M || 19

45.8K 2.1K 10
                                    

DARI jauh, bibirnya tersenyum melihat dua wajah anaknya. Mereka nampak gembira bersama. Dia masih belum beritahu perkara sebenar kepada Tuan Syed Aziz tentang kejadian yang menimpa Dhea dan dia hanya memberitahu bahawa Dhea akan menetap di rumah Hafiey dan Linda untuk beberapa hari. Dariel memandang wajah Dhea yang tersenyum riang berbual bersama Darren dan Azyara.

Anak perempuannya kelihatan tidak kekok bersama mereka malah bibir kecil itu tak lekang mengukir senyuman. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Dia rindu Dhea tapi dia tak berani untuk bersemuka dengan Azyara. Kata-kata Azyara tempoh hari membuatkan dia kesal dengan tindakannya.

Terasa bahu dipegang seseorang, Dariel berpaling ke belakang. Wajah Isa dan Aisya menyapa pandangannya. Kini, baru la dia faham kenapa Isa tidak menjenguk Darren pada hari itu malah dia serba salah kerana menuduh Isa, suami kepada Azyara.

"Tak masuk?" soal Aisya. Bibir mengukir senyum.

Dariel memandang tiga figura yang berada di dalam bilik lalu menggeleng kepalanya.

"Tak kut. Sebab aku kena pergi Johor. Ada kerja kat sana."

Isa dan Aisya berpandangan. Mereka tahu Dariel mahu menjenguk Dhea dan Darren namun kerana amarah Medina. Dariel terpaksa menahan rindu.

"Masuk la. Aku yakin Dee takkan cakap apa-apa. Dhea dengan Arren pun ada tanya mana kau pergi? Takkan kau tak rindu mereka?" Isa memujuk.

Semalam, tika dia dan Aisya datang menjenguk Darren. Darren ada menanyanya di mana Dariel? Namun dia tiada jawapan untuk menjawab soalan dari Darren.

"Boleh ke? Aku tak nak Dee makin marah dengan aku." ujarnya perlahan. Panggilan Azyara kini bertukar kepada Dee. Sama seperti Isa dan Aisya memanggil Medina.

Kata Isa, nama Azyara seakan memberi sejarah hitam kepada Medina. Jadi, mahu atau tak, terpaksa dia akur walaupun dia gemar memanggil dengan panggilan nama itu.

Serentak itu, pintu bilik Darren dan Dhea terbuka luas. Dariel memandang wajah Medina yang tegang memandang ke arahnya. Isa dan Aisya hanya diam melihat Medina dan Dariel. Kalau ikut rancangan Medina setelah mengetahui idea Darren. Mereka sepatutnya berbaik kerana mahu memberi kehidupan yang lebih sempurna kepada Darren namun setelah kejadian menimpa Darren membuatkan Medina terpaksa mengubahnya.

"Masuk la. Arren dengan Dhea nak jumpa. Dari tadi, dorang dah nampak papa dekat luar tapi tak masuk bilik." ujar Medina mendatar.

Aisya dan Isa senyum. Lihat. Medina bukan lah sekejam yang Dariel sangkakan. Wanita itu masih ada hati yang lembut. Takkan la dia mahu memisahkan Dhea dan Darren dari Dariel.

Dariel memandang Medina dengan riak tak percaya. Betul ke, apa dia dengar tadi. Dia tak salah dengarkan?

"Cepat la masuk, lambat aku tarik balik. Aku dengar kau nak pergi Johor kan? Dhea biar aku jaga sementara kau dekat Johor. Jangan risau, aku masih waras dan aku sayang Dhea macam anak perempuan aku." kelu Dariel mendengar ayat yang dituturkan oleh Medina.

"Terima kasih," Dariel melangkah masuk ke bilik dimana kedua-dua anaknya ditempatkan.

Medina hanya menggumam. Sedikit pun dia tidak memandang wajah Dariel yang lega dengan berita yang disampaikan olehnya. Dia memeluk tubuh. Matanya memandang pasangan yang berdiri di hadapannya sambil tersenyum.

"Hah, ni apa kes senyum macam aku dapat award, atau memang betul-betul aku dapat award?" tebak Medina. Huhuhu, kalau betul dia dapat award. Dia la orang paling bangga kerana menjadi model antarabangsa di Malaysia.

Aisya mencebik manakala Isa menggeleng kepala perlahan. Award pun boleh?

"Kau ni, Dee... Takkan la kau tak suka tengok bekas suami kau layan Arren tu. Jangan la marah sangat. Dia dah sedar pun Arren tu anak dia. Jadi, kau teruskanlah rancangan asal kau tu." Aisya memujuk. Dia berharap sangat Medina dan Dariel bersatu semula.

Gila?

Biar la kalau orang kata dia gila kerana ingin menyatukan rakannya dengan bekas suaminya semula. Baginya, mereka adalah jodoh yang tertulis walaupun banyak dugaan melanda kehidupan mereka.

Medina mengerling melihat Darren dan Dhea seronok berbual bersama Dariel. Dia nampak wajah Darren gembira melihat Dariel dan dia tahu Darren mahu dia berbaik semula dengan Dariel namun apabila mengetahui suatu halangan besar membuatkan dia terpaksa mengubah rancangannya.

"Tak mudah, Sya. Tak mudah. Walaupun aku ada Darren sebagai kekuatan terbesar untuk aku dan Dariel bersama tapi aku tak rasa Puan Rahimah akan terima aku macam tu. Ya la, aku kan anak yatim piatu. Ada saudara mara pun, Ilyana je la yang ada sudi membantu aku. Nak harapkan Mak Long, Mak su memang sampai ke sudah diorang tak maafkan aku gamaknya."

Aisya memandang wajah Medina yang tekun memandang wajah Dariel. Dia tahu Medina masih sayangkan Dariel. Kalau tak, mana mungkin wanita mahu kembali ke Malaysia untuk Darren dan dia perasaan pandangan Medina terhadap Dariel amat berbeza.

"Aku faham, tapi tak salahkan mencuba. Kau patut berkorban demi Darren dan Dhea. Mereka mahu keluarga sempurna macam orang lain."

Medina tarik senyum. Memang benar kata Aisya. Dia sepatutnya mencuba bukannya mengalah. Dalam perhubungan perlu ada pergorbanan yang jarang orang lihat.

"Aku cuba tapi kali ini aku nak cuba cara lain," mengerut dahi Aisya mendengar ahat yang dituturkan oleh Medina.

"Cara lain?"

"Yup, cara yang orang sendiri takkan pernah mencuba."

MARISSA melangkah masuk ke ward kanak-kanak seperti yang dimesej oleh bekas suaminya. Pada mulanya, dia mengendahkan sahaja panggilan telefon dari Dariel kerana kesibukan kerjanya namun bila Dariel menghantar mesej bahawa Dhea kemalangan semalam membuatkan dadanya terasa gusar walaupun dia sering memukul Dhea namun sejak dia meninggalkan Dhea bersama Dariel. Hatinya mula pagut rindu dengan kenakalan anak perempuannya.

Yakin nombor yang tertera di bilik segera dia masuk ke bilik itu dilihat anak perempuannya berseorangan bermain Ipad yang dibeli oleh Dariel beberapa bulan lalu. Sempena harijadinya.

"Mama!"

"Dhea!" lantas tubuh Dhea dipeluk eratnya. Air mata yang sedari menahan sebak di dada kini mengalir turun ke pipi. Rasa berdosa dan bersalah dia kepada Dhea.

"Mama... Dhea rindu mama," adu Dhea di dalam pelukan Marissa.

Marissa melepaskan pelukannya. Bibirnya setiap raut wajah Dhea.

"Maafkan mama. Maafkan mama, Dhea. Mama salah sebab pukul Dhea dari kecil sampai Dhea besar. Mama tak sepatutnya pukul Dhea. Mama sayang Dhea." Marissa memeluk Dhea dengan erat buat kali kedua. Sungguh dia rasa bersalah dan berdosa dengan anak perempuannya. Kalau la dia sedar awal, mungkin anaknya takkan tersiksa.

"Dhea maafkan mama. Dhea pun sayang mama. Sekarang, Dhea ada dua mama." Marissa terkejut.

Dua mama?

"Siapa mama Dhea lagi seorang? Aunty Anna ke? Takkan la, sebab papa kata aunty Anna sengaja tinggalkan Dhea dekat mall hari tu," Dia masih ingat tika dia dan Dariel bertemu tempoh hari. Memang mereka berjumpa atas dasar Azyara namun Dariel tetap memberitahu kemalangan kecil yang berlaku terhadap Dhea kepadanya.

Memang dia marah dengan sikap Anna. Suka-suka je, Anna menyuruh Dhea pergi dari situ.

"Tak. Bukan aunty Anna. Aunty Anna jahat. Kalau bukan sebab aunty Anna, Dhea takkan jumpa mama baru Dhea. Dia baik. Lepasni, Dhea takkan jadi anak tunggal tau, mama. Dhea ada abang." riang bibir Dhea bercerita kepadanya.

Marissa masih tak faham. Mama baru? Abang? Siapa yang dimaksudkan oleh Dhea?

Serentak itu, pintu bilik itu terbuka luas. Marissa berpaling ke belakang. Terkedu dirinya melihat wajah seseorang yang dikenalinya bersama seorang budak lelaki disisinya.

"Azyara."

Mr. Duda Where stories live. Discover now