Bab 24

74 16 179
                                    

Masih terdengar janjimu, apa pun yang terjadi, akulah pilihanmu...

********

"Oh my god! This can't be! I tak percaya semua ni! You sengaja umpan cemburu I kan, Fiq? You memang ada motif buat I macam ni. You sengaja nak panaskan hati I. You sebenarnya berdendam dengan I, kan?" Awal pagi itu, Rasya baru pulang dari pulau Borneo itu bertandang ke pejabat Afiq semata-mata untuk bertanyakan kesahihan berita pertunangan Afiq-Aqilah.

    "Apa yang can't be, Rasya? Semuanya dah berlaku. Dan semuanya berlaku di atas kehendak ALLAH. sekuat mana pun perancangan manusia, tidak akan terlawan dengan ketetapan-NYA, siapa kita untuk menidakkan kehendak-NYA?" pertikai Afiq Aiman.

    "Tapi bukan dengan Aqilah, Fiq!" Rasya menggeleng berkali-kali tanda tidak percaya dengan apa yang berlaku.

    "Kenapa tidak? Kita bakal menjadi sebuah keluarga yang besar, Sya. You, I dan Aqilah!" Nada Afiq sinis.

    "Yes... You have a point there! You memang nak balas dendam pada I kerana dah hancurkan hati you, kan? Tapi kenapa mesti dengan Aqilah?" Rasya masih mahu mempersoalkan.

    "Cakap dengan I, apa alasan you? Kenapa you tak suka sangat Aqilah jadi isteri I?" Tanya Afiq serius.

    Rasya merengus. Setelah diberitahu oleh ibunya tentang pertunangan mengejut Afiq dan Aqilah, awal-awal pagi lagi dia sudah ke pejabat Afiq untuk bersemuka. Sebelum ini, dia tak pernah peduli perancangan keluarganya yang mahu menjodohkan Aqilah. Tetapi bila mengetahui Afiq yang jadi pilihan, dia rasa tercabar. Tidak disangkanya Aqilah akan mengambil kesempatan ke atas diri Afiq yang terpaksa dia tinggalkan.

    "I terima semua ini dengan redha. I rasa, mungkin I dipertemukan dengan you untuk dipertemukan dengan Aqilah."

    "Nonsense!" Balas Rasya tidak puas hati.

    "Itu pada you. Tapi pada I... Saat ini kami dah ada ikatan pertunangan. Sudah ada janji yang termaktub antara dua buah keluarga. Aqilah is now my fiancee, and my wife-to-be. Dalam masa sebulan saja lagi dari sekarang, I... You dan Aqilah akan berkongsi pelamin. Kita akan jadi biras, Rasya." Tegas Afiq.

    "Whatever, Fiq! Tapi percayalah, you tak akan bahagia dengan dia... I akan pastikan itu." Rasya masih tidak mahu mengalah.

    "Kenapa doakan I begitu, sedangkan you yang tinggalkan I? Apa salah Aqilah dalam hal ni? Dia tak pernah rampas I dari you." Afiq membela Aqilah membuatkan darah Rasya naik  ke kepala. Hatinya berdongkol geram. Dia pantas bangun kerusi dari yang didudukinya lalu keluar dari situ dengan hati yang berbuku.

********

"Lin, kau ada nampak Kay tak? Dah seminggu lebih aku tak nampak dia," tanya Aqilah pada temannya.

    "Laa... Kau tak tahu ke Qilah? Takkan Kau langsung tak beritahu kau?" Tanya Linda hairan.

    "Beritahu apa?" Aqilah mula cuak melihat ekspresi wajah temannya itu.

    "Dia dah seminggu ke Jakarta. Khabarnya ke rumah saudaranya yang menetap di sana," beritahu Linda.

    "Kenapa dia tak beritahu aku?" Perlahan sahaja nada suara Aqilah seakan-akan bermonolog dengan diri sendiri. Lupa akan perang dingin yang berlaku antara mereka. Sejak pementasan Mambo Nite Klub dahulu, mereka memang jarang bertegur sapa. Kay pula sibuk mengelek Farah Hani ke sana sini.

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now