Bab 26

76 15 30
                                    

Kasih, janganlah bersedih bila impian tak seindah kenyataan...

********

Aqilah melangkah masuk dengan langkah yang longlai. Penat benar rasanya dia hari itu.

"Dah balik, Qilah? Dah makan ke belum?" Tegur Puan Siti Salmah yang sedang mengemas meja makan.

"Alahai mak ngah ni. Jangan tanya si Aqilah tu. Sure dah makan punya tu!" Suara Amer Munawer yang datang dari arah dapur menggiat adik kesayangannya itu.

"Oh ya... Mak ngah lupa Qilah keluar dengan Afiq hari ni, Mer. Eh, Afiq tak singgah ke Qilah?" Tanya Puan Siti Salmah lagi.

"Tak, penat!" Pendek jawapan Aqilah. Malas mahu melayan soalan daripada orang-orang yang sibuk menjaga tepi kain orang ini. Bahagia betul mereka 'memasangkan'nya dengan Afiq. Sedangkan hatinya di dalam, tiada sesiapa pun yang peduli.

"Hah, Qilah! Afiq mana? Tak singgah dulu ke? Dah ambil ke belum baju nikah kat butik Aunty Nik tu?" Soal Syarifah Mazidah pula yang baru muncul dari tingkat atas.

Aqilah menarik nafas panjang. Semput rasanya mahu melayan semua soalan mereka, lebih-lebih lagi daripada mamanya.

"Baju tu Afiq hantar esok. Dia penat sangat tadi."

Syarifah Mazidah tidak bertanya lagi, sebaliknya terus berlalu ke ruang tamu mendapatkan suaminya, Dr, Zawawi yang sedang menonton televisyen.

Aqilah terus mendaki tangga untuk ke biliknya. Amer Munawer mengekori, sambil memeluk bahu adiknya.

"Are you happy, Qilah?" Tanya Amer Munawer.

Aqilah menjeling geram. Huh! Boleh tanya pulak happy ke tidak.

"I'm very tired now, Dr. Amer," jawab Aqilah. "... Dan darah Qilah ni rasanya dah terhidrat!" Tambah Aqilah.

Mendengarkan itu, Amer Munawer meletakkan belakang tapak tangannya di dahi Aqilah bagi menyukat suhu badan adiknya.

"Yeah... Very bad!" Laung Amer Munawer ketawa lepas. Aqilah menjeling tajam abangnya.

"I"m very stressed now and you can still laugh?" Bidas Aqilah serius.

Mati terus Amer Munawer.

Aqilah memasuki kamarnya. Namun, sebelum dia menutup pintu, Amer sempat menahan.

"Qilah... Let's share the problem. Abang tak nak tengok adik abang dalam keadaan tertekan macam ni. Let's talk." Amer Munawer menarik tangan Aqilah.

"Qilah okey, Abang Amer. Don't worry." Aqilah cuba menyakinkan abangnya. Huh! Abangnya ambil course perubatan ke psikologi?

"But you didn't look okay, dear," sanggah Amer.

Aqilah menghela nafas berat untuk kesekian kalinya. "Biar Qilah rehat dulu, lepas tu Qilah okeylah. Qilah letih sangat ni. Please..." Dengan muka simpati, Aqilah merayu.

"You sure?" Soal Amer ingin kepastian.

"Very sure!" Jawab Aqilah yakin.

Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now