12 : Iesyraf vs Ayam.

Zacznij od początku
                                    

"Dahlia nak lagi?" Iesyraf cuba mengabaikan perasaan itu, dia yakin yang dia sendiri yang berfikir bukan - bukan.

Dahlia menjerit nyaring. Dia meronta - ronta dalam pelukan Iesyraf, ingin mencapai biskut itu sendiri.

"Janji jangan bagitahu mama Dahlia tau. Nanti dia marah, mampus pula uncle tak sempat ucap syahadah," pesan Iesyraf.

"Iesyraf Danial..."

"Eh, sejak bila awak pandai cakap ni Dahlia?!" Tersenyum lebar Iesyraf, dia pantas mendukung tubuh Dahlia supaya menghadapnya. "Asy mesti bengang sebab first word awak nama uncle, bukannya papa!"

"Iesyraf!"

"Kenapa suara awak sebiji sangat dengan suara mama awak, Dahlia? Tak sedaplah, tukar tukar."

Dahlia tidak merespon omelan Iesyraf. Matanya tertancap ke belakang pakciknya lalu dia menghulurkan tangan. Senyum lebarnya terlukis di bibir, mengalahkan waktu dapat makan biskut secara haram tadi.

"Awak pandang siapa, sayang? Seramlah uncle. Ada ayam ke dekat situ?" Tebak Iesyraf lalu berpusing, niat nak melihat apa yang menarik perhatian Dahlia sebelum niatnya terkubur.

Perlahan - lahan Iesyraf berpusing ke hadapan semula sambil ketawa kekok. Tersangkut - sangkut suaranya bagaikan pita rosak. Dahlia dibaringkan ke atas sofa semula sebelum dia berhati - hati berdiri.

"Uncle blah dululah, malaikat maut dah sampai."

Langkah seribu diambil!

Pembetulan, langkah seribu berlandaskan angin.

Kolar baju Iesyraf terlebih dulu ditangkap, membuatkan lelaki itu jatuh terduduk semula.

Iesyraf mendongak dan dia menarik senyum paksa. Dua tapak tangannya ditekapkan sesama sendiri.

"Seronok suap Dahlia Chipsmore?" Soal Liyyan lalu ikut tersenyum. Cuma senyumnya lebih kepada senyum psiko. Dia menongkat dagu atas kepala sofa. Lagi satu tangannya tidak melepaskan kolar baju Iesyraf, malah diketatkan lagi adalah.

"Hm? Seronok?" Dia mengulang soalan apabila Iesyraf tidak menjawab.

"Ampunkan hamba, maharani Liyyan." Itu sahaja yang keluar. Dia menayangkan senyum bersama lesung pipitnya, berharap dapat cairkan hati Liyyan.

Kepala Iesyraf disekeh.

"Celah mana ampun kau?! Dahlia baru empat bulan mana boleh makan biskut woi!"

"Aku dah minta ampun kan?!"

Kepala Iesyraf disekeh lagi!

Liyyan meniup penumbuknya sebelum dia mendapatkan Dahlia. Dia lap sisa serbuk Chipsmore di bibir merah anaknya itu. Rentetan itu, Liyyan sandarkan kepala Dahlia pada bahunya. Sempat dia memberikan Iesyraf renungan sakratul maut lagi.

Lelaki itu terkulat - kulat sendiri, konon bersalah. Dia teruskan menunduk kepala gaya seorang yang sedang menyesali kesalahannya sampailah kelibat Liyyan hilang dari ruangan mata.

"Kus semangat," Iesyraf menghembus nafas berat. Dia menoleh ke belakang lagi di mana Hana berdiri. Nampak seperti sedang memproses kejadian tadi.

"Hana, duduklah." Tempat disebelahnya ditepuk. "Kau pergi mana tadi?"

Daripada mengikut pelawaan Iesyraf, Hana lebih selesa duduk di atas kepala sofa bertongkatkan kakinya. Bukan apa, dia tidak mahu duduk terlampau rapat dengan Iesyraf. Sebelum ini pun dia berusaha jaga jarak, lelaki itu yang selalu sesuka hati masuk dalam zon selamatnya.

"Bawa Liyyan tengok - tengok kawasan."

"Tak ajak aku."

"Awak tidur tadi. Tak sampai hati nak kejut."

TEARSBREAKEROpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz