A || 72

23.8K 1.5K 7
                                    

SEBULAN berlalu, Medina hanya termenung memandang ke luar. Kini, mereka menetap di rumah agam Puan Rahimah memandangkan hanya Dariel sahaja merupakan waris kepada arwah Tuan Syed Aziz dan Puan Rahimah.

Fikirannya mula teringat akan anak perempuan tirinya. Sudah sebulan sejak Dhea tinggal bersama Marissa. Pada mulanya, dia mahu juga membantah namun siapa dia untuk halang Dhea dari Marissa? Walau bagaimana sekalipun, Marissa tetap ibu kandung kepada Dhea.

"Sayang..."

Medina berpaling ke belakang. Bibir mengukir senyum. Dia melangkah ke arah Dariel. Tangan Dariel dicapai lalu dikucup lembut.

"Bila balik? Dee tak dengar pun kereta, abang? Arren mana?" soalnya. Soalan yang sama tika suaminya pulang bersama Darren.

Dariel memandang wajah isterinya. Sedar tak sedar usia kandungan Medina sudah mencecah lima bulan. Meskipun, tempoh itu bakal memudahkan Medina. Namun dia gembira melihat wajah Medina sepanjang tempoh kandungan Medina.

"Dia ada dekat bilik. Nak rehat. Nanti malam dia turun makan sekali," beritahu Dariel.

Medina mengangguk kepalanya. Bag Dariel diambil lalu disimpan ke tempat sepatutnya. Meskipun, baru sebulan Tuan Syed Aziz meninggalkan mereka. Tuan Syed Aziz tetap memberi harta yang adil pada Dariel, Puan Rahimah dan Puan Rosnah.

Syarikat milik Tuan Syed Aziz juga sudah bertukar milik kepada Dariel. Manakala rumah yang mereka menentap adalah hak milik Puan Rahimah dan rumah yang dibeli oleh Tuan Syed Aziz beberapa bulan lalu adalah milik Puan Rosnah. Jadi, mereka masing-masing miliki harta yang adil.

Dariel memeluk tubuh Medina dari belakang. Dia perasaan Medina mula berubah sejak pertama kalinya Dhea menjauh dari mereka. Dia tahu jauh di sudut hati Medina. Dia sayang akan Dhea.

"Abang... Apa ni, Arren masuk bilik nanti. Dia salah faham pulak? Anak abang tu bukan boleh, fikiran kalah budak umur sama baya dengannya." Medina memberi amaran.

Dariel mengukir senyum. Dia tahu Medina sengaja memberi alasan tentang Darren. Sedangkan dia tahu anak lelakinya takkan masuk ke bilik mereka kecuali perkara itu merupakan hal kecemasan.

"Kejap la. Abang rindu Dee tau. Dee tak rindu abang ke? Anak papa tak rindu papa ke?" usik Dariel.

Medina menghela nafas perlahan. Tipu la kalau dia tak rindu Dariel. Sebulan, Dariel menyibukkan diri dengan kerjanya. Namun dia bersyukur kerana Dariel tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

"Rindu. Rindu sangat dekat papa. Papa asyik tinggalkan mama ja. Tiada siapa pun nak teman mama." cebik Medina.

Dariel melepaskan pelukan. Tubuh Medina dibalik menghadapnya.

"Alololo, kesiannya dia. Sorry. Papa janji papa takkan tinggalkan mama lagi ye. Maaf, papa sibuk sebab kerja papa terlalu banyak sayang." ujarnya menjelaskan perkara sebenar.

Medina mengukir senyum. Sejujurnya, dia tidak kisah pun jika Dariel tidak layannya. Namun, kerana dia dalam hormon ibu mengandung membuatkan dia tidak dapat kawal dengan baik.

"Esok jumpa doktor kan? Abang ingat nak doktor bagitahu gender baby. Boleh kita boleh barang baby nanti." kata Dariel.

Medina menggeleng kepalanya. Dariel mengerut dahi. Pelik dengan isterinya yang tidak setuju dengan cadangannya.

"Kenapa?"

"Dee, kalau boleh nak rahsiakan gender baby sampai lahir. Macam Arren. Sepanjang Dee mengandungkan Arren. Dee tak pernah tahu dia lelaki atau perempuan. Sebab Dee tak akan ada idea nak letak nama dia. Jadi, biar baby menjadi rahsia antara kita berdua boleh?"

"Tapi..."

"Please, abang..." pujuk Medina.

Dariel garu kepalanya. Dia juga kali pertama dalam usia kandungan Medina. Sebelum ini pun, dia tak pernah ambil kisah tentang kandungan Marissa.

"Ya la. Abang pun tak tahu sangat pasal ibu mengandung ni. Jadi, abang ikut Dee, okay."

"Ya! Sayang abang." bibir Medina laju mengucup bibir Dariel.

Dariel yang terkejut dengan ciuman itu membalas semula ciuman Medina. Medina mengukir senyuman.

"Abang rindu Dee."

"Dee pun rindu abang,"

Tuk! Tuk! Tuk!

Bibir yang tadi hendak mendarat di bibir Medina berpaling ke belakang. Nasib dia sempat mengunci pintu. Kalau tak, habis la dia kena bebel dengan Darren.

"Mama! Papa! Buka la pintu ni," ujar Darren. Tangannya masih mengetuk pintu bilik Dariel dan Medina.

"Kenapa Arren?" soal Medina. Dia yang hendak membuka pintu untuk Darren terbantut apabila Dariel menolaknya lembut ke katil. Lalu, Dariel yang membuka pintu bilik mereka.

"Arren nak beritahu yang Mama Marissa datang rumah dengan Dhea." serentak itu pintu bilik mereka terbuka luas.

Medina memandang wajah Dariel.

"Apa maksud Darren?"

"Papa! Mama!" suara Dhea yang menjerit nama panggilan itu hampir membuatkan Medina mengalir air mata.

"Dhea..."

"Dhea rindu mama. Rindu papa," ujar Dhea.

Air mata yang sedari tahan. Akhirnya jatuh ke pipi. Tubuh Dhea di tarik ke dalam pelukan.

"Mama pun rindu Dhea."

Dhea membalas pelukan Medina. Tangannya mengusap lembut belakang Medina. Seakan dia faham akan keadaan Medina yang merinduinya.

Marissa yang melihat adegan Dhea dan Medina mengukir senyum. Dia tak salah membuat keputusan untuk membiarkan Dhea terus tinggal bersama Dariel, malah dia kagum akan Medina kerana mampu jaga Dhea dengan baik meski Dhea bukan anak dari rahim Medina.

To be continued...

Mr. Duda Where stories live. Discover now