M || 31

37.9K 1.8K 169
                                    

"KIEM... Ibu minta maaf, ibu tahu ibu salah. Kiem, kamu jangan la macam ni. Kiem... Kiem..." rayu Puan Rahimah. Terkejar-kejar dia mengejar Dariel ke tingkat bawah.

Dariel yang dari tadi tidak menghiraukan ibunya berpaling ke belakang. Puan Rahimah menghela nafas lega.

"Ibu ingat semudah itu je, Kiem nak maafkan ibu? Ibu tahu tak, luka dekat hati Kiem ni, tak mampu nak mengubati apa yang ibu maafkan. Ibu kejam. Kiem tak sangka ibu tergamak buat macam tu dekat cucu ibu sendiri."

"Dah Dhea buat perangai dulu. Ibu pukul je la. Lepastu, Darren datang marah ibu. Lagi la ibu bengang. Darren tu anak lelaki. Sepatutnya dia dengar cakap ibu untuk tak bantu Dhea. Dhea tu kena ajar sikit. Kamu tu manjakan dia. Tengok sekarang dah naik lemak. Entah dekat hospital tu pun tengah mengada dengan Darren kan?"

"Ibu!" Dariel meninggi suaranya.

Puan Rahimah terkejut. Matanya terkebil-kebil memandang wajah anak lelakinya itu.

"Kiem tinggi suara dekat ibu?" soalnya dalam nada bergetar.

Dariel menarik nafas lalu dihembusnya perlahan. Kalau bukan sebab ibunya sudah melampau. Dia takkan sesekali menengking wanita yang sudah melahirkannya.

"Maafkan Kiem, sebab dah tinggi suara dekat ibu tapi Kiem tetap dengan keputusan Kiem. Apa yang ibu cakap tu tak betul. Kalau betul sekalipun, kenapa ibu perlu angkat tangan? Dhea takkan usik ibu kalau ibu tak usik dia dulu. Arren dah bagitahu semuanya dekat Kiem dan Kiem tahu Arren buat macam tu sebab tak nak ibu terus pukul Dhea."

"Apa-apa yang jadi, Kiem takkan maafkan ibu. Kalau Marissa tahu apa yang terjadi dekat Dhea. Kiem tak rasa dia akan biarkan, paling teruk dia saman ibu. Dia tak nak saman tak pe, biar Kiem saman ibu."

Jeda.

Puan Rahimah terkesima. Sanggup anaknya mahu saman dirinya.

"Lagi satu, Kiem dan Dhea takkan duduk sini dengan ibu lagi. Kami akan pindah. Kiem dah bagitahu abah dan abah dah setuju dengan keputusan Kiem. Kiem harap ibu tak kacau keluarga Kiem lagi."

Buat kali kedua Puan Rahimah terkejut. Adakah anaknya benar-benar mahu pindah atau,

"Kiem pergi dulu. Barang-barang Kiem nanti ada kawan Kiem datang ambil semua. Kiem dah kemas semalam. Kiem harap ibu boleh bertaubat sebelum ada yang mencabutnya. Kirim salam dekat abah. Maaf sebab tak dapat tunggu abah." tangan Puan Rahimah dicapai lalu dikucup lembut. Walaupun dia sakit, terluka dan terasa hati dengan ibunya tapi dia masih simpan rasa hormat pada ibunya.

Puan Rahimah memandang anaknya yang berlalu pergi. Sungguh dia tak sangka anaknya sudah buat persediaan untuk pindah rumah sebelum ini. Tapi yang buat rasa pelik bagaimana anaknya beli rumah sedangkan dia sudah senarai hitam nama anaknya dari membeli rumah?

ADEN tersenyum melihat wajah Medina riang melayan Darren dan Dhea. Dia juga tidak sangka bahawa bekas suami Medina memiliki anak perempuan yang comel dan manja namun semua itu tidak pernah nampak oleh si nenek kerana keinginan cucu lelaki.

Bebola matanya beralih ke arah Medina yang melayan dua anaknya. Bibir mengukir senyum.

Medina Azyara.

Wanita yang tak pernah dia berfikir untuk dia jatuh cinta. Kelembutan dan manja wanita itu membuatkan dia terus hanyut. Kalau la, Medina tidak menolak dirinya sebelum berangkat ke Malaysia. Pasti wanita sudah sah menjadi isterinya namun kerana wanita itu bergelar janda anak satu. Serta-merta ahli keluarganya menolak.

Tapi berbeza dengan adiknya yang bakal berkahwin dengan duda anak satu. Huh, sama sahaja kan? Hanya kerana gelaran membuatkan masyarakat memandang serong.

Mr. Duda Where stories live. Discover now