Rayyan pasrah dengan ketentuan Ilahi, dia bangkit ingin mandi. Abaikan sahaja Iesyraf mengejeknya, meskipun hati sakit tapi dia tahu dia boleh balas balik di lain hari.

"Awal balik."

Rasa nak menangis kegembiraan, akhirnya ada manusia di dalam rumah ini yang peduli tentangnya. Dari jauh Rayyan berlari mendapatkan isteri tersayang.

"Biarlah Mina dengan Neil palau abang, janji Laila ada!" Teriaknya lalu memeluk badan Laila dan dipusingkan beberapa pusingan. Rayyan mengucup pipi isterinya bertubi - tubi.

"Pergi mandilah! Busuk busuk peluk orang."

"Amboi sombong, sabar kejap. Abang mandi." Rayyan meleraikan pelukan sebelum tali lehernya dilonggarkan. Bersiap - sedia nak naik ke bilik. Kalau tak mandi nanti kena halau.

"Iesy, kau tunggu situ jangan balik!" Larang Rayyan pada manusia di ruang tamu. Berlipat kali ganda niat ingin membelasah Iesyraf cuma ditangguhkan selepas dia bersihkan diri. Memang dia ajar Iesyraf cukup - cukup!

Iesyraf tersenyum penuh makna.

Kerana apa?

Kerana beberapa minit kemudian dia balik ke rumah. Tidak mematuhi larangan Rayyan.

Dan seterusnya, Rayyan menghubungi Iesyraf dan lepaskan segala maki - hamun di situ.
























DARI dapur Hana berdiri usai minum air. Dia memerhati keluarga kecil Laila
yang sedang beristirehat. Rayyan akhirnya peroleh perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya daripada anak - anak, mereka bertiga asyik bermain dengan lego. Laila pula lebih kusyuk menonton rancangan aneka ragam di kaca televisyen.

Entah kenapa, Hana terasa sangat janggal ingin menyertai keluarga itu. Dia berkira - kira sama ada mahu menyelit sahaja ataupun terus ke bilik.

"Hana! Sinilah! Buat apa dekat dapur tu?"

Terhincut bahu Hana bila dirinya dipanggil begitu. Terkedek - kedek dia mendekati Laila yang melambaikan tangannya seraya memberi ruang di atas sofa untuk dia duduk.

"Tak payah awkward sangatlah, nanti awak jadi kakak ipar saya juga." Laila lantas merangkul lengan Hana. Dia tersenyum menampakkan barisan giginya.

"Tapi awak lagi muda kan?" Laila menyoal pula tidak memberi kesempatan untuk Hana berkata apa - apa. "Saya 27, awak?"

Lambat - lambat Hana menjawab, perlahan juga suaranya. "25."

"Mudanya!"

Membulat sedikit mata Laila, tidak mempercayai kenyataan itu. Mana taknya, Hana nampak jauh lebih matang daripadanya. Punyalah dia fikir mereka berdua beza setahun ataupun sebaya.

Hana tertawa kecil. Dia mengamati wajah Laila yang sedang berkongsi maklumat baru itu dengan suaminya.

Sungguh, wajah Laila amat mirip dengan wajah Iesyraf. Mereka berwajah cerah, rambut hitam segelap malam, iris mata mereka berdua juga berwarna coklat terang dan yang paling spesial,  Iesyraf dan Laila dua - dua mempunyai lesung pipit. Kalau Laila lelaki, mesti boleh jadi kembar Iesyraf dan Asyraf. Triplets!

"Cantik..." puji Hana spontan. Itulah komen pertama saat dia bersua muka dengan Laila.

"Apa dia?"

"Awak cantik." Hana mengulang. Matanya redup jatuh pada diri sendiri. "Insecure saya."

"Eh, kenapa pula? Awak pun cantiklah!" Laila menampar perlahan peha Hana. Dia mengerutkan dahi, tidak suka apabila seseorang tidak yakin dengan dirinya.

TEARSBREAKERWhere stories live. Discover now