N || 59

22.5K 1.4K 127
                                    

ADEN mengusap dahi Anna yang berbalut akibat kejadian yang berlaku di rumah Puan Rahimah semalam. Nasib tiada kecederaan yang teruk terjadi. Kalau tak, memang dia saman Puan Rahimah kerana bertindak kasar kepada Anna.

"Kau siapa?"

Aden memaling wajahnya pintu bilik adiknya. Wajah Puan Rahimah yang berdiri di hadapan pintu ward itu dipandang sinis.

"Aku yang patut tanya kau? Kau siapa, masuk bilik Anna?" soal Aden sinis. Tiada makna dia mahu berkata baik dengan Puan Rahimah.

Kalau Medina dan Anna pun dia boleh tolak hingga cedera. Inikan dia yang lelaki? Sungguh tak sangka Puan Rahimah sanggup cederakan menantunya yang sedang mengandung.

"Hey! Kau yang sepatutnya aku tanya. Kau buat apa dalam bilik Anna! Kau nak cabul dia eh? Aku tahu la kau lelaki yang Anna cium dekat mall tempoh hari kan?"

Aden kelu. Cium? Namun beberapa saat kemuadian, dia teringat akan kejadian seminggu lalu di mana Anna cium dirinya di butik pakaian. Tapi tak sangka pula, Puan Rahimah marah atau putus hubungan mereka malah memaksa Dariel untuk setuju berkahwin dengan Anna.

"Kalau ya, kenapa? Salah ke? Rasanya tak de pula tertulis larangan untuk cium pipi lelaki."

"Ada la, bodoh! Yang dia cium kau tu bukan mahram. Dosa besar tahu tak cium lelaki bukan mahramnya." dengus Puan Rahimah.

Aden senyum sinis. Dosa? Dia tak salah dengarkan bahawa Puan Rahimah mengatakan dosa?

"Habis, apa yang kau buat dekat Dariel dan Medina tak dosa besar pulak?"

Puan Rahimah terdiam. Iris matanya memandang wajah kacak lelaki di hadapannya ini. Tak terkelip matanya mendengar nama Dariel dan Medina meniti di bibir lelaki itu.

"Kau kenal anak dan menantu aku?"

"Kalau dah aku panggil nama dorang betul la kan? Ada nama lain ke, yang aku kenal kat sini?" bidasnya.

"Macam mana kau..."

"Aku kawan Medina dan Dariel. Huh, tak sangka pula Dariel dan Medina dapat ibu malang macam kau. Terdesak nak satukan anak yang dah kahwin dengan anak kawan dia? Yang lagi malang, isteri anak kau tu dah mengandung. Kau memang tak perikemanusiaan eh? Sia-sia je hidup kalau haram halal pun tak tahu beza." dengan tenang Aden menyindir Puan Rahimah.

Marah? Huh, dia tak kisah kalau Puan Rahimah mahu menumbuk atau tamparnya sekalipun. Apa yang dia katakan tadi semua benar. Walaupun dia akui dia tidak la sebaik mana namun dia masih tahu batas berkawan dengan suami atau isteri orang.

"Abang,"

Aden berpaling memandang wajah Anna yang telah sedar. Bibir mengukir senyum sambil mengucap rasa syukur kerana Allah memberi masa kepada adiknya untuk terus hidup. Risau juga dia apabila dapat tahu Anna pengsan sebaik tiba di hospital.

"Anna, Anna okay kan? Ada sakit mana-mana tak? Risau tahu tak, bila abang dengar Anna pengsan semalam." lancar Aden berkata kepada Anna.

Anna ketawa perlahan. Namun dia masih belum sedar akan kehadiran Puan Rahimah yang berada di bilik itu.

Aden yang tanpa rasa segan mengucup lembut dahi adiknya. Kalau bukan sebab rancangannya dan Dariel. Mungkin Anna dan Medina tidak bertempat di hospital.

"Abang..."

"Ya, sayang... Anna memang suka buat abang risau. Kalau abang tak call Dariel semalam. Mungkin abang tak tahu Anna kat sini tau." lembut tangannya mengusap rambut Anna.

Anna senyum manja. Terasa seperti dia dilahirkan semula apabila Aden memanjakan dirinya.

"Anna okay. Sorry, sebab buat abang risau. Kesian abang dari Johor terus datang sini sebab risaukan Anna."

"Mestilah. Anna, manja abang tau." tubuh Anna ditarik ke pelukan.

Puan Rahimah yang nampak pelukan itu memandang Anna dengan riak tak percaya. Semudah itu, Anna membiarkan lelaki itu memeluknya.

"Anna! Apa semua ni, kenapa Anna tak halang langsung apa yang dia buat dekat Anna. Anna tahu tak haram buat macam tu," tegur Puan Rahimah.

Anna yang dengar suara Puan Rahimah segera meleraikan pelukan abangnya. Matanya memandang Puan Rahimah dan Aden silih ganti. Dosa?

"Apa yang aunty merepek ni, dosa? Siapa yang dosa dengan siapa? Anna rasa tak salah Anna nak peluk abang Anna?"

Puan Rahimah kelu. Abang? Tapi...

"Lupa Anna nak bagitahu aunty, ni abang kedua Anna yang tinggal dekat London." terlopong mulut Puan Rahimah mendengar sesuatu yang tidak jangka dari bibir Anna.

"Oh my god! Hahaha, tak sangka aunty yang kamu ni abang Anna. Muka tak sama langsung. Patut la dia care pasal Anna." Puan Rahimah menunduk tersipu malu.

Aden mengukir senyum sinis. Ceh, tadi punya beria nak marah Anna kerana peluknya tapi sekarang... Heh, Puan Rahimah memang layak terima Anugerah pelakon antoganis terbaik di dunia ini.

"Maafkan, aunty sebab kasar dengan kamu tadi. Aunty ingatkan kamu bukan sesiapa dengan Anna. Aunty cuma risau je." Puan Rahimah menepuk manja lengan Aden.

Aden hanya memerhati. Namun sikit pun dia tak terkesan dengan kata-kata Puan Rahimah meminta maaf kepadanya.

"Abang dah tengok Kak Dee? Macam mana? Dia okay?" soal Anna. Semalam, tika dia sedar. Dia juga nampak kesan darah pada celah kaki Medina. Namun dia belum sempat bertemu dengan Medina kerana kesihatannya.

"Dah, dia okay. Dariel pun cakap dia boleh keluar esok." Aden memberitahu.

Anna menganggu kepalanya. Lega sikit hatinya mengetahui kesihatan Medina. Sekurangnya, anak yang berada di perut Medina selamat.

"Ermm, nak tanya macam kamu boleh kenal Dariel dan Medina?" soal Puan Rahimah. Dari tadi dia rasa tertarik dengan abang Anna yang ambil peduli tentang Dariel dan Medina. Seakan mereka sudah berkawan lama.

"Abang dengan Kak Dee dah lama berkawan. Tapi Dariel baru je sebulan lepas. Kenapa aunty tanya?" pelik. Namun Anna tahu, Puan Rahimah pasti ada sebab menanyakan soalan itu.

"Tak de apa. Ingatkan abang Anna kawan dengan Dariel. Rupanya, dengan Medina. Tapi aunty pelik la. Kamu takkan tak de perasaan suka dekat Medina? Ya la, kamu dengan dia dah kawan lama kan?"

Aden dan Anna berpandangan. Seakan kelu dengan soalan cepumas Puan Rahimah, malah mereka juga tidak sangka soalan itu bakal menghancur rancangan mereka.

To be continued...

Double update?

100 votes?

Mr. Duda Where stories live. Discover now