E || 56

22.4K 1.5K 570
                                    

PUAN Rahimah mendengus tak puas hati. Seakan tak percaya dengan apa yang dia lihat beberapa jam yang lalu. Sukar untuk dia percaya bahawa Dariel mudah terpengaruh dengan ihsan Medina. Bukankah sepatitnya Dariel menemani Anna memandangkan majlis mereka bakal berlangsung dua minggu hadapan.

Ting!

Bunyi notifications yang berdering dari telefon pintar menarik perhatiannya. Dia mencapai telefon pintarnya. Gambar yang dihantar oleh orang yang tak dikenali membuatkan dia panasaran. Tanpa mengetahui apa isi dalamnya. Dia menekan gambar yang dihantar oleh seseorang tak dikenali.

Terkejut. Tergamam. Terpanar. Terkelu Puan Rahimah melihat gambar itu. Tak. Dia tak percaya bahawa suaminya sanggup membelakangi dirinya. Apa maksud disebalik gambar ini? Adakah benar suaminya berlaku curang kepadanya?

"Abang dah balik."

Suara Tuan Syed Aziz yang baru masuk ke bilik mereka berdua membuatkan Puan Rahimah menyirap. Iris matanya menikam wajah Tuan Syed Aziz.

"Kenapa pandang abang macam tu?" soal Tuan Syed Aziz. Pelik dengan tingkah isterinya yang memandang ke arahnya.

"Bagitahu Imah sekarang bahawa yang semua ni tak betul kan?" Puan Rahimah memandang wajah Tuan Syed Aziz tajam.

Tuan Syed Aziz mengerut dahinya pelik. Tidak faham dengan maksud isterinya.

"Apa maksud Imah ni? Abang buat apa?" keliru. Dia memang tak faham dengan isterinya yang tiba-tiba sahaja menyoal kepadanya.

"Gambar ni. Ni gambar abang kan? Abang dengan siapa hah?" telefon pintarnya diberi kepada Tuan Syed Aziz.

Tuan Syed Aziz mengambil telefon pintar isterinya. Jarinya sentuh gambar yang dihnatar oleh orang tak dikenali.

"Bagitahu Imah sekarang, siapa perempuan dalam gambar tu. Apa kurangnya Imah sampai abang nak curang dengan Imah hah?!"

Tuan Syed Aziz memandang wajah isterinya yang naik angin kepadanya. Dia hanya mempamerkan riak tenang.

"Kalau awak boleh buat dekat anak awak. Takkan saya tak boleh buat dekat awak kan? Adil. Sama-sama sakit. Betul tak?"

"Abang tak payah sama kan saya dengan Medina. Dia tu anak yatim. Bukan anak dari keluarga yang senang. Abang ingat saya senang nak bagi restu dekat dia ke? No! Walaupun dia lahirkan Darren sekalipun. Saya tetap takkan terima dia. Kalau ikut hati saya, nak je saya minta Darren tukar ibu."

Pang!

Bulat mata Puan Rahimah apabila pipinya terasa pijar di tampar. Matanya menikam wajah suaminya. Seakan kelu dengan tindakan suaminya.

"Apa masalah abang hah?! Sampai nak tampar saya? Saya cuma cakap benda yang betul. Medina tak layak jadi ibu kepada Darren."

"Saya tahu awak tak suka Medina tapi untuk pisahkan Darren dari Medina. Saya tak setuju. Awak ingat awak Tuhan nak aturkan semua. Awak ingat sikit eh, kalau bukan sebab keluarga awak yang minta tolong dengan keluarga saya dulu untuk selamatkan keluarga awak. Rasanya standard awak dengan Medina sama saja malah jauh beza dari dia."

Puan Rahimah memandang wajah suaminya. Ya, dia akui dia juga sama seperti Medina tapi tak salahkan kalau dia mahu menantu yang lebih kaya darinya? Sekurangnya jika ada apa-apa berlaku pada keluarganya. Keluarga menantunya boleh menolongnya.

"Saya malas nak cakap dengan awak. Suka hati awak la nak buat apa pun. Tapi apa yang saya nak beritahu awak yang saya tak suka awak aturkan hidup Kiem. Dia dah dewasa. Cukup matang untuk uruskan kehidupan dia. Dan untuk gambar ni, yes, saya dah kahwin lain. Dan perempuan tu jauh lebih baik dari awak. Sekurangnya dia sokong dengan pilihan Kiem. Bukan macam awak, tahu nak atur hidup orang je."

Kilas Puan Rahimah memandang wajah Tuan Syed Aziz. Seakan tak percaya dengan ayat yang dilontar oleh suaminya. Suaminya sudah kahwin lain malah anak tunggalnya, Dariel juga mengetahui siapa madunya.

"Mulai hari ini, awak duduk la sini sorang-sorang. Saya malas nak layan awak. Awak buat la apa yang awak rasa awak patut buat. Jangan pernah nak libatkan saya. Saya dapat tahu awak cuba luka isteri dan menantu saya. Tahu la nasib awak saya nanti." Tuan Syed Aziz melangkah keluar dari bilik itu.

Ingatkan dia pulang ke rumah dapat la berehat namun isterinya pula buat masalah dengan gambar isteri keduanya. Ya, memang dia sudah kahwin lain malah dia kahwin pada hari yang sama anaknya rujuk kembali dengan Medina.

Terduduk Puan Rahimah mendengar kenyataan suaminya. Tak. Dia tak percaya bahawa suaminya berkahwin buat kali kedua. Mana mungkin suaminya berkahwin lain.

Tak.

Tak.

Tak mungkin.

To be continued...

Short chapter for today ❤️

Mr. Duda Where stories live. Discover now