D || end

57.3K 1.8K 162
                                    

Tiga bulan kemudian...

"DHEA! Darren! Cepat turun! Dah siap ke belum?" jerit Medina memanggil dua anaknya. Dalam dukungannya ada Dyana. Anak bongsunya. Manakala Daniyal ada bersama Dariel.

"Sayang... Dah siap belum? Kejap lagi pengantin dah sampai. Kita pula tak sampai lagi." ujar Dariel. Sempat dia mengerling jam tangan miliknya.

Medina makin risau. Sudah la, dia pengapit kepada pengantin perempuan. Kalau bukan sebab permintaan pengantin perempuan. Tidak la dia risau begini.

"Mama! Papa! Tengok Abang Arren ni... Habis rambut Dhea, abang rosakkan." adu Dhea.

Medina dan Dariel serentak memandang Dhea yang baru turun dari atas. Nasib Dhea sudah siap cuma rambutnya sahaja yang rosak sedikit.

"Mana ada. Dhea yang lambat. Padan muka!"

"Arren... Apa mama cakap hari tu? Masih tak sedar hmm?" ujar Medina lembut.

Darren menunduk kepalanya. Kalau mamanya sudah tegur, memang tiada kata-kata untuk dibela.

"Dah, jangan nak buat drama kat sini. Kita dah lambat ni. Nanti-nanti la denda. Kita kena gerak sekarang." selar Dariel.

Medina mengangguk kepala setuju dengan Dariel bahawa sedar mereka sudah terlewat. Darren dan Dhea hanya akur. Masing-masing masuk ke kereta. Dengan lafaz bismillah, mereka sekeluarga menuju ke destinasi.

MERIAH suasana dewan hotel itu membuatkan Medina rasa teruja. Meski dia tidak miliki majlis perkahwinan yang gah seperti ini. Namun dia bersyukur kerana dia kembali kepada si dia yang dicintai.

"Abang bawak anak-anak duduk dekat sana. Sayang pergi la, bersiap." ujar Dariel.

"Eh, biar la sayang bawa Nia duduk sana. Takkan abang nak dukung dua-dua pulak?" soal Medina.

"Sayang... Lupa ke, yang kita ada ni?" Dariel menunjukkan stroller baby yang di tolak Darren.

"Hehehehe, lupa." senyum Medina.

Dariel menggeleng kepalanya. Tahu sangat isterinya akan lupa. Ya la, jadi ibu kepada empat orang anak membuatkan Medina mudah lupa.

"Dah, pergi cepat. Nanti tak sempat siap pulak,"

"Sayang pergi dulu. Jumpa nanti."

"Ya. Cepat," halau Dariel.

Medina berlalu meninggalkan suami dan anak-anaknya. Dariel melihat pemergian isterinya. Yakin isterinya sudah jauh. Dia memandang Darren dan Dhea.

"Semua dah siap?"

"Siap, papa!"

MEDINA masuk ke ruang tunggu pengantin. Melihat pengantin yang cantik memakai gaun pengantin membuatkan dia cemburu.

"Eh, akak? Bila sampai? Tak perasaan pun."

"Baru je, Anna. Sorry lambat sampai. Nia buat hal tadi." jelasnya.

Anna senyum. Dia tidak kisah jika Medina lewat kerana dia tahu Medina merupakan ibu kepada empat orang anak. Wajarlah, kalau dia lewat sekalipun.

"Tak pe, akak bersiap je dulu. Baju ada dekat sana. Akak tukar la dulu. Nanti dah siap tukar, datang sini mekap sikit." arah Anna sambil menunjukkan di mana pakaian yang hendak dipakai oleh Medina.

Medina mengangguk. Dia melangkah ke arah pakaian yang tergantung di dinding. Dari jauh tadi, dia nampak pakaian ini nampak biasa tapi bila dekat nampak luar biasa pulak.

 Dari jauh tadi, dia nampak pakaian ini nampak biasa tapi bila dekat nampak luar biasa pulak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mr. DudaWhere stories live. Discover now