D || 73

26K 1.4K 32
                                    

"KENAPA you tiba-tiba datang rumah? Bukan ke, you kata you nak jaga Dhea? I dah bagi hak penjagaan dekat you. Jadi?" Dariel sengaja menggantungkan ayatnya.

Marissa mengukir senyum. Matanya memandang wajah Dhea gembira bermain bersama Darren dan Medina. Teh panas yang terhidang di hadapan matanya diambil lalu dicicip perlahan.

"Memang kalau ikut niat I, I nak jaga Dhea tapi... I tak rasa I mampu jaga Dhea sepertimana Dee jaga Dhea. Hampir setiap malam, Dhea bercerita tentang Dee jaga dia dengan baik. Walaupun I terluka sikit, tapi I nampak Dhea happy bila dia bersama Dee and you." luahnya.

Dariel turut memandang ke arah yang sama. Bibirnya mengukir senyum. Ya, dia juga nampak bertapa sayangnya Medina pada Dhea walaupun Dhea bukan anak dari rahimnya.

"Jadi I ingat I nak bergilir dengan you atau maybe seminggu sekali I akan datang sini jumpa Dhea?" cadang Marissa.

Dariel memandang wajah Marissa.

"But why? I rasa you bawa Dhea datang sini tiap minggu pun tak pe. Sekurangnya, terubat rindu I dekat dia. She will stay with you, Marissa. Takkan you tak sayang anak you?" duga Dariel.

Marissa terdiam. Matanya menatap lembut wajah Dariel.

"I... I tak boleh Dariel. I... I sakit. Cancer. Breast cancer. I tak nak Dhea nampak I sakit. I lagi rela dia duduk dengan you dari I. I tak nak anak I nangis sebab I. You fahamkan kenapa I buat macam ni. I masih ada rawatan dan riwayat I... I tak tahu sampai bila. So, please... I nak kembalikan Dhea pada you."

Dariel kelu. Seakan dia tak percaya bahawa Marissa sedang derita. Kanser. Sesuatu yang orang tidak mahu miliki, namun siapa mereka untuk menolak takdir?

"Bagi I bincang dulu, dengan Dee. Kalau dia okay, I okay. But promise me, you akan sihat kembali nanti." ujar Dariel.

"I tak janji tapi in sha allah, yang I akan kembali sihat nanti." balas Marissa.

Dariel lega mendengar perjelasan Marissa. Meski mereka sudah bercerai, tapi dia percaya Marissa akan sihat seperti biasa.

MEDINA melangkah masuk ke bilik. Bibirnya sedari tadi tak berhenti mengukir senyum. Rindunya pada Dhea. Akhirnya terubat walaupun Dhea hanya datang sebentar ke rumahnya.

"Sayang..."

Medina berpaling ke belakang. Wajah Dariel dipandang. Bibir mengukir senyum sebelum dia melangkah dekat ke arah Dariel. Tubuh Dariel dipeluknya erat sebelum Dariel menariknya menghadap langit malam.

"Sayang happy?" soal Dariel.

Medina mengangguk kepalanya. Dia gembira. Gembira yang tidak dapat dirasai oleh seorang ibu.

"Happy. Happy sangat. Kenapa abang tanya? Abang tak happy ke, Dhea datang rumah?" Medina menyoal kembali.

Dariel menggeleng kepalanya. Dagunya melabuh pada bahu Medina. Hidungnya mencium bau wangian Medina.

"Tak la. Abang happy bila sayang happy tengok Dhea. Abang tahu Dee sayang Dhea sama macam Dee sayang Arren."

"Habistu? Kenapa tanya?"

Dariel mengangkat dagunya menjauh dari bahu Medina. Tubuh Medina dibalik menghadapnya.

"Dee tahu kan yang Marissa..."

"Sakit. Breast cancer. Dee tahu, masa sebelum kita kahwin lagi, Dee tahu yang Marissa sakit. Dee nak bagitahu abang tapi Marissa tak nak. Dia kata dia tak nak kacau abang sebab dia tahu bila dia sakit. Abang akan ambil kisah pasal dia." luah Medina.

Dariel memandang wajah Medina. Seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Jadi, sayang tahu?"

"Of course. I know! Plus, masa tu memang Dee dah fikir nak rujuk dengan abang tapi bila dengar Marissa sakit. Terus, Dee matikan niat. Dee tak nak sebab Dee ada Darren, abang akan rujuk pada Dee."

Dariel mengukir senyum. Tangannya memegang kedua-dua pipi Medina lalu melabuhkan sebuah ciuman di bibir Medina. Medina kelu. Dia memandang wajah Dariel.

"Abang!"

"What? You halal untuk I. So, why me untuk tidak cium sayang?" soal Dariel.

Medina menjeling mata menyampah. Ada sahaja kata-kata Dariel. Padahal dalam hati suka dengan sikap Dariel yang cium bibirnya.

"Tapikan... Kenapa tiba-tiba abang cakap pasal hal ni? Bukan ke, abang tak nak kaitan dengan Marissa? Abang saja kan..." tuduh Medina. Raut wajahnya sengaja dibuat cemburu.

Dariel ketawa perlahan. Pipi Medina ditariknya geram. Sejak Medina mengandung memang dia sudah masak dengan hormon Medina yang kuat cemburu.

"No... Abang bukan sengaja nak cakap pasal Marissa tapi Dhea. Marissa nak kita jaga Dhea."

"Maksud abang? Dhea akan duduk dengan kita balik? Macam tu?" tebak Medina.

"Ya, sayang. Dia akan duduk dengan kita semula. Jadi, macam mana? Sayang okay? Kalau okay, mungkin lusa Dhea akan kembali duduk semula rumah ni," jelas Dariel.

Hampir terlompat Medina mendengar berita gembira itu. Tapi...

"But how dengan Marissa? Dia duduk seorang la nanti?" soal Medina.

Dariel senyum. Dia sudah agak Medina akan menanya soalan begitu.

"Pasal Marissa. Dia kata jangan ambil peduli tentang dia. Dee dan abang hanya fokus pada Dhea. Only Dhea. Pasal dia, dia akan uruskan sendiri. Setiap minggu, dia akan jumpa Dhea atau bawa Dhea duduk rumah dia. Depends pada keadaan dia pada masa tu," jelas Dariel.

Medina memandang wajah Dariel. Dia seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar. Dhea akan kembali hidup bersama mereka. Meski Dhea bukan anak dari rahimnya. Dia sayang Dhea sama dia menyayangi Darren. Mereka berdua buah hatinya.

"Terima kasih, abang." Medina memeluk tubuh Dariel.

Dariel mengukir senyum. Belakang Medina digosoknya perlahan.

"Kenapa nak ucap terima kasih dekat abang? Abang tak buat apa pun," kata Dariel sambil ketawa.

Medina mengangkat wajahnya. Matanya menatap lembut Dariel.

"Dee tetap nak ucap terima kasih juga dekat abang, walaupun abang tak buat apa pun kesalahan. Abang selalu cuba lindungi Dee, sayang Dee, sayang anak-anak, abang selalu utamakan kami berbanding orang lain dan tanpa abang, mungkin anak kita takkan membesar dengan baik."

Dariel mengukir senyum. Dia menarik tubuh Medina ke pelukannya. Medina membalas pelukan hangat itu. Mereka seakan memberi satu semangat antara satu sama yang lain.

To be continued...

Mr. Duda Where stories live. Discover now