R || 63

23.2K 1.4K 86
                                    

* maaf ada kesilapan teknikal sedikit. Jadi saya akan ubah sedikit jalan cerita Mr. Duda. Harap maklum.

( Outfit Darren )

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

( Outfit Darren )

DARREN melabuhkan punggung di salah satu kerusi meja yang terdapat di majlis itu. Matanya melilau mencari figura neneknya. Walaupun dia hadir ke majlis dengan keadaan terpaksa. Dia tak mahu la nampak neneknya itu jahat sanggup tinggalkan dia seorang di sini.

Teruk-teruknya pun, dia masih mahu menjaga aib neneknya. Tapi masalahnya, perlu ke hingga tinggal dia seorang di sini. Sedangkan neneknya seronok kenalkan Anna pada rakan-rakannya?

Darren mengeluarkan telefon pintar miliknya. Meski dia miliki telefon pintar, dia jarang menggunakan telefon ini kecuali keadaan terlalu memaksa. Ini kerana mama mengajarnya untuk kurang melihat telefon pintar.

"Hai, adik. Seorang je ke? Mama mana? Nenek?" soal seorang perempuan yang mungkin muda dari umur mamanya.

Perempuan itu tarik kerusi duduk di sebelah Darren. Darren memilih untuk mengukir senyum. Nampak dari wajah perempuan yang menegurnya itu tampak baik malah perempuan itu juga mengenakan tudung yang sepatutnya seorang wanita menutup auratnya.

"Hai, kakak. Arren duduk seorang je. Mama tak de. Dia dekat rumah. Arren ikut nenek, tapi nenek tinggalkan Arren seorang dekat sini." adunya.

Perempuan itu memandang Darren dengan pandangan pelik. Matanya turut mencari sesiapa yang mungkin mencari Darren namun tiada seorang pun mempunyai tanda-tanda sedang mencari seseorang yang hilang.

"Ermmm, nama adik Arren eh?" soal perempuan itu.

"Ya, kakak. Nama kakak?" Darrel mengaju semula soalan yang sama kepada perempuan itu.

"Nama akak Alya, tapi akak rasa better kamu panggil akak aunty kut sebab umur akak dah 24 tahun. Bukannya 14 tahun." kata Alya.

"Tapi muka kakak tak macam muka mama Arren pun. Nampak muda." puji Darren.

Alya mengukir senyum.

"Pandai Arren puji aunty eh?"

"Eh, mesti la. Aunty baik. Tak macam nenek." Alya mengerut dahinya.

"Nenek?"

"Alamak! Terkutuk nenek pula. Aunty jangan bagitahu sesiapa tau yang Arren kutuk nenek. Arren takut nenek cubit Arren." kata Darren. Dia tahu dia salah kerana terkutuk Puan Rahimah.

Alya pelik. Namun dia anggukkan juga kepalanya tanda setuju. Bibir mengukir senyum.

"Arren comel la. Jadi anak aunty nak? Comel. Geram." puji Alya. Pipi Darren dicubitnya manja.

"Eh, mana boleh. Aunty nak anak pergi buat dengan suami aunty la. Kenapa nak Arren pulak? Nanti mama Arren nangis sebab aunty ambil Arren."

Alya ketawa. Ya allah, sungguh Darren berbeza dari budak-budak bayanya yang lain. Pandai bercakap. Kalah dirinya yang muda ini.

"Aunty mana kahwin lagi."

"Alaa, nanti aunty akan kahwin juga. Arren nampak bakal suami aunty tau." ujar Darren.

Bulat mata Alya mendengar tutur kata Darren.

"Siapa? Aunty kenal ke?" soal Alya. Walaupun nampak macam bodoh melayan karenah budak. Tapi dia tidak kisah malah dia dengan terbuka hati mahu melayan budak-budak.

"Tu... Handsome. Nanti mesti anak aunty handsome dan lawa." Darren menunjukkan seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka.

Alya mengangkat wajah memandang figura yang dikatakan oleh Darren. Dia mendengus perlahan. Ceh, ingatkan siapa la yang dikatakan Darren. Alih-alih mamat tu juga dia tunjuk.

"Arren, tu bukan bakal suami aunty tau. Itu bala yang bakal aunty hadapi. Eieiei, tak nak la aunty. Kalau Arren nak tahu, lelaki macam tu tak elok buat suami. Gatal. Ulat bulu pun kalah dari dia. Dan aunty nak pesan, Arren jangan jadi macam tu tau. Nanti ramai perempuan nak pikat Arren."

"Eh, kenapa pula?"

"Ya la, gatal sangat sampai tiada ubat nak sembuh gatal tu." kutuk Alya selamba.

Darren ketawa. Walaupun dia tak faham maksud Alya namun dia tahu Alya dan lelaki itu seakan ada hubungan. Kalau tak, tak de maknanya lelaki itu selalu memandang ke arahnya bersama Alya.

"Aunty jangan benci sangat. Nanti suka, baru padan muka aunty."

"Arren..."

Pecah tawa Darren bersama Alya. Walaupun baru kenal beberapa minit yang lalu. Alya sememangnya pandai memikat hatinya malah dia juga tenang berbual bersama Alya.

"INI aku kenalkan, bakal menantu aku. Anna." dengan teruja dia memperkenalkan Anna kepada rakan-rakannya.

Anna mengukir senyum paksa. Kalau bukan sebab Puan Rahimah yang tiba-tiba datang ke rumahnya bersama Darren. Mungkin dia sedang berseronok melayan drama korea.

"Cantik bakal menantu kau. Tapi setahu aku, empat tahun lepas Dariel kahwin dengan Marissa kan? Takkan dah berpisah?" soal salah seorang rakan Puan Rahimah.

Mereka yang lain sebagai rakan Puan Rahimah juga mengangguk setuju dengan soalan rakan mereka. Empat tahun lepas, begini juga Puan Rahimah kenalkan bakal menantunya kepada rakan-rakannya.

"Marissa? Ouh, haah la. Lupa pula I pernah kenalkan dia dekat you guys. Tapi nak buat macam mana? Jodoh tak panjangkan," jawab Puan Rahimah tenang.

"Ouh, begitu. Tapi tak sangka pula, Dariel cepat move on dari Marissa. Ya la, selalunya isteri pertama ini susah sikit nak lepaskan. Sayang isteri katakan." sindir rakan Puan Rahimah yang lain.

Anna yang mendengar senyum kelat. Jadi, memang benar la. Puan Rahimah tidak pernah kenalkan Medina kepada rakan-rakan Puan Rahimah. Malah mereka hanya mengetahui Marissa sebagai isteri pertama Dariel.

"Hahahahah, I sebenarnya tak kisah pun pasal anak-anak I tapi dah tak de rezeki nak pertahankan rumah tangga nak buat macam mana kan? Lagipun, I yakin Anna akan jaga Dariel dengan baik." ujar Puan Rahimah.

"Okay la tu, Dariel ada pengganti. Sekurangnya, anak dia ada orang jaga betul tak? Tapi I pelik mana cucu you? Bukan you selalu bawa ke?" tegur Datin Izzah.

Puan Rahimah kejung. Matanya melilau mencari figura Darren. Eh, bukan ke Darren di sisinya. Ke mana pula cucunya menghilang?

Anna yang dengar soalan itu turut memandang mencari Darren. Bulat matanya Darren tiada bersamanya.

"Eh, haah la. Mana cucu lelaki you? Bukan you selaku angkut dia?" ujar Puan Nazira.

Puan Rahimah mula menggelabah. Kehilangan Darren dari pandangan matanya membuatkan dia kelu. Bagaimana kalau cucunya diculik? Tak dapat dia bayangkan wajah Dariel memarahinya apabila menyedari kehilangan Darren.

"Tu, bukan cucu you ke? Dengan seorang perempuan?" seorang rakan Puan Rahimah menegur.

Serentak, Anna dan Puan Rahimah berpaling memandang ke arah yang dikatakan oleh rakan Puan Rahimah.

"Haah la. Tapi perempuan tu siapa? I tak pernah nampak pun," soal seorang rakannya lagi.

Puan Rahimah bangun dari duduknya. Kakinya laju melangkah ke arah Darren dan seorang perempuan yang sedang gelak tawa bersama. Dengan perasaan amarahnya dia terus naik tangan seakan mahu menampar perempuan itu.

"Nenek!"

To be continued...


Ermm, siapa nak double? Terlebih rajin pula rini 🤣 kalau nak, bagi i 150 vote before 0000 boleh?

Mr. Duda Where stories live. Discover now