M || 55

24.2K 1.4K 58
                                    

"EH, Kiem? Nak pergi mana tu? Sini la, Anna datang nak jumpa kamu ni," tegur Puan Rahimah. Bibir mengukir senyum manis pada Dariel.

Dariel melangkah dekat ke arah Puan Rahimah. Dia memandang wajah ibunya, lalu beralih ke arah Anna yang menunduk. Dia tahu Anna tak bersalah malah gadis itu cuba menenangkan Medina.

"Lain kali la, bu. Kiem sibuk ni. Nak bawa Medina pergi klinik. Ibu lupa hari ini Medina ada medical checkup dengan doktor."

Terjegil mata Puan Rahimah mendengar ayat yang dituturkan oleh Dariel. Kenapa anaknya mahu sibuk dengan menantu hantunya? Bukannya Medina tak tahu memandu. Jadi, kenapa Medina tergedik mahu Dariel membawanya ke klinik. Tak sedarkah dia, bahawa suaminya bakal berkahwin lain?

"Abang..."

"Eh, dah siap. Jom, tak sabar abang nak tengok baby dalam perut mama." ujar Dariel. Sengaja.

Medina mengukir senyum kecil. Dia mengangkat wajah memandang wajah Puan Rahimah. Jelas Puan Rahimah seakan bengang dengannya.

"Dee, tunggu dalam kereta." baru selangkah Medina melangkah. Dariel menarik tangan Medina. Mata Dariel memandang wajah Medina.

"Kita pergi sekali. Dee kan, isteri abang. Ibu, Kiem dengan Dee pergi dulu. Apa-apa nanti, ibu call Kiem eh. Lagisatu, Kiem tak lunch kat rumah kut. Kiem nak bawa Dhea dengan Darren jalan-jalan kejap. Kesian dorang merengek nak berjalan. Ibu tak payah tunggu Kiem. Anna, you makan dengan ibu okay." Dariel mengukir senyum lebar.

Kemuadian, dia memeluk pinggang Medina selamba di hadapan Puan Rahimah. Anna yang melihat kemesraan Dariel dan Medina mengukir senyum. Betul kata, abangnya, kalau rumah tangga mereka sudah bahagia. Kenapa dia perlu robohkan? Sedangkan Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik untuk hambaNya.

Puan Rahimah memandang pasangan itu dengan riak tak puas hati. Dia yakin pasti Medina ada beritahu sesuatu kepada Dariel hingga lelaki itu tidak dengar dengan katanya. Sedangkan pagi tadi, anaknya elok sahaja bertanya bila Anna akan datang ke rumah.

"Aunty,"

Puan Rahimah tersentak. Matanya memandang wajah Anna. Bibir mengukir senyum nipis.

"Aunty okay? Anna tak faham. Kenapa Dariel bawak Medina pergi klinik. Isteri? Betul ke, Dariel dah kahwin, aunty?" soal Anna polos.

Bulat mata Puan Rahimah mendengar soalan yang dilontarkan oleh Anna. Dia menggeleng kepala. Tangan Anna dicapai lalu dielus lembut.

"Tak. Tak. Dariel mana kahwin lagi. Dia duda anak satu. Macam yang Anna tahu," tipu Puan Rahimah.

"Habis tadi? Darren? Anna tak faham la. Kalau aunty dengan Dariel tak jadi nak langsungkan. Bagitahu Anna, Anna boleh beritahu mummy yang Dariel dah kahwin. Anna tak nak jadi perosak rumah tangga orang."

Puan Rahimah kelu. Takkan semudah itu dia mahu melepaskan Anna. Anna hanyalah satu-satu pilihannya untuk menikah dengan Dariel. Sudah lama dia harapkan cucu lelaki. Darren? Memang dia sayang Darren kerana Darren merupakan waris pertamanya tapi untuk terima Medina bukan lah pilihan yang tepat meskipun Medina yang melahirkan Darren.

"Eh, apa pula perosak rumah tangga orang. Dariel mana kahwin lagi, cuma perempuan tu je tergedik rapat dengan Kiem. Entah tahu haram ke tak? Suka la dia bila Kiem peluk dia. Aunty kalau ikutkan hati memang nak halau dia tapi tu la Kiem tak izinkan. Katanya dia dah jatuh suka dengan Medina. Aunty mana boleh menantu jatuh standard ni. Tak kelas la, aunty bila dengan kawan-kawan nanti."

Anna yang mendengar segala kutukan Puan Rahimah kepada Medina menelan air liur perlahan. Sungguh dia tak sangka sifat Puan Rahimah dua talam dengannya. Bersama dia Puan Rahimah bersikap baik namun di hadapan Medina habis segala kutukan di beri.

MEDINA termenung memandang jalan raya. Dariel yang sedang memandu memandang kilas wajah Medina. Melihat raut wajah sedih Medina membuatkan dia gagal menjadi seorang suami. Dia rujuk dengan Medina bukan kerana anak atau sebaliknya. Namun kerana cinta. Cintanya pada Medina tetap utuh meski sudah lima tahun berlalu. Melihat Medina sedih kerana ibunya membuatkan dia kesal dengan sikap ibunya.

"Sayang..."

"Hmmm,"

"Sayang okay?" soal Dariel. Matanya masih fokus pada pemanduan.

Medina berpaling memandang Dariel yang fokus memandu. Bibir mengukir senyum.

"Okay. Kenapa? Muka Dee nampak tak okay ke?" soalnya.

Dariel memandang Medina sekejap sebelum dia kembali fokus pada pemanduan. Sebelah tangannya mencapai memegang tangan Medina.

"Abang risau. Sayangkan mengandung. Abang tak nak Dee terlalu fikirkan apa yang ibu cakap. Sayang kena ingat abang selalu ada dengan sayang. I love you so much dari dulu sampai sekarang. Sikit perasaan abang tak pernah berubah untuk sayang."

Medina yang mendengar luahan hati Dariel mengukir senyum. Dia syukur milik suami seperti Dariel meski mereka ditimpa dugaan. Suaminya tetap ada bersamanya.

"Ya la. Dee pun, cuma Dee berhenti sayang abang lima tahun lepas sebab abang lukakan hati Dee. Tapi sejak kita rujuk semula, Dee mula sayangkan abang. I love you too."

Dariel mengukir senyum. Dia tidak kisah jika Medina berhenti menyayangi kerana kisah lalu. Kerana silapnya membuatkan dia belajar tentang cinta.

"Abang,"

"Ya."

"Abang yakin ke, dengan rancangan kita? Tak rasa macam bakal kecewakan ibu ke? Buatnya apa yang Dee pernah cakap sebelum ni terjadi macam mana?" soal Medina. Walaupun Dariel akan lindunginya namun tetap ada rasa takut.

Tambahan, mereka pula tinggal bersama. Peratusan Puan Rahimah mahu lakukan sesuatu padanya tika Dariel tiada di rumah memang tinggi.

Dariel senyum. Dia tidak kisah kalau Medina overthinking tentangnya kerana dia sedia maklum dengan emosi ibu mengandung yang sememangnya sentiasa berubah. Tangan Medina yang bersulam dengannya diangkat lalu di bawa ke bibir. Satu kucupan lembut di beri pada tangan Medina.

"Selagi abang ada, selagi abang hidup dan selagi abang sentiasa di sisi sayang. Abang sanggup lakukan apa-apa untuk sayang meski ibu terluka. Abang tahu abang bukan suami dan anak yang terbaik tapi abang tak nak sebab ibu, sayang luka dan tinggalkan abang. Cukup la, sekali sayang tinggalkan abang. Ibu tak sepatutnya tolak jodoh yang tertulis pada kita dan abang yakin satu hari nanti, ibu akan terima sayang. Cepat atau lambat, abang yakin ibu akan buka mata untuk terima sayang."

Medina memandang wajah Dariel. Dia nampak Dariel ikhlas dengan kata-katanya. Walaupun dia ragu namun dia yakin apa yang dikatakan Dariel ada benarnya. Cepat atau lambat, takdir yang tertulis sentiasa menunjuk kebenarannya.

To be continued...

Mr. Duda Where stories live. Discover now