A || 36

34.4K 1.6K 92
                                    

KAKI melangkah turun ke tingkat bawah. Pandangan matanya melilau mencari figura abang keduanya memandangkan hanya mereka berdua sahaja berada di rumah. Tiba di tingkat bawah, kakinya terus mencari figura abangnya di dapur.

Tiada.

Luar rumah?

Tiada jugak.

Haih, mana abangnya pergi pula? Selalu awal pagi begini abang keduanya ada di ruang tamu atau...

"Bilik gym!" Kaki terus melangkah ke bilik gym milik abang keduanya di tingkat tiga. Bilik itu memang tersedia untuk tiga abangnya dan dia hanya masuk apabila terasa mahu bersenam sahaja.

Tuk! Tuk! Tuk!

Tiga kali ketukan, tombol pintu terus dipegang lalu membuka luas pintu bilik itu. Terpegun dirinya melihat bilik itu sudah diubah suai. Mungkin abang keduanya mengubah kerana sebelum ini bilik ini hanya digunakan setahun dalam beberapa kali sahaja yang masuk.

"Angah,"

Aden yang sedang push up, berpaling ke belakang. Terkejut dirinya melihat wajah adik bongsunya menyapa pandangan matanya. Tak pernah-pernah adiknya datang ke sini mencarinya. Ada apa-apa berlaku ke?

"Apa?" jawab Aden acuh tak acuh. Walaupun ada sedikit rasa teruja namun dia tak boleh tunjukkan keterujaannya kerana risau adiknya mula ambil kesempatan atas kemesraannya.

Anna senyum. Kaki melangkah ke bilik gym itu. Perlahan-lahan kakinya menapak ke arah abang keduanya itu.

"Angah... Angah sibuk tak?" soal Anna.

Aden merebahkan dirinya di atas lantai. Matanya memandang wajah adiknya sebelum dia duduk menghadap adiknya. Dahinya berkerut pelik.

"Tak de la sibuk sangat. Kenapa?" Anna senyum.

"Anna nak pinjam kereta angah boleh?" pinta Anna. Riak wajahnya sengaja dilakukan comel.

Aden pelik. Pinjam kereta? Bukankah gadis itu lebih gemar memandu kereta miliknya berbanding dirinya?

"Mana kereta Anna?" Anna mencebik sengaja.

"Masuk hospital. Ada apa tah rosak hari tu. Alaa, angah... Boleh la nak pinjam sekejap. Tak lama pun, Anna nak pergi mall beli barang je." rayu Anna mengharap abangnya memberi keizinan untuk memandu kereta miliknya.

Aden memandang wajah adiknya. Dia seakan dapat rasakan sesuatu pada Anna. Seperti ada yang dirancang.

"Boleh. Tapi angah ikut. Angah drive." Anna membeku.

Dengar sahaja tiga ayat itu mampu membuatkan dirinya kaku. Kalau abangnya ikut, bagaimana dia mahu bertemu dengan seseorang. Dia sudah berjanji mahu berjumpa seseorang.

"Alaaa... Anna nak teringin nak drive kereta angah. Bagi je la Anna drive, lepastu Anna ada ajak kawan! Hah, kawan Anna tu pemalu sikit dengan lelaki. Takkan nak biarkan Anna pergi seseorang pulak?"

Aden mati kata. Dia bukan tak percaya adiknya memandu tapi...

Tiba-tiba telefon Anna berdering. Aden memandang wajah adiknya yang teruja sebaik melihat nama yang tertera. Baru sahaja dia ingin rampas telefon pintar Anna. Anna lebih pantas bangun dan bergerak jauh dari abangnya.

"Ermm, angah, takpe la. Tak jadi, next time la, Anna pinjam kereta Angah. Kawan Anna tak jadi pula nak pergi." Anna mencipta alasan.

Aden mengerut dahi pelik. Aik, tadi beria sekarang tak jadi? Tak mahu adiknya mensyaki bahawa dia sudah tahu dia hanya mengangguk kepalanya.

Anna senyum lalu beredar keluar dari bilik gym abangnya. Telefon pintar yang berada di tangannya di ambil lalu membaca mesej itu buat sekian kalinya.

PANDANGAN matanya langsung tidak beralih memandang wajah Dariel yang sedang menikmati sarapan pagi. Wajah dua anaknya juga dipandang dengan kasih sayang. Bibir mengukir senyum. Senang hatinya melihat keakraban mereka bertiga walaupun Darren berpisah lama dengan Dariel.

Mr. Duda Where stories live. Discover now