14 : Putera Nawaz.

Start from the beginning
                                    

"Tanzeelal 'azeezir rahim."

Ini minta dicampak tanah atas muka baru bangun ke macam mana?

"Litunzira qawmam maaa unzira aabaaa'uhum fahum ghaafiluun."

Timbul satu idea dalam kepala Hana untuk menjirus Iesyraf dengan air bunga.

"Laqad haqqal qawlu 'alaaa aksarihim fahum laa yu'minuun."

"Allahu Akbar!"

Misi berjaya.

Hana meneliti wajah Iesyraf yang dibasahi peluh. Cuak habis mukanya. Turun naik dada lelaki itu mencuri nafas.

"Ma rabbuka?" Soal Hana dengan nada mengusik.

"Hana!"

Gadis itu ketawa kecil. Dia meninggalkan Iesyraf yang bermuram durja dek tidur yang terganggu dengan cara yang kejam.

"Bangun tau wak! Nanti saya tanya man nabiyyuka pula!"

Terdengar suara Hana dari luar bilik. Iesyraf memeluk bantalnya lalu sembamkan muka di situ. Nyaris diserang sakit jantung kalau dikejut begitu setiap hari.

"Jangan marah tau awak! Sabar itu separuh daripada iman!" Suara Hana mengusik lagi.

Iesyraf menggeliat. Kalau bukan Hana yang menjadi tatapan pertamanya tadi, bergegar sudah satu rumah dengan amukannya.

Padahal salah sendiri sebab terlajak tidur lepas bangun subuh tadi.

Iesyraf memerhati setiap inci bilik tidurnya itu. Sedang menghubungkan sel - sel otak yang mungkin tidak bangun lagi.

Al-maklumlah, otak ikut tuan.

Asyraf masuk ke dalam bilik sambil menggosok rambutnya yang basah. Dia mengenakan T-Shirt Polo hijau dan seluar slack sahaja memandangkan tiada rancangan nak berjalan - jalan ke mana hari ini. Suis kipas dibuka kembali.

Mata mereka berdua bertentangan.

Hujung bibir Asyraf terjungkit. "Dah bangun ke Encik Mayat?"

Bantal terbang berkelajuan 120KM/J mendarat di muka Asyraf!






























KELUHAN dihembuskan buat kesekian kalinya. Iesyraf menyepak batu - batu yang berdekatan dengan kaki. Terherot - herot bibirnya menandakan protes.

Satu, dia dikejut bangun tidur dengan cara seolah - olah dia sudah mati.

Dua, dia tidak sempat bersarapan dan digesa Hana untuk bersiap - siap memakai baju melayu. Sempat minum seteguk air kosong sahaja.

Tiga, dia dipaksa berjalan di bawah terik matahari. Nak membawa kereta, Hana kata dekat sahaja destinasi mereka.

"Awak kena exercise, perut tu macam dah membulat asyik makan je kerja." Itulah alasan Hana.

Iesyraf menyentuh perutnya yang berlapik baju melayu. Masih kempis tapi mungkin agak gebu seperti pipi yang turut membesar dengan jayanya.

Iesyraf mencebik sedih.

"Kita nak pergi mana ni, Hana? Kau nak bawa aku kahwin lari ke apa?" Tebak Iesyraf memandangkan dia perlu memakai baju melayu. Cuma seluar sahaja dia berdegil untuk mengenakan seluar jeans.

Kalau tak, dia tak nak keluar bilik.

"Kenapa? Tak hafal lafaz Kabul lagi ke?" Soal Hana berbaur gurauan. Dia berjalan mengundur menghadap bakal suami yang masam mukanya.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now