D || 57

22.7K 1.5K 169
                                    

AWAL pagi lagi, Anna sudah tiba ke rumah agam Puan Rahimah. Kalau ikut perasaannya yang masih mengantuk memang dia tak datang rumah Puan Rahimah seawal ini. Tak pernah lagi orang datang rumah awal pagi melainkan hal mustahak.

Namun Anna gagahkan jua untuk datang ke rumah Puan Rahimah. Itupun kerana Puan Rahimah hubungi sambil menangis tersedu sedan. Apa yang jadi pun dia tak pasti.

"Eh, Anna. Awal sampai?" soal Medina yang baru turun dari tingkat atas.

Anna memaling mukanya ke arah Medina. Bibir mengukir senyum nipis.

"Kalau bukan sebab aunty, rasanya Anna ada dekat bilik tidur lagi." balas Anna tenang. Rasa ngantuknya masih tidak boleh di tahan. Maklum la, teruja menonton movie sampai tak sedar hari sudah berganti.

Medina mengerut dahi pelik. Kenapa Puan Rahimah menelefon Anna untuk datang ke rumah awal pagi hari ini? Ada apa berlaku gang dia tak tahu ke, atau...

"Akak, pasal semalam. Anna minta maaf eh, tak sangka pula yang aunty boleh hina akak macam tu." Medina memandang wajah Anna. Bibir mengukir senyum kecil.

"Tak pe, akak tak kisah. Lagipun, akak dah pernah kena teruk dari yang Anna dengar semalam."

Anna terkejut. Namun dalam kejutannya masih bangga dengan Medina yang tabah mendengar segala hinaan dan cacian Puan Rahimah. Kalau dia, mungkin sudah lari dan tak mungkin berpatah kembali kepada Dariel.

"Amboi, rancak berbual. Dah jadi kawan ke?" tegur Puan Rahimah.

Anna dan Medina serentak memandang ke arah Puan Rahimah. Kedua-duanya mengukir senyum kecil.

"Kalau dah jadi kawan pun tak salahkan, aunty? Lagipun, Kak Medina ni baik la. Comel. Anna suka berbual dengan Kak Medina. Untung mak mertua akak dapat menantu macam akak. Lemah lembut. Sopan pula tu, patut abang Riel terpikat." usik Anna.

Medina menggeleng kepala perlahan. Namun dia memuji dengan tindakan Anna tenang mengusiknya di hadapan Puan Rahimah. Berbeza pula dengan Puan Rahimah yang seakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa Anna memuji Medina. Bukankah sepatutnya mereka saling bercakaran? Ya la, bakal hidup bermadu kut. Takkan tak rasa apa-apa?

"Apa kamu merepek ni, Anna? Siapa suka siapa? Entah depan Anna je tunjuk baik. Belakang emtah dia bomohkan Anna tak? Jangan nak percaya sangat dengan orang baru kenal. Buatnya dia santau kamu, baru padan muka kamu."

Anna kelu. Begitu juga dengan Medina. Seakan tak percaya dengan tutur kata Puan Rahimah. Huh, salahkah dia tunjuk baik di hadapan Anna bahkan memang sifat peribadinya begini.

"Ish, hilang selera aunty nak breakfast kat rumah. Anna, jom kita makan dekat luar eh? Kita ajak Dariel. Mesti dia pun nak luangkan masa dengan Anna." Puan Rahimah menarik tangan Anna untuk mengikutinya namun Anna dengan lembut melepaskan pegangan tangan Puan Rahimah.

"Erkk, Anna rasa Anna nak makan kat rumah aunty la. Lagipun, Mak Munah masak banyak untuk kita. Takkan nak biarkan Kak Medina dengan Mak Munah makan semua ni? Membazir la. Anna yakin Dariel pun tak suka kalau kita membazir."

"Betul tu, buat apa membazir makan kat luar kalau semua hidangan dah tersedia? Dari ibu makan kat luar yang tak sihat untuk tubuh badan ibu tu. Baik, makan kat rumah. Sedap pun sedap, makanan pun bersih." celah Dariel.

Puan Rahimah memandang wajah anak tunggalnya. Lalu memaling memandang wajah Anna yang seakan harap dia untuk sarapan bersama mereka sekeluarga. Dia memandang wajah Medina yang menunduk tidak memandang matanya.

"Baik, kalau itu yang Anna dan Dariel nak. Ibu setuju."

Anna bersorak gembira. Tubuh Medina dipeluknya erat. Medina mengangkat wajah mengukir senyum kepada Anna dan Dariel.

"Kalau macam tu, Kiem panggil Arren dengan Dhea. Kita makan sekali." mereka bertiga mengangguk setuju dengan cadangan Dariel. Lagi meriah lagi bagus kan?

USAI sarapan, Medina dan Anna saling membantu mengangkat pinggan ke singki. Walaupun ditegah oleh Mak Munah namun mereka tetap berdegil mahu membantu.

"Ish, susah la dengan korang berdua ni. Mak dah cakap jangan tolongkan. Nanti jatuh macam mana? Licin ni," tegur Mak Munah.

Medina dan Anna saling berpandangan. Bibir mengukir senyum.

"Tak pe la, Mak Munah. Sikit je pun. Dee rasa macam beban pula kalau tak tolong Mak Munah nanti." kata Medina.

"Betul! Anna setuju." sokong Anna.

Medina menggeleng kepalanya. Ada sahaja la dua wanita di hadapannya.

"Ya la. Tapi angkat je tau. Basuh biar, Mak buatkan. Tak pasal bising Kiem bebel dekat Mak Munah."

"Iya, ini je. Kami pun nak ke depan. Banyak benda nak berbual." ujar Medina bersama senyuman.

"Akak, Anna nak ke tandas kejap. Akak pergi la depan dulu. Nanti Anna datang." pesan Anna.

"Okay, akak tunggu dekat ruang tamu." Anna mengangguk kepalanya.

Mereka masing-masing berpisah di ruang dapur itu. Anna ke tandas manakala Medina melangkah ke hadapan. Sebaik tiba di ruang tamu, tubuhnya tiba-tiba di tolak kasar ke sofa. Medina mengangkat wajah memandang figura yang menolak dirinya.

"Ibu?"

"Siapa ibu kau hah? Eh, kau memang tak puas hati dengan aku kan? Asal kau rapat sangat dengan Anna hah? Bukan sepatutnya kau marah dekat dia. Maklumla, dia kan bakal madu kau. Takkan sikit kau tak marah dia?" Puan Rahimah menyoal. Medina memandang wajah Puan Rahimah.

"Takkan sebab Anna bakal jadi madu Dee. Dee nak bermusuh dengan dia? Sedangkan isteri-isteri Rasulullah yang hidup bermadu pun boleh berkawan. Takkan Dee tak boleh ikut?"

"Jadi, kau nak berkawan dengan Anna supaya kau boleh ikut sunnah la? Eh, perempuan. Kau sedar tak, yang kau ni hipokrit! Dasar perempuan tak tahu malu. Kau memang suka kan kalau semua yang aku sayang dan suka pergi dekat kau. Kau memang tak guna!" rambut hitam Medina di tarik kasar oleh Puan Rahimah.

Medina cuba untuk meleraikan rentapan kasar Puan Rahimah namun kekuatannya bukan seperti Puan Rahimah. Tepat pada masanya, Anna yang baru selesai buang hajatnya terkejut melihat Puan Rahimah menarik rambut Medina. Tidak menunggu terus dia menjerit nama Dariel.

"Dariel!"

"Dariel!"

"Apa aunty ni, jerit-jerit. Tak malu ke?" tegur Darren. Terkejut dirinya mendengar jeritan Anna dari bawah.

"Papa mana? Papa?"

"Papa? Ada dekat atas. Jawab panggilan. Kenapa?"

"Panggil papa cepat. Mama dengan nenek! Cepat!" tubuh Darren ditolak kasar kembali ke atas. Darren yang tak sengaja ternampak pergaduhan yang berlaku di ruang tamu itu segera naik ke atas.

Anna melangkah dekat ke ruang tamu. Tangan Puan Rahimah yang sedang menarik rambut Medina ditariknya, cuba meleraikan rentapan rambut Medina.

"Aunty... Jangan.... Aunty,"

"Anna jangan sibuk! Biar aunty uruskan perempuan ni. Perempuan ni tak guna! Tak tahu malu. Dasar murah!"

"Ibu!"

Serentak itu, tanpa sengaja Puan Rahimah menepis Anna ke bucu meja manakala Medina tertolak jatuh ke lantai. Dariel yang terkejut dengan dua dentuman itu segera berlari ke arah mereka.

"Ya allah, sayang!" Dariel meluru ke arah Medina memandangkan isterinya lebih utama berbanding Anna.

"Arren! Cepat call ambulans! Cepat!" Darren dengan pantas mengambil telefon pintar milik pemberian Medina kepadanya.

Puan Rahimah terduduk. Matanya memandang Anna yang separa sedar namun ada darah mengalir di dahinya lalu dia berpaling memandang ke arah Medina yang tak sedar diri. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum sinis.

To be continued...

Ehem! Welcome to the psychiatry unit ~~~

Mr. Duda Where stories live. Discover now