A || 14

47K 2.3K 51
                                    

PERBUALANNYA bersama Marissa temgahari tadi masih segar di dalam mindanya. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Sungguh dia tak sangka Marissa sudah mengetahui tentang keperibadian Azyara malah wanita itu turut kagum dengan perubahan Azyara setelah lima tahun.

Ice latte yang dipesan olehnya dihirup perlahan melalui penyedut minuman yang tersedia. Matanya memandang wajah Marissa yang sudah tiba lima minit yang lalu namun satu patah perkataan masih belum dibicarakan antara mereka.

Marissa memandang wajah Dariel. Sudah dua bulan berlalu, namun hari ini baru dia sempat bertemu dengan Dariel. Apa khabar anaknya? Adakah sudah bahagia bersama Azyara?

"So... You nak apa jumpa I? I tak boleh lama, banyak kerja I nak buat kat pejabat." Dariel membuka suara. Jam dipergelangan tangan dikerling kilas.

Marissa senyum. Dia turut bermain dengan penyedut minuman miliknya.

"I tak lama pun cuma I nak tahu sesuatu," Dariel mengerut dahi pelik.

"Sesuatu? Maksud you?"

"Azyara. She's a model right?" Marissa meneka walaupun dia sudah tahu jawapannya.

Dariel kelu. Dia memandang Marissa penuh tanda tanya. Bagaimana Marissa mengetahui?

"Nah, you jangan risau. I tahu pun sebab I ternampak dia dekat majalah and kawan I banyak adore with her because of her brave. I masih tak percaya yang dia boleh kalahkan I tapi wajar la kalau dia kalahkan I sekalipun lima tahun dia ambil masa untuk naik sedangkan I masa tu baru naik and stop because pregnantkan Dhea." Marissa ketawa sendiri mengingatkan nasibnya.

Empat tahun bersama Dariel, jujur dia katakan dia bahagia walaupun lelaki itu tak tunjuk kemesraannya. Dia akui Dariel seorang lelaki yang baik, tak pernah sekali lelaki itu naik tangan walaupun dia mendera Dhea dengan teruk.

Dariel diam. Matanya memandang wajah Marissa yang sedikit teruja dengan berita itu. Mungkin terkejut kerana Azyara berjaya lebih tinggi darinya.

"I tak tahu, kalau you dah tahu pasal ni tapi..."

"Azyara ada kat Malaysia."

Bulat mata Marissa mendengar empat patah perkataan itu. Sungguh dia tak percaya bahawa,

"Yes, I tahu you takkan percaya tapi I dah jumpa dia and Dhea dah mula anggap she as her mother." Dariel memberitahu. Tak de guna untuk dia berahsia di antara Marissa walaupun hubungan mereka sudah berakhir.

"Kenapa you baru nak bagitahu I sekarang? You tahukan I nak jumpa dia after five years. I... I... I rasa bersalah sangat rampas you dari dia. She better than me. Dengan kejayaan dia, I tak rasa yang dia bangkit berseorangan." Marissa yakin. Mana mungkin Azyara mampu berjaya di London.

Pasti ada orang dalam membantu wanita itu.

"I tak tahu pasal hal tu, apa yang I fikir adalah macam mana I nak jumpa dia? Susah I nak cari dia. Azyara pandai menyorok."

Marissa senyum sinis. Menyorok?

"I tahu you nak jumpa dia tapi I tak yakin you akan jumpa dia di public. She's model. Lagi-lagi bila wartawan akan tahu tentang kewujudan dia dekat Malaysia dan masa tu, mesti ramai akan follow dia anywhere."

Buat kali kedua dia terdiam. Sungguh dia tak fikir dengan apa yang dikatakan oleh Marissa. Mana mungkin dia akan bertemu dengan Azyara begitu. Wanita itu sudah berjaya, tambahan jika ada wartawan tahu keberadaannya sekarang. Mungkin akan menambah beban pada Azyara.

"I pun tak boleh cakap banyak, tapi apa yang I boleh cakap better you pujuk dia untuk rujuk semula. I tak nak Dhea kurang kasih sayang seorang ibu. I tahu I tak sepatutnya dera Dhea tapi I masih waras untuk beri keutamaan kepada Dhea." Dariel memandang wajah Marissa.

Seteruk-teruk Marissa. Wanita itu masih ada ihsan kepada Dhea.

"I pergi dulu. Nanti kalau you dah berkahwin semula dengan dia. I harap you tak lupa jemput I." pesan Marissa. Dia bangun dari kerusi dan berlalu pergi.

Dariel memerhati pemergian Marissa. Tubuhnya disandarkan pada kerusi. Pening dia memikirkan bagaimana mahu bertemu dengan Azyara dan dia yakin sukar untuk Azyara mahu kembali kepadanya.

"Papa!"

Dariel terkejut dengan sergahan anak perempuannya. Matanya memandang wajah comel anak perempuannya. Pipi Dhea dicubit manja. Nakal!

"Auch, sakit la, papa." Dhea mengusap pipi gebunya. Sudah semalam, bakal ibu tirinya dan abang cubit kedua-dua belah pipinya dan hari ini, papanya sambung di tempat yang sama?

"Anak papa ni comel sangat. Opah bagi makan apa hah?" soal Dariel.

Opah. Gelaran Dhea kepada ketua pembantu rumah keluarganya, Mak Munah. Nasib Mak Munah ada melayan Dhea. Mahu harapkan Puan Rahimah, memang sampai ke kiamat, wanita itu takkan melayan Dhea.

"Ish, opah bagi makan nasi la. Takkan bagi makan batu pula," jawab Dhea. Dariel ketawa. Terhibur dengan jawapan anak perempuannya.

"Papa, nah!" Sekeping kad jemputan diberi kepada Dariel.

Dariel memandang Dhea pelik. Kad jemputan? Siapa kahwin, atau itu adalah kad kahwinnya bersama Anna?

"Raees ajak Dhea pergi majlis hari jadi dia, hari ahad ni. Papa tak sibukkan? Papa jangan la sibuk. Dhea dah janji dengan Raees nak datang rumah dia. Aunty Linda pun suruh Dhea datang. Boleh la, papa... Boleh la," pujuk Dhea bersama kerdipan matanya.

Dariel memandang wajah anak perempuannya. Argh! Ini dia lemah. Anaknya pandai memujuk bersama kerdipan mata. Siapa yang melihat pasti akan jatuh cinta dengan Dhea. Dan dia sendiri akui Dhea pandai memujuk orang dengan kerdipan matanya.

"Aa.. aa, papa tak janji la, Dhea. Papa takut papa sibuk. Tapi demi Dhea, in sha allah, papa usahakan. Mana mungkin papa akan sibuk untuk anak papa. Dhea, anak papa. Apa sahaja permintaan Dhea pasti papa akan tunaikan." kata Dariel. Melihat wajah Dhea yang tadi muram kini berubah ceria sebaik dia mengubah ayatnya.

Sesibuk dirinya, demi Dhea. Dia sanggup untuk abaikan kerjanya. Dhea satu-satunya permata hidupnya. Tiada orang lain. Dan kalau boleh dia mahu penuhi segala permintaan Dhea.

"Yeay! Sayang papa. Jadi, hari ahad ni jadi la kita pergi rumah Raees kan?"

"Ya, sayang. Jadi, kemuadian papa boleh jumpa kawan papa kan?" Dhea mengangguk. Bibir mengukir senyum teruja dengan keputusan papanya. Tanpa Dariel sedar, majlis ini sebahagian dari rancangan dua anaknya.

Mr. DudaWhere stories live. Discover now