E || 77

26.3K 1.4K 63
                                    

*Hai. Assalammualaikum. Hehehehe, mesti pelik sebab i kata nak update malam semalam tapi tak update right? Sorry, really sorry bukan sengaja tak nak tunaikan janji tapi semalam. Kita satu Malaysia dapat berita mengejut tentang pemergian seorang insan yang cukup hebat. Jadi, i decide untuk tak update and the same time my lect bagi kerja so i terpaksa siapkan that night. So... Harap tak kecil hati tentang janji i sebelum² ni, i mmg pandai berjanji tapi mudah utk mungkir janji. Harap korang maafkan i okay ❤️ harap korang enjoy this karya ✨

Sila abaikan typo jika ada.

NAFAS kasar dihela dengan rasa puas. Matanya memandang tiga insan yang berada di ruang tamu itu. Bibir mengukir senyuman. Tak sia-sia dia menyamar menjadi Marissa. Topeng muka dibuka.

"Nenek nak apa?! Kenapa nenek datang sini! Bukan nenek dekat hospital ke? Nenek nak apa? Nenek masih tak insaf ke?!" tempelak Darren.

Puan Rahimah yang dengar kata-kata Darren, laju meluru ke arah Darren. Dengan sekali rentap dia menarik rambut Darren ke belakang. Terjerit kuat Darren menahan sakit tarikan Puan Rahimah.

"Kau... Budak kecil diam boleh tak? Kau dengan mak kau sama je. Menyusahkan. Eh, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku boleh baik dengan kau. Sedangkan kau... Sikit pun tak hormat aku."

"Itu sebab nenek tak layak dihormati!"

Pang!

"Darren!" kuat Medina menjerit melihat Darren ditampar oleh Puan Rahimah.

"Itu makan kau sebab kurang ajar dengan aku. Kau dan mak kau sama. Dengan budak sebelah kau ni pun sama. Suka menyusahkan aku dan anak aku. Kau bertiga tak layak bersama anak aku tahu tak?!" dengus Puan Rahimah.

"Ibu... Tolong ibu, jangan cederakan Darren dan Dhea. Mereka tak tahu apa-apa. Mereka hanya budak yang baru nak kenal dunia, ibu. Kalau ibu nak apa-apakan juga Darren dan Dhea. Ibu boleh pukul Dee. Dee rela tapi jangan pukul anak-anak Dee."

Puan Rahimah mendengus. Menyampah dia mendengar kata-kata Medina.

"Kau nak kata dua ekor ni baru kenal dunia? Eh, kau ni mak jenis apa hah? Kau tak sedar ke, anak kau bijak IQ dah terlebih dari aku. Umur macam dia sepatutnya main dengan mainan dan ikut dengar cakap aku tapi apa dia buat? Dia lawan dan ugut aku tahu tak? Kau memang tak ajar anak kau tentang hormat ke apa?"

Medina mengetap bibirnya. Ya, dia sedar akan IQ Darren berbeza dari kanak-kanak sebayanya, namun dia bersyukur kerana Allah memberi sesuatu harga yang ternilai kepada Darren.

"Apa? Tak boleh jawab? Sah kau memang tak pandai jaga anak. Eh, kalau kau pandai jaga anak. Anak kau akan dengar cakap aku la."

"Nenek jangan cakap macam tu dekat mama. Mama tak salah. Mama jaga abang Arren dan Dhea dengan baik. Kalau takde mama, Dhea takkan terus hidup dekat dunia ni." sampuk Dhea.

Medina memandang wajah Dhea. Jujur dia sedikit terkejut dengan kata-kata Dhea. Tak sangka Dhea boleh berkata begitu kepada Puan Rahimah.

"Eh, kau... Kau jangan menyampuk boleh tak? Kau nak kena pukul macam sebelum ni ke?"

"Ibu!"

Laju kepala Puan Rahimah berpaling memandang figura memanggil panggilan ibu. Medina juga turut memandang. Begitu juga Darren dan Dhea.

"Papa!"

"Abang," lemah suara Medina memanggil Dariel.

Dariel memandang setiap sudut rumahnya. Rumahnya masih kemas namun ruang tamu rumah itu agak selerak dan di situ Medina dan anak-anaknya dililit dengan tali.

"Kiem,"

"Ibu! Apa ibu cuba buat ni? Ibu nak bunuh orang lagi ke? Tak cukup dengan abah. Ibu nak bunuh isteri dan anak-anak Kiem? Ibu memang nak tengok Kiem menderita?" soal Dariel sebaik dia memandang ke arah Puan Rahimah.

Puan Rahimah menggeleng kepala perlahan. Dia menarik nafas dalam sebelum melangkah dekat ke arah Dariel. Wajah Dariel ditatap lama.

"Tak, Kiem. Ibu tak bunuh sesiapa. Ibu cuma tak nak Kiem terluka. Ibu sayang anak ibu. Kiem satu-satunya anak ibu. Ibu sayang Kiem." luah Puan Rahimah.

"Kalau ibu sayang Kiem. Ibu sepatutnya redha dan restu dengan perkahwinan Kiem." ujar Dariel.

"Ibu... Ibu..."

"Jangan sebab kisah lama. Ibu berdendam dengan Medina. Abah dah tiada, ibu. Ibu Dee pun dah tiada. Kenapa ibu nak benci Dee sedangkan dia tiada kaitan dengan cerita lama ibu dan abah."

Puan Rahimah mengangkat wajah memandang wajah anaknya. Anak matanya menatap mata anaknya dengan pandangan sayu.

"Ibu..."

"Dah, ibu. Kiem tak nak dengar cakap apa-apa. Sekarang, Kiem nak ibu lepaskan Dee dan anak-anak Kiem. Dorang tak bersalah dalam hal ini. Mereka hanya mangsa keadaan ibu dan Kiem tak nak ibu terus fikir tentang perkara yang dah lama. Kiem sayang ibu. Kiem..." Dariel berhenti berkata-kata.

Setitik air mata jantannya mengalir turun ke pipi. Anak matanya memandang wajah ibunya tanpa dipinta terus dia memeluk Puan Rahimah. Memang kasih ibu tidak bawa ke mana namun untuk kehilangan seorang ibu bukan mudah baginya.

"Kiem sayang ibu. Sayang sangat-sangat. Kiem tahu Kiem selalu gagal jadi anak yang terbaik untuk ibu. Kiem tahu Kiem selalu derhaka dengan ibu tapi percayalah ibu. Kiem nak ibu yang dulu. Ibu yang gembira. Ibu yang penyayang. Kiem rindu ibu." luahnya setulus hati.

Puan Rahimah yang mendengar luahan anaknya, kelu lidahnya hendak berkata-kata. Seakan ada sesuatu berputar di fikirannya. Kenangannya bersama Dariel. Dan suaminya.

"Allah," perkataan yang telah lama dia tidak sebut kini kembali meniti di bibirnya.

Puan Rahimah mengalirkan setitik air matanya. Dia membalas pelukan tubuh anak lelakinya. Tersedu-sedan dia mendengar tangisan Dariel. Serentak itu, banyak memori lama dia mengimbas kembali di fikiran.

"Maafkan ibu, Kiem. Maafkan ibu. Ibu yang salah, Kiem. Ibu..."

"Tak, ibu tak salah. Ibu buat perkara yang betul cuma ibu hanya terlalu fikirkan kisah lalu hingga sanggup berdendam dengannya."

"Allah."

Medina yang melihat adegan dua beranak itu turut mengalirkan air matanya. Apa yang dikatakan oleh Dariel. Semua yang dikatakan oleh Dariel adalah benar belaka. Kerana dendam, mereka lupa yang satu. Kerana dendam, mereka hanyut dengan hasutan dan kerana dendam juga hubungan kekeluargaan mereka hampir musnah.

To be continued...

p/s : sepatutnya ada satu chapter lagi nak habis tapi i rasa macam tak cukup pulak 😅 so i tambah lagi tiga chapter okay tak? Hehehehe, jangan risau lepasni tiada benci² dah. Kita happy pulak ❤️✨

Mr. Duda Where stories live. Discover now