E || 29

33.8K 1.7K 121
                                    

MEDINA menghela nafas buat sekian kalinya. Masuk hari ini sudah tiga hari dia tidak bertemu dengan Dhea mahupun Dariel. Kalau ikut hatinya mrmang dia malas ambil kisah tentang Dariel kerana mereka tiada ikatan malah peristiwa tiga hari lalu juga kian menghilang dari mindanya. Namun apa yang merunsingkan dirinya adalah Darren.

Setiap hari tanya di mana papanya? Papa tak rindu Arren ke? Papa itu, papa ini hingga naik pening dia mahu menjawab soalan anaknya namun dia sabarkan hati jugak. Dia tahu Dariel kecewa dengan kehadiran Aden ke rumahnya tiga hari lalu, namun bukan sengaja dia mahu ajak Aden naik ke atas tapi,

Haih!

"Mama, Dhea bagi ini dekat mama." sepucuk surat diberi kepada Medina.

Medina mengerut dahi pelik. Dia mengerling memandang wajah anaknya yang terus berlalu ke ruang tamu. Pelik. Tiada pula anak lelakinya bertanya akan papanya hari ini malah membuatkan dia bertambah pelik adalah Dhea beri dia sepucuk surat?

"Surat apa?" Medina menyoal. Dia membelek surat yang berada di hadapannya. Hmmm, pelik.

"Entah, Arren pun tak tahu. Dhea kata, papa yang suruh Dhea bagi dekat Arren lepastu pas dekat mama."

Berkerut dahi Medina mendengar kata ulahan anak lelakinya itu. Dariel yang menyuruh Dhea beri kepada Darren dan Darren memberi kepadanya? Haih, macam pelik tapi...

"Ma... Arren nak minta izin sesuatu boleh?" pinta Darren.

Medina yang tadi mahu membuka sampul surat itu terbantut untuk keluarannya. Tumpuannya kini beralih ke arah Darren yang duduk di sisinya.

"Arren nak apa? In sha allah, kalau mama boleh tunaikan. Mama tunaikan." Medina senyum. Memang begitu dia akan bicara kepada Darren. Jika yang diminta Darren tidak sesusah dia akan cuba dapatkan namun jika perkara yang diminta di luar jangkanya. Dia akan cuba memujuk Darren.

"No, yang ini mama kena tunaikan juga. Tak kira, susah atau senang, Arren tetap nak mama tunaikan." Darren membentak.

Medina mengerut dahinya. Belum pernah Darren membentak begini kepadanya. Srlalunya jika dia tidak dapat tunaikan permintaan Darren. Darren akan okay sahaja namun kali ini,

"Okay la. Mama cuba. Mama tak janji tapi mama cuba untuk anak." Darren mengukir senyum. Walaupun dia tak mahu dengar perkataan cuba tapi tak pe la. Janji mamanya bakal tunaikan janjinya.

"Betul?"

Medina menghela nafas lemah. Jika perkara yang di minta Darren tidak susah. Dia akan cuba walaupun Darren sudah meletakkan syarat jangan membantah.

"Ya, mama tunaikan. Apa dia?"

"Kahwin dengan papa."

Medina yang tadi ingin menukar siaran television kini terbantut. Dia tak salah dengarkan? Anaknya cakap sesuatu yang dia sendiri tak tahu dia akan buat keputusan.

"Mama. Mama dengar tak?" soal Darren. Peha Medina ditepuknya perlahan.

Medina tersedar dari lamunannya. Kepala berpaling ke arah Darren yang sedang memandang ke arahnya. Dia nampak riak wajah Darren seakan berharap perkara itu berlaku tapi,

"Mama tak yakin mama boleh tapi demi anak mama. Mama akan cuba."

Lebar bibir Darren mendengar kata ulahan Medina. Tanpa mengucap apa-apa terus tubuh Medina dipeluknya erat. Dia sudah lama idamkan keluarga yang bahagia. Keluarga yang sempurna seperti keluarga Fayyad.

"Arren nak naik atas main dengan Mummy Aisya." Medina senyum. Dia faham maksud Darren mahu bermain dengan Aisya. Tak lain, tak bukan pasti mahy bermain dengan anak yang berada di dalam perut Aisya.

Mr. Duda Where stories live. Discover now