berada di kamar. Mungkin masih berulit mimpi indah.

"Qilah... Sebelum pergi, ada orang nak jumpa Qilah kat beranda. Dah lama dia tunggu," beritahu Mak Ngah Siti.

"Siapa mak ngah?" Aqilah pelik. Siapa pula yang mahu bertemu dengannya pagi-pagi begini?

"Pergilah tengok sendiri," gesa Mak Ngah Siti tanpa menjawab soalan Aqilah.

"Okey," Aqilah akur lantas melangkah ke beranda sambil mengunyah roti bakar. Terkejut dia melihat Afiq sedang menunggunya di beranda.

"Ada apa hal datang ni?" Kehadiran Afiq disambut dingin oleh Aqilah.

"Qilah... Fiq datang ni nak jumpa Qilah, nak bagi ni. Semalam tak sempat." Afiq menghulurkan beberapa helai baju yang berbungkus kemas kepada Aqilah. Dia dapat mengesan mata sembap Aqilah. Benarlah telahannya. Gadis itu menangis semalam.

"Terima kasih," ucap Aqilah memaksa senyuman pahit.

"Nak Fiq hantarkan ke?" Tanya Afiq walaupun dapat mengagak jawapan daripada Aqilah.

"Tak apa, Qilah pergi dengan skuter Aje," tolak Aqilah. Ada nada tegas dalam suaranya.

"Okay! Be careful," pesan Afiq sebelum beredar ke keretanya. Tidak banyak bicara dan tidak juga mendesak.

Aqilah mengangguk. Dia melihat langkah Afiq dari kejauhan. Tak banyak pula soalnya hari ini? Tidak lama kemudian, kereta lelaki itu berundur dari perkarangan rumah.

"Mak ngah!" Panggil Aqilah.

"Ada apa Qilah? Eh, mana perginya Afiq tadi? Mak Ngah baru nak siapkan sarapan untuk dia. Qilah tak ajak dia sarapan sekali ke?" Tanya Mak Ngah Siti setelah dilihatnya kelibat Afiq tiada di situ.

"Dia cuma datang nak hantar ni Aje, Mak Ngah. Mak ngah boleh tolong letakkan dalam bilik Qilah tak?" Aqilah menyerahkan baju-baju dalam balutan plastik itu kepada mak ngahnya.

    "Laa... Kenapa tak suruh Afiq tunggu dulu?  Bolehlah sarapan sama. " Siti Salmah tidak puas hati.

    "Entahlah, nampak macam bergegBayangax Tak berani lah nak ajak." Aqilah beralasan.

    "Ke... Aqilah yang tak pelawa ni? " teka Siti Salmah. Bukan dia tidak tahu perangai Aqilah. Nampak benar tidak suka pada Afiq.

    "Sorry... Lain kalilah Qilah ajak. " Aqilah mengaku silapnya. Dia sedar,  mak ngahnya dapat mengagak perkara sebenar.

    "Qilah... Qilah ada pilihan hati sendiri ke?  Mak ngah tengok, Qilah macam tak ada hati langsung nak kahwin dengan Afiq," tanya Siti Salmah. Dari Aqilah kecil hinggalah dewasa ini, dialah yang menjaga makan minum anak itu. Sudah faham benar dengan kerenah anak saudaranya itu.

    "Kalau Qilah dah ada pilihan hati sendiri, eloklah cepat beritahu mama dan papa sebelum majlis itu berlangsung nanti. Elok selesaikan sekarang, nanti susah. " nasihat ibu saudaranya lagi.

    "Tak apalah, mak ngah. Buat sakit hati aje nanti kalau bertekak dengan mama dan papa. Dia orang tak pernah peduli perasaan Qilah. Jadi,  Qilah rasa tak guna buat apa-apa pun. Hitam kata mama, hitamlah jadinya! Kadang-kadang Qilah rasa, macam Qilah bukan anak mama aje," luah Nurul Aqilah.

    "Qilah..." Siti Salmah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Kasihan gadis itu. Sejak kecil hinggalah dewasa tidak pernah dimanja sepertimana layaknya. Satu detik hitam yang berlaku telah menyebabkan seorang anak kecil dipersalahkan sehinggalah anak itu membesar kini.

    "Okeylah, mak ngah. Qilah pergi kuliah dulu. Bye!" Aqilah meminta diri sambil bersalaman dengan Mak Ngah Siti. Siti Salmah mengucup pipi Aqilah seperti biasa.

    Aqilah menyorong sekuternya keluar dari garaj. Bayangan gadis itu kian menghilang daripada pandangan matanya. Aqilah seorang anak yang baik. Afiq Aiman juga lelaki yang baik dan cukup menghormati orang tua. Bila keluarga kedua-dua belah pihak bercadang ingin menjodohkan mereka,  dia turut bersetuju. Melihat sikap tanggungjawab Afiq membuat hatinya senang melepaskan Aqilah di bawah jagaan lelaki itu.

    Namun,  bila melihat penerimaan Aqilah dan layanan gadia itu terhadap Afiq,  hati tuannya terdetik,  mungkin juga Aqilah sudah mempunyai pilihan hatinya sendiri walaupun gadis itu tidak pernah membuka mulut tentang mana-mana lelaki yang hadir di hatinya.

To be continued...

Thank's yang dah baca jangan lupa follow, vote & comment yer 😉✨










Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now