29 : It's my fault.

Start from the beginning
                                    

"By the way, tengok saya pakai rantai awak buat. Tapi saya buat jadi gelanglah. Baru nampak. Lucky charm saya ni," tambah Hana lagi sambil menunjuk - nunjuk rantai air tangan Iesyraf di pergelangan tangannya. Rantai itu dililit dua tiga kali sebelum dikancing.

"Wah, terharu..."

"Tapi kalau comot kena minyak ke apa, awak buat baru boleh?" Aju Hana sebelum Iesyraf sempat memberi ucapan drama air matanya. Dia tersengih - sengih.

"Amboi nakal dia. Gigit kang."

"Gigitlah."

Tercabar pula ego lelaki Iesyraf. Nasib baik di khalayak ramai sahaja, kalau tak mesti aktif mod nakalnya.

Mendengar tawa merdu Hana mengejeknya, Iesyraf ikut tertawa sama. Sungguh dia sayang wanita ini. Senyuman Hana kegemarannya. Gelak ketawa Hana juga dapat buatkan dia takut kalau dia tak akan dapat mendengar suara itu lagi selepas ini.

Tidak pernah berlaku tapi Iesyraf pasti kalau mereka berdua bergaduh besar, dia tak akan mampu meninggikan suara. Mesti tekaknya terasa terbakar dan dia sendiri akan bergenang air mata. Betapa besarnya kasih sayangnya untuk Hana.

Panggillah dia jiwang tapi dia memang sedang dilamun cinta kepada Ariya Hanania.

Bunyi tin dibuka mengganggu detik - detik manis mereka berdua.

Iesyraf dan Hana menoleh. Naufal dengan riak tiada walau secuit bersalah membulatkan mata sambil menghirup air Coca Colanya.

"Bro, we're having a moment," tegur Iesyraf.

Naufal meneguk airnya. Dia senyum puas dapat menjadi orang ketiga pasangan yang selalu buat dia kemurungan single. "And I'm having a Cola."

Terkumat - kamit bibir Iesyraf mengutuk Naufal dalam hati, mengelakkan perang dunia ketiga berlaku di studio. Tak pasal - pasal kena halau oleh pengarah.

"Hana, lagi sepuluh minit director suruh berkumpul," maklum Naufal sambil menarik kerusi untuknya duduk.

"Okay."

Sebaik sahaja sepi tiada perbualan, telefon Iesyraf berdering. Terhinjut bahu lelaki itu dek terkejut.

"Bukan aku dah suruh silentkan phone tu ke?"

Berderu darah Iesyraf apabila dia ditenung Naufal yang tampak begitu serius. Dia mimikkan mulut mengucap maaf.

Panggilan itu diangkat.

"Emergency, bos singa panggil kau ke sini." Terdengar Qays memberi arahan ringkas dan tegas. Sejurus itu, panggilan dimatikan.

Tidak mahu menadah telinga dengan rungutan atau rengekan Iesyraf.

"Tak boleh ke inform awal - awal?!" Naik seoktaf suara Iesyraf protes sebal. Murung habis mukanya. Rambut dikusutkan.

"Kenapa sayang?"

"Tuan Imran panggil."

Ekspresi Hana turut bertukar mendung. Sekejap sahaja sebelum dia tarik senyum semula. Menutup kesedihannya.

"Apa hal pula?" Soal Naufal turut sedikit bengang.

"Dia nak aku solve kod suspeks kitorang hari tu kut. Budak IT tak boleh diharap. Aku pun tak tahu kenapa."

"Kau dah solve?"

"Of course. Ini Iesyraf Danial. Dah handsome, pandai bijaksana pula."

Sempat dia riak.

Dia mengerling Hana semula. Dagu isterinya didongakkan. "Sorry, sayang..."

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now