D || 25

39.5K 1.9K 89
                                    

TUBUH penat direbahkan di atas katil empuk. Perjalanan Kuala Lumpur ke Port Dickson, Negeri Sembilan amat memenatkan dirinya. Walaupun dia sering ke sini namun perjalanan kali ini agak berbeza dari selalu.

"Papa,"

Dariel membuka matanya. Iris matanya memandang wajah Dariel yang turut sama baring disisinya. Haih, memang kena betul bapa borek anak rintik.

"Kenapa Arren?" soalnya. Mata kembali ditutup.

Darren bangun dari baringnya lalu memandang wajah penat papanya. Dia tahu kalau bukan sebab neneknya, Puan Rahimah menamparnya seminggu lalu. Mungkin keluarganya baik-baik sahaja dan dia nampak mamanya tampak teruja jika papanya datang ke rumah.

"Arren... Arren dah dengar segalanya apa yang mama dan papa cakap seminggu lepas. Arren tahu, papa nak kahwin dengan mama semula sebab nak jaga Arren tapi mama..."

Dariel membuka matanya. Iris matanya memandang wajah anaknya. Tubuh anaknya dirapat ke dadanya. Dia tahu anaknya pasti sedih mendengar keputusan mamanya untuk tidak kembali kepadanya. Dan dia percaya tidak mudah untuk peroleh kepercayaan Medina untuk kembali semula kepadanya.

"Arren nak papa dengan mama berbaik-baik. Arren nak tinggal dengan Dhea dan papa. Arren nak keluarga macam Raees. Ada ibu, ada ayah, adik. Arren nak rasa semuanya. Pasal nenek, papa jangan risau. Arren tahu apa Arren nak buat nanti."

Dariel memandang Dariel yang sembab mukanya ke dadanya. Alahai, anak lelakinya ini memang bijak dalam membahagiakan kebahagiaan orang lain. Dariel menepuk perlahan belakang tubuh Darren.

"Arren, dengar apa yang papa nak cakap dengan Arren. Tak kisah la, mama dengan papa berbaik atau tak. Arren dengan Dhea tetap anak papa dan mama. Papa tahu Arren nak keluarga macam Raees. Apa yang papa boleh katakan Arren doa banyak-banyak dekat Allah untuk lembutkan hati mama dan pasal nenek, papa minta maaf sebab dia tampar kamu. Papa yakin nenek akan cuba rampas Arren dari mama. Apa yang papa nak Arren buat, kamu jangan sesekali terpedaya dengan nenek okay."

Darren mengangkat wajahnya. Pipi Dariel dikucup lembut. Dariel senyum nipis.

"Arren janji. Arren akan jaga papa, mama dan Dhea. Arren sayang semua. Arren takkan sesekali tinggalkan mama."

Dariel hanya diam. Tangannya mengusap lembut belakang anaknya. Sungguh diantak sanggup melihat Darren hilang darinya. Walaupun pada mulanya dia seakan tak menerima kenyataan namun dia percaya semua yang berlaku adalah takdir yang tertulis untuknya.

"MAMA, kenapa kita tidur asing? Papa dengan abang Mika tak boleh tidur sini ke?"

Medina mati kata. Iris matanya memandang wajah Dhea yang sedang memandang ke arahnya. Air liur ditelan perlahan. Dhea, kenapa tanya mama soalan macam ni?

"Erk... Abang Mika boleh je nak tidur sini dengan mama dan Dhea tapi papa siapa nak teman? Kesian la, papa tidur seseorang." Medina memberi alasan yang terbaik.

Dhea menyenget kepala memandang wajah Medina. Dia tahu pasti ada sesuatu yang disorok oleh Medina.

"Ya ke? Tapi mama dengan papa kan dah kahwin? Kenapa tak tidur sekali. Papa pun tak tidur seorang. Dhea pun boleh tidur dengan abang Mika."

Sekali lagi Medina mati kata. Aduh, Dhea.. kenapa la terlebih bijak anak mama ni?

"Ermm, sebab mama dengan papa tak kahwin lagi. Mana boleh tidur sama-sama. Dosa. Lain la, mama dengan papa dah kahwin. Ha, tu tak pe. Dhea nak tidur dengan abang Mika pun tak pe," Medina menghela nafas perlahan. Harap Dhea faham la. Kalau ikutkan hatinya memang dia tak mahu jawab soalan Dhea.

"Ouhh... Kalau macam tu, mama dengan papa kahwin la. Dhea dengan abang pun dapat adik baru."

Medina terbatuk. Dia memandang wajah Dhea tak percaya. Allahu, Dhea kenapa otakmu terlebih dari akal ni!

"Ermmm, eh jom ajak abang Mika keluar jalan-jalan nak? Mama bosan la." dalih Medina. Tak sanggup rasanya dia mahu menjawab soalan Dhea.

"Nak! Nak! Dhea nak mandi pantai sana. Kita ajak papa sekali." Medina hanya mengangguk lemah.

Kalau ikutkan hati memang dia tak mahu Dariel mengikuti mereka tapi Dariel juga bapa kepada Dhea dan Darren. Mahu atau tak, terpaksa la ajak sekali.

"Dhea pergi siap. Mama pergi bilik papa bagitahu kita nak keluar okay."

"Okay!" jawab Dhea sambil melompat teruja.

Medina menggeleng kepala melihat telatah Dhea. Medina bangun dari duduknya. Kaki melangkah ke pintu bilik. Bilik sebelah ditujunya.

Baru dia mahu mengetuk pintu bilik Dariel. Dia terdengar sesuatu di dalam bilik itu.

Klak!

"Dee? Awak buat apa kat sini?"

Medina tersentak. Matanya memandang wajah kacak Dariel. Alamak! Agak-agak Dariel tahu tak, yang dia dah dengar segala rancangan Dariel dan Darren?

"Aaahhh, tadi I... I..." Medina tergagap. Aduh, kenapa la waktu macam ni dia mahu tergagap.

"Tak. I datang sebab nak bagitahu yang I dan Dhea nak keluar ke pantai. Dhea suruh ajak you dengan Arren." Iris matanya dilarikan memandang ke arah lain.

Dariel mengangguk namun dia mengukir senyum. Dia yakin Medina ada sesuatu yang lain mahu beritahunya.

"Okay. Nanti saya dengan Arren jumpa awak dekat lobi. Jangan pergi dulu. Tunggu saya dengan Arren. Kami nak solat asar dulu." beritahu Dariel.

Medina mengangguk kepalanya. Tanpa berkata terus dia melangkah masuk ke biliknya semula. Badan disandarkan di belakang pintu. Dadanya dipegang perlahan. Laju. Sama seperti ketika dia pertama kali jumpa Dariel di Australia beberapa tahun dahulu.

"Allah, apa maksud petanda ni? Adakah benar aku masih mencintainya lagi atau ini sekadar mainan untuk bermain denganku?" Medina cuba mengawal perasaannya.

Fikirannya akan perbualan Darren dan Dariel membuatkan Medina tersenyum sendiri. Darren benar-benar tekad untuk menyatukannya bersama Dariel kembali. Medina menghela nafas perlahan.

Peristiwa seminggu lalu kembali berlayar di dalam fikirannya. Tak pernah dia fikir untuk menampar Darren namun Puan Rahimah betul-betul mencabar dirinya malah sempat mengugutnya untuk jangan kembali dengan Dariel walaupun dia miliki Darren.

To be continued...

Mr. Duda Where stories live. Discover now