I || 46

25.3K 1.4K 50
                                    

"SAYANG..."

Medina yang sedang bancuh minum petang untuk mereka sekeluarga hanya mengukir senyum kelat. Sejak dia mengandung, tidak pernah sekalipun, dia jejak ke dapur. Bukan kerana dia malas namun kerana Dariel. Jejaka itu yang tidak benarkan dia ke dapur kerana risau jika ada apa-apa berlaku tika dia tiada di rumah.

"Sayang... Abang dah pesankan yang sayang tak boleh jejak kaki ke dapur? Kenapa degil sangat ni? Mak Milah kan ada. Biar la, Mak Milah buatkan untuk abang dan anak-anak." bebel Dariel. Matanya tajam memandang wajah tenang Medina.

Medina hanya buat pekak telinganya. Bukan dia tidak mahu dengar bebelan Dariel, memang apa yang dikatakan Dariel memang betul kerana mereka ada upah pembantu rumah untuk membantu Medina sepanjang wanita itu mengandung tapi hati Medina masih lembut. Naik kasihan dia melihat Mak Milah lakukan segala kerja di rumah.

"Alaaa, abang ni. Bagi la hujung minggu Dee buat kerja pulak. Kesian Mak Milah tak rehat lima hari bekerja. Lagipun, Mak Milah tu dah tua. Abang kena fikir buatnya dia jatuh sakit nanti. Dia tuduh abang dera dia pula. Dee tak nak abang kena panggil makhamah." bidas Medina.

Dariel memandang wajah isterinya. Haih, ada sahaja jawapan isterinya. Memang dia kasihan pada Mak Milah kerana terpaksa bekerja setelah dibuang keluarga beberapa minggu yang lalu. Namun dia juga tak mahu paksa wanita tua itu untuk berhenti kerana usianya yang kian lanjut tapi,

Perempuan.

Tak kira la muda atau tua. Sifat yang satu itu memang tidak boleh dipisahkan oleh mereka.

"Ya, abang tahu. Abang pun ada cakap dekat Mak Milah untuk rehat. Lagipun, kerja dalam rumah ni bukan Mak Milah buat seorang. Arren dan Dhea pun ada tolongkan? Bukan tu je, abang tahu sayang pun ada tolong walaupun Mak Milah halang Dee dari lakukan. Haih, banyak kali abang pesan. Dee tetap degil."

Medina tarik sengih. Seakan sudah tahu rahsianya pecah itu sahaja dia mampu pamerkan.

"Sorry la, abang. Dee kasihan je. Ya la, Mak Milah kan..."

"Ya, ya, ya. Abang tahu sayang. Tak payah jelaskan. Abang tahu dan abang kenal sayang. Bukan sayang je abang nak dengar bebel. Mak Milah pun, perempuan memang macam ni eh? Bila laki tegur benda untuk kebaikan. Ada saja alasan dan bebelan nak bagikan?"

Medina memandang wajah Dariel tidak berkelip. Namun bibirnya tetap mengukir senyum tak bersalah.

"Heheheheh, sorry abang."

"Dah, ni biar abang yang angkat. Sayang tu mengandung. Abang tak nak apa-apa jadi dekat sayang," pesan Dariel. Dulang yang berisi teko serta beberapa cawan diangkatnya.

"Ya la, bang." Medina akur. Dia berjalan mengikut belakang Dariel.

Ting tong!

Medina dan Dariel sama-sama berhenti melangkah. Mata mereka berpandangan sebelum beralih ke arah pintu utama.

"Siapa datang?" soal Dariel.

Medina menjungkit bahunya. Dia juga tidak pasti siapa yang datang ke rumah.

"Mungkin Linda kut? Tadi Arren ada bagitahu Dee yang Raees nak datang main dengan dia. Mungkin dia la kut," Medina hanya meneka.

Dariel diam. Bebola matanya mengerling jam yang terletak di dinding. Mungkin ada benar kata Medina kerana waktu begini memang selalu anak rakannya datang bermain bersama Darren dan Dhea.

"Tak pe, biar abang buka pintu tu." baru Dariel mahu ke pintu utama. Medina menarik lengan suaminya. Kepala digeleng perlahan.

"Kenapa?"

"Biar Dee yang buka pintu. Abang letak minum tu dulu dekat meja. Nanti tumpah siapa susah? Abang jugak." ujar Medina.

Dariel memandang dulang yang dipegangnya. Kenapa la dia boleh lupa minum anak-anaknya.

"Hmm, ya la. Abang letak kejap. Sayang hati-hati. Abang risau." pesan Dariel.

Medina senyum. Dariel memang menjaganya. Kadang-kadang dia sendiri pun naik rimas dengan sikap overprotective Dariel namun apakah daya lelaki itu baru pertama kali merasai kehidupan ibu mengandung.

"Baik."

Medina dan Dariel berpisah. Dariel melangkah ke halaman rumah manakala Medina ke pintu utama.

Tombol pintu dipegang Medina. Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, Medina membuka luas pintu rumah. Matanya memandang wajah yang terpacak di hadapan rumahnya.

"Ibu?"

Puan Rahimah yang tadi mengipas mukanya akibat panas terik berpaling. Tetkejut dirinya melihat figura Medina di hadapan matanya. Matanya melihat nombor rumah.

Betul. Ini la rumah anaknya, dia sendiri mengupah penyiasat untuk mengekori anaknya selama seminggu namun tiada pula penyiasat itu memberitahu ada seorang wanita di dalam rumah.

"Kau buat apa kat sini? Ini rumah Dariel kan? Atau aku salah rumah?" soal Puan Rahimah. Dia salahkah?

Tapi dia yakin rumah yang dia jejak ini adalah betul kerana di garaj ada kereta milik Dariel.

"Betul. Ini rumah Dariel. Ibu buat apa sini? Bukan ibu..."

"Siapa bagi kau izin panggil aku ibu? Ibu tu untuk anak aku dan bakal menantu aku. Bukan kau." sinis Puan Rahimah memotong kata bicara Medina.

Medina kelu. Ya, dia sedar akan tarafnya namun itu bukan bermaksud Puan Rahimah boleh rendahkannya.

"Maaf la, Puan. Saya tersasul tadi. Puan datang sini nak apa ya?" Puan Rahimah memandang Medina tajam namun dia malas mahu gaduh dengan wanita yang pernah jadi isteri jepada Dariel.

"Aku nak jumpa anak aku. Mana dia? Kau ni memang tak reti balikkan? Kenapa? Gila talak nak kembali dekat bekas suami ke?" sindir Puan Rahimah..

"Maaf ya. Siapa gila siapa ni ya, Puan? Setahu saya ini rumah saya dan kenapa saya nak gila talak kalau anak Puan sendiri yang cari saya dulu?"

"Kau, jangan nak tipu aku la, Azyara! Ini rumah anak aku dan aku kenal anak aku. Anak aku tak gila talak macam kau la!" tajam mata Puan Rahimah memandang wajah Medina.

Panas pula hatinya mendengar ayat ulahan Medina. Tadi wanita itu kata ini rumah anaknya. Tiba-tiba mengaku rumah dia pulak?

Dasar tak sedar diri.

"Kau... Memang tak tahu malu kan? Dasar tak sedar diri. Cakap je la kau memang menagih kembali bekas suami kau kan?"

Medina senyum sinis.

"Saya ketagih kasih sayang anak Puan? Ya, memang saya tagih kasih sayang anak Puan tapi Puan jangan lupa yang anak Puan sendiri yang datang dekat saya merayu untuk tinggal bersama dia."

"Kau memang murah! Kau tak layak dengan anak aku." lantas tubuh Medina ditolak kuat ke bawah.

Medina tersentak. Terasa ada sesuatu mengalir di celah pehanya. Tak lama selepas itu, darah mula mengalir ke lantai.

To be continued...

Mr. Duda Where stories live. Discover now