32 : This is not what I wanted.

Start from the beginning
                                    

"Tanpa sedar... itulah kebahagiaan dan ketenangan sebenar Allah titipkan."

Jari telunjuk Puan Aisyah jatuh mencucuk dada Iesyraf di mana jantungnya berada. Jantung yang berdegup dengan izinNya.

"Doalah pada Allah, terus menerus tanpa henti, tanpa jarak. Percayalah. Never give up on His mercy. Never."

Kita tak tahu betapa hebatnya kuasa satu doa.

"Okay umi..." Perlahan suara Iesyraf merespon ceramah ringkas uminya.

Benda dah terjadi.

Orang jahat telah ditangkap.

Iesyraf hanya perlu kembalikan semangatnya yang hilang.

Pintu dikuak dari luar dan aura menyeramkan menyerbu masuk.

Tegak bulu roma Iesyraf.

"Ayah yang paling risau masa Iesy pergi misi tu. Dia tak boleh duduk diam," tutur Puan Aisyah seraya memberi ruang untuk suaminya pula bercakap dengan Iesyraf.

"Doktor Hana tak habis rawat dia lagi. Katanya ada gegaran otak sikit..." Lapor Tuan Iesyraf sebelum dia menerima isyarat senyap oleh si isteri.

Bersungguh Puan Aisyah memberi bahasa isyarat supaya jangan memberitahu apa - apa berita buruk tentang Hana pada Iesyraf di waktu ini.

"Tak seriuslah," tambahnya sekadar anggap Puan Aisyah melebih - lebih.

"Sekarang ayah nak cakap dengan Iesy."

Mengikut nada serius tanpa nada itu, Iesyraf tahu yang Tuan Syakir sedang marah bercampur kecewa. Dia menunduk kepala, tidak mahu bertentang renungan maut ayahnya.

"Ayah dengar Iesy lawan lima orang seorang."

Diam.

"Iesy tahu tak bahaya? Kalau apa - apa jadi dekat Iesy nanti siapa nak tanggung?"

Sepi.

Tiba - tiba badannya masuk ke dalam dakapan Tuan Syakir. Terpinga - pinga Iesyraf tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana.

"Janganlah buat ayah risau lagi. Iesy putera sulung ayah, tolonglah. Ayah tahu tu kerja Iesy tapi janganlah berani sangat."

Kehilangan kata - kata Iesyraf dibuatnya, tidak sangka itulah yang akan keluar daripada mulut si ayah.

Dia membalas pelukan itu lalu ketawa kecil apabila perasan hidung Tuan Syakir memerah.

"Come onlah ayah, kata lelaki tak jantan kalau nangis. Iesy kuatlah. Takat lima orang, celah jari je."

Tidak pasal - pasal dia dicubit Tuan Syakir!

"Auu!"

"Berlagak! Berlagak! Ingat ayah tak dengar Iesy meraung dekat umi tadi? Kuatlah sangat."

"Fizikal kuat, mental tak," seloroh Iesyraf lalu ketawa lagi apabila Tuan Syakir ingin mencubitnya lagi. Dia melarikan diri di ketiak Puan Aisyah.

"Umi! Tengok ayah buli orang sakit!"

"Mana sakit, meh ayah tampar. Bagi pengajaran sikit."

"Alah, ayah... cukuplah umi bagi tazkirah tadi. Suci telinga Iesy tau."

"Ish budak ni, main - main pula."

Kesudahannya dua - dua dipiat telinga oleh Puan Aisyah. Selalulah kalau bersua muka, ada sahaja benda nak bertengkar. Kalau Iesyraf tidak mulakan dulu, Tuan Syakirlah yang tambah api.

Perangai tak ikut umur!

"Jangan cengeng macam tadi dah, ayah tahu anak ayah kuat. Tak akan Iesy nak biar orang jahat tu ejek - ejek muka Iesy masa nangis? Hodoh pula tu," tegur Tuan Syakir dengan selambanya sambil menjentik dahi Iesyraf.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now