L || 54

22.5K 1.5K 145
                                    

MEDINA keluar dari biliknya dan Dariel. Matanya melilau memandang suasana rumah ibu mertuanya. Berkerut dahinya apabila melihat suasana rumah seakan sunyi. Setahunya, Dariel memberi tahunya bahawa Puan Rahimah mahu melakukan gotong-royong memandangkan Dariel meminta majlis akad nikah di rumah Puan Rahimah.

Medina melangkah turun ke bawah. Perutnya yang bulat itu diusap penuh kasih sayang. Walaupun dia setuju dengan cadangan Dariel namun dia tak mahu anak keduanya menerima nasib seperti Darren.

"Baru turun?"

Medina mengangkat wajahnya. Bibir mengukir senyum. Dua hari dia menetap di rumah Puan Rahimah. Alhamdulilah, semuanya berjalan seperti yang dirancangkan oleh Dariel. Namun hari ini, dia tak tahu la pula kan?

"Haah, bu. Biasa la, ibu mengandung. Penat sikit," ujar Medina cuba beramah mesra dengan Puan Rahimah.

Puan Rahimah menjeling mata menyampah. Matanya memandang perut bulat Medina. Entah kenapa dia seakan tidak dapat terima kenyataan bahawa Medina mengandung anak kepada Dariel.

"Aku dulu pun mengandung jugak. Tapi tak la malas macam kau, atau kau memang sengaja tak nak tolong aku? Ya la, suami nak kahwin lain kan?"

Medina mengukir senyum kelat. Walaupun kelat namun dia cuba bersabar. Tak guna untuk dia berlawan dengan Puan Rahimah.

"Aunty!"

Suara Anna yang baru tiba di rumah Puan Rahimah menarik perhatian Medina dan Puan Rahimah. Lebar bibir Puan Rahimah melihat kedatangan Anna.

"Anna! Rindunya aunty dekat Anna!" Puan Rahimah terus memeluk tubuh kecil Anna.

Anna membalas pelukan itu walaupun dia tidak selesa. Jujur, dia tak pernah peluk orang kecuali abangnya, Aden. Bahkan mummy, daddy dan abang-abangnya yang lain pun dia tak pernah berbuat sebegitu.

Anna senyum kecil lalu meleraikan pelukan. Matanya memandang kilas wajah Medina.

"Anna pun rindu aunty. Aunty apa khabar? Sihat?" soal Anna.

"Alhamdulilah. Aunty okay ja cuma tu la sakit orang tua tapi tak pe, janji Anna dengan Dariel setuju nak kahwin pun. Aunty akan kekal sihat."

Anna hanya mengukir senyum kecil. Dia tak tahu bagaimana mahu memberi reaksi kepada Puan Rahimah apabila mendengar perkataan setuju.

"Eh, lupa pula. Ni, Anna ada bawa buah tangan untuk aunty. Aunty makan la. Abang Anna yang balik London belikan untuk Anna tapi Anna tak suka. Anna harap aunty suka la." Bag kertas yang berisi buah tangan itu diberi kepada Puan Rahimah.

Puan Rahimah menyambut bag kertas itu dengan hati teruja. Tak menunggu lama terus dia membuka isi di dalam. Bulat matanya melihat hadiah buah tangan yang diberi kepada Anna.

"Ya allah! Mahal ni, Anna. Ish, tak sanggup pula aunty nak terima. Mahal sungguh ni. Rugi la, kalau Anna tak suka." ujar Puan Rahimah lalu memasukkan semula ke dalam bag kertas.

Anna segera menghalang Puan Rahimah dari menolak hadiahnya. Kalau buah tangannya di tolak. Sia-sia je la duitnya beli hadiah itu.

"Tak pe, aunty. Ambik la. Anna kat rumah dah ada banyak. Aunty ambik la." pujuk Anna.

Puan Rahimah memandang wajah Anna. Wajahnya yang tadi mahu menolak barang mahal itu terus berubah senyum. Haih, siapa sahaja tak suka barang dari luar negara? Harganya yang mencecah ratusan ribu ringgit. Rugi la kalau mahu di tolak.

"Okag la, aunty ambik. Terima kasih. Macam ni la, bakal menantu ibu. Baik. Suka bagi hadiah dekat ibu mertuanya."

Medina yang berdiri di tepi tangga itu mula riak wajah menyampah. Ceh, baru dapat harga barang mahal sudah puji melambung bakal menantunya. Kalau la, Puan Rahimah tahu bahawa barang yang dibeli Anna tu sebenarnya barang dari miliknya. Mahu ditolak mentah-mentahnya.

"Eh, tak de la. Biasa je, aunty." Anna senyum kecil.

"Ouh, lupa pula aunty nak kenalkan Anna dengan seseorang."

Anna mengerut dahinya. Kenalkan? Siapa? Setahunya Medina sahaja ada di tepi tangga sejak dia datang dari tadi.

"Kenalkan, ni pembantu rumah baru aunty. Medina, Anna." Puan Rahimah memperkenalkan Medina kepada Anna.

Medina dan Anna sama-sama terkejut dengan ayat yang dituturkan oleh Puan Rahimah. Pembantu rumah?

"Mudanya, aunty. Selalunya, aunty ambil yang dah tua kan? Kenapa tiba-tiba aunty ambil yang muda?" soal Anna. Dia bukan mahu memperlekehkan Medina namun dia terkejut.

Tegarnya, hati Puan Rahimah hingga menggelarkan Medina sebagai pembantu rumah. Dengan anak yang berada di dalam perut. Dia yakin Dariel takkan izinkan Medina melakukan sebarang kerja.

"Muda? Hahahaha, apa yang Anna merepek ni. Muda apanya? Umur pun dah nak masuk 30 an. Tua la tu. Kira okay la, aunty ambil dia kerja. Ya la, dengan kelulusan diploma Universiti. Siapa je nak ambil dia kerja. Pembantu rumah pun, kerja juga bezanya darjat dia bawah dari kita berdua."

Medina seakan tersentak dengan kata hinaan Puan Rahimah. Teruk sangatkah dia hingga dihina begitu.

Anna memandang Medina dan Puan Rahimah silih ganti. Terkejut? Gila dia tak terkejut dengan kata hinaan yang dilontarkan oleh Puan Rahimah kepada Medina. Teruk-teruknya pun tak pernah lagi dia hina orang lain seteruk begitu.

"Dah, kita berbual dekat depan sana. Biar dia buat kerja sendiri. Bangun pun lambat, nasib aunty baik hati nak bagi dia kerja lagi. Kalah tak, memang aunty halau dia keluar dah." Puan Rahimah memandang wajah Medina dengan perasaan puas hati.

Itu baru sedikit dia hina dan selar Medina. Tunggu, dalam dua minggu dia akan pastikan bahawa Medina lari jauh dari sini.

"Jom, aunty ada banyak perkara nak sembang dengan Anna." ajak Puan Rahimah. Dengan riak wajah berlagak, dia meninggalkan Medina dan Anna di tepi tangga itu.

Anna memandang wajah Medina dengan riak serba salah. Kalau la, dia tahu perkara ini akan jadi begini...

"Pergilah, nanti ibu tunggu Anna pelik pula dia. Tak pe, akak dah biasa kena macam ni." Medina bersuara.

Anna memandang Medina serba salah. Medina yang terluka namun dia pula rasa kasihan dengan Medina.

"Tapi..."

"Pergi. Tak pe, akak okay. Ingat pesan Aden dengan Dariel." pesan Medina.

Anna serba salah. Dengan langkah perlahan, dia meninggalkan Medina di tepi tangga sendirian.

Medina mengukir senyum kelat. Sakit? Huh, siapa sahaja yang tak terluka bila mendengar kata hinaan sebegitu rupa namun dia tahu Puan Rahimah tak berniat mahu menghinanya di hadapan Anna cuma...

"You're strong wife." tubuh Medina di tarik ke pelukannya.

Medina mengangkat wajah memandang wajah Dariel. Air matanya mengalir turun ke pipi.

"Abang..."

"Shhh... Abang tahu. Sayang kuat. Abang yakin sayang akan kekal kuat. Demi anak-anak dan abang."

Mendengar ayat yang dikatakan dari Dariel terus Medina memeluk erat tubuh Dariel. Air matanya terus berterusan mengalir.

To be continued...

Ada sesiapa nak ibu mertua seperti Puan Rahimah?

Mr. Duda Where stories live. Discover now