A || 02

72.8K 2.9K 292
                                    

MELEBAR senyuman Puan Rahimah saat kakinya melangkah keluar dari kawasan perkarangan Mahkamah Syariah. Langkahnya teratur dan nampak sangat yakin. Dariel yang berjalan di sisi ibunya hanya beriak biasa. Tiada apa-apa yang dia mahu katakan. Dia sudah lafaz talak buat kali kedua namun berbeza kerana permintaan ini dengan kerelaan sendiri.

Marissa di belakang turut mengikut langkah bekas suaminya. Dia ada perkara mahu berbincang dengan Dariel. Bersyukur kerana dia diberi kebebasan buat kali kedua walaupun dia tahu Puan Rahimah sangat marah dengannya.

"Huh, tak sangka aku yang kau sanggup curang belakang anak aku. Apa kau hebat sangat dalam urusan rumah tangga? Aku ambil kau sebagai menantu aku sebab kau lawa je tapi tak sangka pula kau curang belakang anak aku." ujar Puan Rahimah sinis.

"Ibu..."

"Apa? Kamu jangan nak backup dia sangat. Aku dah banyak kali nampak dia dengan jantan. Bukan sekali tapi beberapa kali aku nampak dia dengan jantan. Asal la aku bodoh sangat bagi kau kahwin dengan dia. Dah la curang, patut la tak nak bagi aku cucu lelaki." Puan Rahimah terus menerus menyindir Marissa dengan sinis.

Marissa panas hati. Kalau ikut kata hatinya, mahu sahaja dia membalas bahawa meteka bercerai atas kehendak sendiri tapi Dariel tidak membenarkan. Lelaki itu sangat menjaga hati ibunya.

"Dah, ibu nak balik. Kamu, Dariel malam ni datang rumah. Ibu nak bincang sesuatu dengan kamu." Tanpa menunggu terus Puan Rahimah masuk ke kereta yang sudah lama menunggunya.

Dariel memandang ibunya yang sudah keluar dari kawasan makhamah. Dia tahu ibunya kecewa kerana penceraiannya buat kali kedua. Pada mulanya, ibunya bantah kerana ibunya masih sayangkan Marissa tapi dia tak mahu Marissa terus terluka kerana desakan ibunya untuk mengandung buat kali kedua. Harapan ibunya mahu cucu lelaki terlalu tinggi.

"Riel..." Dariel berpaling memandang wajah Marissa.

"I... I minta maaf atas semua yang berlaku. I tahu ibu sebenarnya kecewa dengan I tapi I berterima kasih dengan you sebab sanggup lepaskan I. I harap kita akan terus berhubung untuk Dhea. You jaga Dhea baik-baik ye and you cari la Azyara. I yakin dia tak lari jauh dan I tahu you masih sayangkan dia." Dariel diam. Dia masih dalam proses untuk memahami Marissa.

"I harap you bersama semula dengan Azyara. I rasa jahat sangat sebab runtuhkan rumah tangga you dengan Azyara. Nanti kalau you dah berbaik dengan Azyara, you bagitahu I eh, I nak minta maaf dengan dia."

Dariel masih diam. Dia sendiri tak tahu apa akan berlaku selepas penceraiannya

Azyara.

Ya, dia harus mencari wanitanya semula. Rasa cintanya dia dengan wanita itu tetap sama, langsung tak berubah walaupun selepas berkahwin dengan Marissa.

"Pasal Dhea, I rasa you tahu siapa layak jaga dia kan? Terima kasih untuk segalanya. Halalkan segala makan minum pakaian I. I minta maaf kalau sepanjang I jalankan tanggungjawab I sebagai seorang isteri. Tak sama seperti Azyara. I balik dulu. Assalammualaikum." Usai berkata terus Marissa melangkah pergi meninggalkan dirinya.

Dariel memandang pemergian Marissa hingga wanita itu masuk ke kereta Irsyad. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Dia berharap bahawa semua yang berlaku adalah sebuah mimpi yang dia tak terjangka.

Walaupun penceraian ini berlaku atas permintaan Marissa tapi... Tanpa sedar keluhan panjang terlepas dari bibirnya. Dia bukan mahu mengeluh dengan ujian yang diberi tapi keputusan ini amat melukakan hatinya walaupun Marissa berkahwin dengannya tanpa rasa cinta.

Bait-bait kata Marissa tadi membuatkan dia semakin serba salah. Azyara. Sudah bertahun dia mencari wanita itu tapi satu berita tentang wanita itu tetap tiada. Seakan wanita itu hilang ditelan bumi.

Mr. Duda Where stories live. Discover now