I || 52

25K 1.4K 36
                                    

ADEN merebahkan dirinya di atas katil. Sebelah tangannya diletak di atas kepalanya seakan dia sedang fikir sesuatu yang luar jangkaannya. Tanpa sedar, dia melepaskan keluhan kecil.

Peristiwa beberapa jam yang lepas, di mana dia dan Anna di rumah Medina dan Dariel bermain di fikirannya. Siapa sangka bakal suami tak jadi adiknya adalah suami kepada Medina malah yang lebih mengejutkan Medina telah mengandung anak kepada lelaki itu.

Sungguh dia tak sedar masa berlalu begitu pantas. Tiga bulan dia tidak bertemu Medina membuatkan dia gembira dengan perubahan Medina yang kian bahagia bersama Dariel, walaupun dahulu wanita itu rapuh dan jatuh tapi dia tahu Medina masih ada rasa simpati kepada Dariel yang merupakan ayah kandung Darren.

Tuk! Tuk! Tuk!

Aden bingkas bangun dari baringnya. Matanya memandang pintu bilik. Dia tahu tiada siapa berani mahu jejak ke biliknya selain Anna. Gadis itu sahaja berani ke biliknya walaupun mereka tidak sebulu.

"Masuk,"

Pintu biliknya dikuak luas. Anna masuk ke bilik abangnya. Sejak mereka pulang dari rumah Dariel. Abangnya hanya diam. Ketika mereka bincang tentang rancangan mereka pun, dia nampak abangnya memandang ke arah Medina, isteri kepada Dariel.

"Abang,"

Aden menjungkit keningnya. Tanpa mengajak adiknya duduk di katilnya. Anna terlebih dahulu duduk di sisinya.

"Abang okay?" soalnya.

Aden ketawa kecil. Pasti Anna ingat dia patah hati kerana Medina sudah kembali kepada pemiliknya. Baginya, itu bukan jodohnya dan dia percaya Allah pasti tentukan yang lebih baik kepadanya.

"Abang okay la. Kenapa? Anna risau abang patah hati eh? Jangan risau la. Tak patah hati pun. Tengok abang senyum. Handsome kan?"

Anna mencebik menyampah. Tangannya naik memukul lengan abangnya.

"Sakit la, dik."

"Anna ni lagi sakit bila tengok abang macam tu. Senang betul abang move on kan? Kalau Anna tahu abang ada hati dengan isteri Dariel. Dah lama, Anna pakat dengan abang musnahkan rumah tangga dorang,"

Aden mengukir senyum. Rambut lurus adiknya di mainnya. Dia tahu adiknya tiada niat tapi dia tak pernah terfikir untuk musnahkan rumah tangga orang. Terang lagi bersuluh sudah jatuh haram. Tak sedar dengan dosa yang kian timbul masih mahu menjatuhkan masjid orang.

"Adik... Cinta ni tak boleh dipaksa dan juga tidak boleh dimiliki tapi kita boleh berkorban dan milikinya jika betul dengan caranya. Abang tahu adik tak de niat pun nak cakap macam tu, tapi percaya la. Allah lebih mengetahui."

Anna memandang Aden. Tubuh Aden dipeluknya erat. Aden senyum. Dia juga membalas pelukan adiknya.

"Anna akan sentiasa dengan abang walaupun dulu kita tak sebulu tapi Anna nak jadi yang terbaik. Anna yakin pasti ada perempuan yang sudi jadi kakak ipar Anna." Aden mengukir senyum.

"Dan abang yakin pasti ada lelaki sudi terima Anna satu hari nanti."

DARIEL memeluk belakang tubuh Medina sambil mengusap perlahan perut yang kian membesar. Sedar tak sedar, usia anaknya sudah masuk tiga bulan dan dia perlu menunggu enam bulan lagi untuk anaknya lahir di muka bumi.

"Abang,"

"Hmmm," Dariel menggumam. Dagu di letak di atas bahu Medina memandangkan tinggi isterinya paras hidungnya. Sesekali hidungnya bergesel di leher Medina.

"Abang... Dengar la, Dee nak cakap ni." Medina mencebik masam.

Dariel menjauhkan mukanya dari leher Medina. Pelukan juga dilepaskan lalu memalingkan tubuh Medina menghadapnya. Bibir Medina yang muncung diketipnya. Geram. Macam mak itik.

"Apa sayang... Kenapa? Fikir pasal pagi tadi ke?" soal Dariel, seakan dapat mengagak apa yang bermain di fikiran isterinya.

"Abang tak rasa sesuatu ke? Buatnya, ibu marah Dee macam mana? Dee tak nak ibu buat macam hari tu."

Dariel mengukir senyum. Tubuh Medina di bawa ke pelukannya. Dahi Medina dikucupnya.

"Sayang nak abang buat apa? Dengar je cakap ibu, kahwin dengan Anna? Memang tak la, abang tak de niat nak madukan sayang. Jadi, kita ikut rancangan Aden dan Anna. Alaa,dorang pergi bukan lama pun. Sebulan, lepas sebulan dorang balik la."

Medina mendongak memandang wajah kacak Dariel. Jujur dia tidak kisah dengan rancangan Aden dan Anna malah dia juga berdoa sesuatu yang baik buat Anna tapi,

"Kalau ibu buat perangai gila macam Opah? Paling tak pun, Mak Ngah Gayah? Astagfiruhalazim, seram Dee nak tinggal seseorang kat dalam rumah ni walaupun Mak Milah ada." luah Medina.

Sudah terbayang dia jika Puan Rahimah keluar perangai seperti opah yang dimainkan oleh pelakon seniwati Fadhilah Mansor yang mahu menjaga keturunan hingga memaksa cucunya kahwin dengan sepupu dan Mak Ngah Gayah yang dimainkan oleh Jasmin Hamid di mana sanggup mendera anak saudaranya.

Dariel senyum. Kepala digeleng melihat Medina yang terbayang dua watak jahat itu. Kalau bukan sebab drama yang di tonton, pasti isterinya tidak akan membayangkan perkara negatif.

"Sayang... Itu semua drama bukan realiti. Kalau realiti sekalipun, abang akan tetap jaga sayang. Abang bukan Affan yang pentingkan diri dan tidak tahu tentang perasaan isterinya. Abang adalah abang. Abang kenal isteri abang. Apa-apa pun jadi, abang akan percayakan sayang dan abang akan lindungi sayang."

Medina tarik senyum. Bibirnya melebar saat mendengar bait-bait Dariel. Dan sebab itu, dia setuju untuk kembali semula kepada Dariel.

To be continued...

Mr. Duda Where stories live. Discover now