Mata Iesyraf menangkap bulan purnama di bentangan langit. Tidak begitu terang cahayanya kerana lampu - lampu di bumi lebih menyinari namun tetap kelihatan jelas bentuknya.

Ting! Iesyraf dapat idea.

"Dengar sini." Jari - jemari Hana diraih. Sekali gus menandakan yang dia hendak si isteri mendengar baik - baik bicaranya selepas ini.

"Pergi luar, ada bulan. Cantik kan? Cuba tangkap gambar bulan tu."

Berlapis dahi Hana. Keliru dengan arahan suaminya tetapi diturutkan jua. Pintu kereta dibuka dan dia keluar. Siap mencari tempat yang membolehkan bulan itu nampak sangat cantik lagi. Kemudian, Hana menangkap gambar bulan itu dengan telefon. Hasilnya agak mengecewakan.

Dia bersandar di sisi kereta sambil menekur gambar itu tajam. Apa salah gambar itu pun tak tahulah.

Bunyi cermin kereta diturunkan dan kepala Iesyraf tersembul keluar. Lelaki itu tersenyum senget. Memperlekehkan teknik fotografi Hana.

"Tak cantiklah, wak... cuba guna kamera awak tu," Hana mengadu sebal.

Iesyraf menangkap gambar bulan itu tanpa banyak kata. Hasil yang lebih kurang sama dengan gambar Hana tadi. Skrin kamera itu ditunjukkan buat Hana sebagai bukti. Bibir wanita itu menjuih ke depan serupa itik. Barangkali sedih kerana gambarnya tidak seperti yang selalu dia nampak dalam Google.

"Tengok ni, bad picture. It's look like a weird round light circle. But the moon so pretty?"

Hana perlahan - lahan dapat memahami maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh Iesyraf.

"You're beautiful. But the camera can't catch that. Just like the moon."

Iesyraf keluar dari kereta lalu bahu isterinya dirangkul. Kepala Hana dilentokkan di dadanya. "My fallen angel, you are beautiful. Not because I say it, but you just are. Before I even knew the word for beautiful. I didn't decide this, I acknowledge it."

Dia daratkan satu ciuman hangat di dahi Hana. Mereka berdua bertukar renungan.

Setelah berjiwang depan kereta, Iesyraf memimpin Hana menerusi taman itu. Sebuah bangku rehat yang dibina atas tasik berhadapan dengan air pancut yang menjadi salah satu tarikan utama di Taman Tasik Titiwangsa. Mereka bernasib baik kerana tempat itu tiada orang. Padahal malam hujung minggu. Mungkin kebanyakan orang lebih berminat pergi ke pusat beli - belah, wayang, boling, karaoke ataupun duduk di rumah.

Pegangan mereka terlerai, Iesyraf berlari sepantas kilat ke tebing jeti itu apabila air memancut tinggi ke langit, kemuncak paras ketinggiannya. Dia segera menggunakan kamera DSLR untuk menangkap setiap detik. Bunyi wah turut bersahut - sahutan menzahirkan keterujaan Iesyraf. Semua benda dia nak tangkap gambar. Langit gelap - gelita, bulan sudah ditutup awan pun dia nak masukkan dalam kamera.

Hana mengulum senyum melihat tindak - tanduk suaminya. Tidak lenguh bibirnya melebar setiap kali Iesyraf beriak seperti budak - budak, tampak yang lelaki itu benar - benar selesa nak meluahkan emosinya. Bahkan Hana langsung tak percaya itu orang yang sama yang telah mengugut Nawaz dulu dan siang tadi, iaitu seorang yang menyeramkan.

Benarlah Iesyraf mempunyai dua personalities berbeza.

A tearsbreaker.

A monster.

Harap sangat dia tidak akan berdepan dengan sisi lagi satu itu.

"Hana sinilah! Sayang, Chipsmore, angel, tomato! Cepatlah!"

Habis keluar semua nama.

Menggeleng kepala Hana sambil tertawa sebelum menghampiri Iesyraf. Dia ikut bersidai di pagar jeti memerhati tasik dan hamparan cahaya yang datangnya dari bandar yang masih meriah. Lampu terhias di sekeliling tasik menghilangkan aura suram. Jadi Hana tidak risau kalau tiba - tiba hantu air buat grand opening.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now