L || 06

49K 2.3K 102
                                    

"DEE!"

Medina yang mahu meneguk air miliknya. Tersentak apabila tubuhnya dipeluk erat oleh seseorang. Huh, siapa lagi kalau bukan Aisya Adara.

"Ya allah, tak sangka aku yang kau..." sungguh Aisya teruja, hingga tak tahu bagaimana mengungkapkan katanya.

Medina hanya mengangguk kepalanya. Ya, dia sendiri masih tak percaya dengan keputusannya.

"Eh, Darren mana? Kau kata dia ikut sekali kan?" soal Aisya. Pelik melihat rakannya duduk berseorangan sementara menunggu jadual penerbangan mereka. Suaminya pula, menguruskan bagasi mereka untuk ke sana nanti.

"Dia dengan Aden. Nak spent time with his uncle katanya." Aisya memandang wajah Medina dengan riak tak percaya.

"Aden tak ikut kita sekali kan?" soalnya berhati-hati. Medina menggeleng kepalanya.

"Tak. Lagipun, dia banyak kerja nak kena uruskan dan aku minta dia terima aku sebagai seorang adik dan bukannya seorang perempuan yang dia suka."

"Boleh ke, macam tu? Aku bukan apa, risau dia tak boleh move on je." kata Aisya. Medina hanya menjungkit bahu tidak tahu.

Dia bersyukur dengan penerimaan Aden kepadanya. Jujur dia cakap, tak terlintas dihatinya untuk kawan atau berkahwin dengan Aden kerana dia sudah menganggap Aden sebagai abangnya. Lagipun, keluarga Aden sama seperti keluarga bekas suaminya. Tidak dapat menerima seorang perempuan yang berstatus anak yatim piatu, tambah pula dia janda anak satu memang kena reject la!

"Eh, ni kau duduk mana dekat sana nanti? Ke, kau nak duduk dengan aku?" soal Aisya.

Medina senyum lalu menggeleng kepalanya. Dia duduk serumah dengan Aisya? Dulu, masa Aisya bujang, dia tak kesah la kalau nak serumah sekalipun tapi sekarang Aisya sudah kahwin dan dia tak mahu menganggu privacy pasangan itu.

"Tak. Aku stay dengan Yana. Nanti sampai sana, dia pick-up aku dengan Darren."

"Ouh, kiranya Yana tahu la kau nak balik sana?"

"Yup, dia tahu. Dan dia marah gila dekat aku sebab buat keputusan mengejut." teringat dia malam semalam memberitahu keputusannya kepada sepupunya itu. Dan seperti yang dia jangka, sepupunya memakinya.

Teruk jugak la dia tadah telinga dengar ayat makian Ilyana.

"Mama!"

Medina dan Aisya berpaling ke belakang. Bibir mengukir senyum. Jelas wajah Darren gembira apabila mengetahui mereka mahu pulang ke tanah air.

"Hai, mummy! Mana daddy Isa?" soal Darren. Di tangannya terdapat sekotak mainan. Mungkin baru dibeli oleh Aden.

"Daddy pergi uruskan bag. Kejap lagi, daddy sampai la tu. Eh, hai, Aden! Dah lama tak nampak you? Busy ke?" selepas menjawab soalan Darren, Aisya menyapa Aden.

Aden senyum. Matanya memandang wajah Aisya lalu mengerling memandang wajah Medina. Wanita itu seakan tenang sambil melayan anaknya, Darren.

"Hai. Haah, busy sikit. Lagi-lagi bila Isa fly ke Malaysia. Mungkin pejabat I akan bertambah sibuk." ujar Aden. Aisya senyum.

Dia kenal Aden dan Isa pun kerana dua lelaki itu sudah banyak menolongnya dan Medina. Tapi siapa sangka, dia tersangkut dengan Isa.

"Alaa, nanti you free. You datang la Malaysia. Takkan la you nak pantau syarikat dekat Malaysia dari jauh. Walaupun you percayakan Isa tapi sekali sekala you kena turun sana jugak." Aisya memberi cadangan. Walaupun dia tahu Aden dalam tempoh move on dengan Medina tapi bukan bermaksud mereka harus putus kawan kan?

Mr. Duda Where stories live. Discover now