D || 37

31.5K 1.4K 24
                                    

SEPANJANG perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampung halamannya. Jantung asyik berdegup dengan laju. Berdebar rasanya hendak pulang ke kampung setelah bertahun menghilang begitu sahaja.

Mata beralih ke belakang memandang dua wajah suci anaknya yang teruja mahu pulang ke kampung kini terlentok bahu sesama sendiri. Kemuadian, dia beralih ke arah yang santai memandu sambil memegang tangannya. Medina senyum.

Masih segar ingatannya bagaimana reaksi Ilyana apabila dia memberitahu bahawa dia dan Dariel akan pulang ke kampung. Gadis itu sungguh mengharapkan kepulangannya sejak dulu lagi.

"Kau serius la? Kau tak main-main kan?" soal Ilyana dengan nada tak percaya. Mereka kini berada di sebuah cafe terletak berdekatan hospital Ilyana bekerja.

"Iya. Takkan la aku nak tipu kau pulak. Lagipun, Dariel dah tahu kau ni sepupu aku."

Ilyana menjerit teruja. Pandangan para pelanggan yang berada di kafe itu dipandang hirau olehnya. Dia hanya memikirkan sesuatu yang telah lama dia harapkan.

"Ya allah! Tak sangka, doa aku makbul jugak kan? Tak sabar aku nak kenalkan bakal suami aku dekat kau." Medina senyum. Dia juga harapkan yang sama. Siapa la pencuri hati Mrs. Doctor kita ni.

"Tapi... Aku takut la." ujarnya meluahkan perasaannya tika ini.

"Kau nak takut apa? Aku kahwin kut, bukan kau! Sepatutnya aku yang takut. Berdebar ni!" gurau Ilyana.

Medina ketawa. Dia tahu Ilyana risau, resah, gusar dan selebihnya kerana dulu tika dia berkahwin dengan Dariel lima tahun lepas pun sama seperti Ilyana berbanding perkahwinan keduanya.

"Kau ni... Jangan takut la. Relaks. Kata doktor." perli Medina.

Ilyana mencebik.

"Doktor tak Doktor, perasaan takut, risau tu tetap ada." Medina senyum.

Ilyana yang nampak senyuman Medina segera mencapai tangan wanita itu. Belakang tapak tangan Medina digosoknya perlahan seakan memberi haba kepada wanita itu.

"Jangan risau. In sha allah, mak aku dengan mak su akan baik dengan kau. Bertahun kau menghilang tanpa khabar mesti mereka risau tentang kau. Aku yakin mesti ada sesuatu yang indah akan muncul." Medina memandang wajah Ilyana.

Ya, dia yakin pasti akan ada sesuatu yang indab akan muncul kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. Sama seperti penceraian yang dulu runtuh kini terjalin.

"Sayang,"

Medina tersentak. Kepala perlahan-lahan berpaling memandang wajah Dariel yang tenang memandu.

"Kenapa?"

"Sayang tanya abang kenapa? Sayang tu, yang kenapa? Jauhnya menung? Ingat siapa? Bakal suami baru ke?" sindir Dariel.

Medina mencebik. Dariel memang sengaja mengusiknya. Sudah ada depan mata, takkan dia mahu cari lain? Cukup la dengan kehadiran Dariel, Dhea dan Darren dalam hidupnya. Mungkin tak lama lagi akan ada sesuatu dalam rahimnya?

"Abang ni... Suka sangat usik Dee. Dee tak pernah pun nak usik abang." cemiknya.

Dariel ketawa. Dia suka tengok raut cemberut Medina.

"Ya la, abang minta maaf. Sayang ni hah, jauh sangat termenung kenapa? Perjalanan jauh lagi, kalau sayang penat, tidur la dulu. Nanti dah sampai, abang kejut." kata Dariel. Dia mengerling sekejap wajah Medina.

Medina menggeleng kepalanya. Dia bukan tak mahu tidur walaupun dirinya sedang mengantuk tapi entah dia susah mahu tidur jika berada dalam kereta.

"Dee teman abang. Lagipun, Dee da banyak benda nak bagitahu abang tentang kampung Dee."

Dariel mengerut dahi pelik. Bukankah dua minggu lepas isterinya sudah beritahu perkara sebenar kepadanya. Walaupun dia marahkan jugak dengan dua ibu saudara isterinya kerana menghalau dan tak mengizinkan Medina menziarahi kubur. Bukankah ajal maut itu di tangan Tuhan? Jadi kenapa perlu salahkan orang lain?

"Dee nak bagitahu yang dekat kampung tu, ada beberapa anak dara tak kahwin lagi. Maklum la, abangkan handsome. Risau dorang sambar abang je," ujar Medina. Kedengaran nada cemburu terselit.

Dariel senyum. La, ingatkan apa la tadi.

"Ya, abang setia dengan sayang je. Sayang pun sama, nak rapat dengan laki boleh tapi jaga batas dan hormat abang sebagai seorang suami."

"Ish, abang ni... Siapa je nakkan Dee? Dee dah jadi ibu kepada dua orang anak pun." balas Medina.

"Ya la tu, entah-entah nanti abang yang cemburu dekat sana." cebik Dariel. Medina senyum.

Pipi Dariel dicubit manja. Gedik!

"Biar la, cemburukan tanda sayang tapi abang jangan lebih-lebih cemburu pulak. Tak pasal nanti jadi kes lain."

"Biar la jadi kes lain pun, janji abang pertahankan rumah tangga abang dengan sayang."

Medina senyum. Bahagia? Ya, dia akui dia bahagia kembali bersama Dariel walaupun perkahwinan keduanya sama seperti sebelumya.

PERJALANAN yang memakan enam jam, kini selamat tiba di destinasi. Medina seakan terpegun melihat suasana kampungnya. Banyak yang berubah sejak beberapa tahun lalu hingga dia hampir lupa jalan pulang ke rumahnya.

Mereka sekeluarga singgah di surau untuk menunaikan solat asar lalu singgah di warung tepi jalan untuk mengisi perut yang kosong. Medina tersenyum melihat wajah Darren dan Dhea yang menikmati makanan kampung itu langsung tidak kekok walaupun mereka berasal dari bandar.

"Azyara?"

Medina berpaling ke belakang. Matanya bulat memandang figuranyang menegurnya. Tak sangka mereka akan bertemu di sini.

"Kak Aira?" sampuk satu suara lain.

Medina berpaling memandang wajah Dariel. Bagaimana suaminya boleh kenal jiran sebelah rumahnya?

"Dariel? Kamu buat apa kat sini?" Mata Aira memandang wajah Medina yang duduk semeja bersama Dariel dan dua anak kecil dalam lingkungan 5 dan 4 tahun.

"Saya balik kampung isteri saya." jawab Dariel.

Aira memandang wajah Azyara dan Dariel bersilih ganti. Sejujurnya dia pelik kerana setahunya Dariel tiada kampung.

"Isteri? Maksud kamu? Marissa?" tebak Aira.

Dariel senyum lalu menggeleng kepalanya.

"Bukan. Azyara. Azyara isteri saya dan dua budak kecil ni anak saya dan Azyara." Aira terkejut.

Sungguh dia tak sangka bahawa Azyara sudah berkahwin dengan Dariel namun dia pelik bagaimana Dariel dan Azyara boleh bersama sedangkan dia hanya tahu Dariel berkahwin dengan Marissa dan mempunyai seorang anak perempuan.

"Haih, pening akak fikir pasal kau ni, Riel. Fiey tak bagitahu pun yang kau dah kahwin lain?"

Dariel senyum. Medina pula sudah bingung di tengah-tengah. Apa kaitan Hafiey dan Linda dalam kisahnya?

"Ini korang berdua ada tempat nak tidur tak? Kalau tak de, jom pergi rumah arwah mak akak. Lagipun, akak dengan suami tidur rumah tok. Jadi rumah tu kosong. Dah alang, kamu berdua ada ni boleh akak nak tahu cerita sebenar kan?"

"Boleh-boleh apa salahnya." Dariel dengan tenang menyambut ajakan Aira. Medina masih bingung.

"Kamu ingat jalan rumah arwah mak akak tak?" soal Aileen kepada Medina.

Medina mengangguk kepala perlahan. Manakan dia tidak ingat sedangkan rumah itu sering dia datang bermain bersama Aira tika dahulu malah rumah itu selang dua rumah dari rumah keluarganya dan Mak long.

"Kalau macam tu, jom. Nanti lambat pulak." Aira mengajak. Kakinya laju ke kereta milik suaminya.

Medina pelik. Bagaimana suaminya kenal Aira, rakan sepermainanya dahulu dan yang membuat dia pelik Aira kenal Hafiey? Mereka sebenarnya ada hubungan apa?

To be continued...

Nak double tak?

Mr. Duda Where stories live. Discover now