N || 47

25.7K 1.4K 158
                                    

DARIEL menghela nafas kasar. Kejadian yang berlaku di rumahnya beberapa jam lalu bermain di fikirannya. Dia akui dia salah kerana benarkan Medina buka pintu. Kalau la, dia halang isterinya mungkin mereka sekarang sedang seronok melihat Darren dan Dhea bermain.

"Kiem..."

Dariel mengangkat wajahnya. Bebola matanya seakan ada api yang sedang membara melihat figura yang menegurnya. Bukan dia mahu derhaka namun ibunya sudah melampau.

"Ibu... Ibu..."

"Enough, ibu. Kiem tak nak dengar apa-apa dari ibu. Kiem penat. Kiem cuma nak tahu tentang isteri Kiem."

Puan Rahimah kelu. Anaknya sudah berubah. Jadi, benar la kata Anna bahawa Dariel sudah kahwin malah wanita itu sedang mengandung anak zuriat anak lelakinya.

"Ibu..."

"Ibu, cukup! Kiem tak nak dengar apa-apa. Kiem cuma nak tahu tentang isteri Kiem. Ibu faham tak? Kiem tak nak derhaka dengan ibu. Jadi, please... Kiem tak nak serabut kepala dengan ibu." tegasnya.

"Jadi, dia la sebab Kiem dan Dhea keluar rumah? Kenapa Kiem tak bagitahu ibu yang Kiem dengan dia dah rujuk? Kenapa? Takut ibu serang dia dan halau dia macam lima tahun lepas?"

"Kalau Kiem cakap ya? Ibu nak suruh Kiem buat apa? Tinggalkan dia macam lima tahun lepas? Huh, dulu ibu boleh bodohkan Kiem sebab anak tapi bukan sekarang. Kiem sayang Dee dan ibu tak boleh halang hubungan Kiem dengan Dee."

Terlepas tawa Puan Rahimah mendengar ayat yang keluar dari bibir anaknya. Siapa sangka, anak yang dia sayang kini berpaling darinya. Sanggup berkahwin di belakangnya malah mereka bakal miliki anak.

"Ibu tak sangka. Kiem banyak berubah lepas kahwin dengan Dee. Apa dia dah buat dengan kamu? Santau ? Nasi kangkang? Kamu memang bodoh Kiem. Kamu sedar tak, yang dia nak harta kamu je."

Dariel senyum sinis.

"Kiem bodoh?"

"Ya. Kamu bodoh. Sebab dengar cakap isteri kamu." Dariel ketawa sinis. Dia bukan mahu sakitkan hati ibunya tapi,

"Kalau ibu nak tahu, Kiem dah lama bodoh. Bodoh sejak Kiem jatuh cinta dengan Medina. Bodoh sebab dengar cakap ibu ceraikan Medina dan kahwin dengan Marissa. Bodoh sebab tak dapat jaga perkahwinan Kiem dan Marissa walaupun kami tak de perasaan cinta selama lima tahun. Bodoh sebab tak dapat jadi ayah yang baik. Jadi, ibu nak apa lagi? Nak tunggu Kiem pergi dari sini baru ibu nak sedar?"

"Kamu jangan ugut ibu macam tu. Kamu gila ke? Kenapa Kiem nak kena pergi baru ibu nak sedar? Kamu tu yang patut sedar, yang sebenarnya kamu dah dipergunakan oleh Azyara."

"Ibu!"

"Waris Puan Medina?"

Dariel memandang Puan Rahimah tajam sebelum dia berpaling memandang wajah doktor yang merawat Medina.

"Saya. Saya suami dia. Macam mana keadaan isteri saya? Baby?"

Doktor yang merawat Medina itu senyum. Matanya beralih memandang wajah Puan Rahimah lalu kembali memandang wajah Dariel.

"Alhamdulilah. Isteri dan anak Tuan selamat. Nasib sempat ke sini. Kalau tak, tak tahu la apa akan jadi dalam kandungan Puan. Apa yang saya boleh pesan, Puan tak boleh stress dan perlu banyak berehat." Dariel menghela nafas lega. Hilang segala rasa risau mendengar ulasan doktor.

"Terima kasih doktor. Tolong sediakan bilik vvip untuk isteri saya. Saya nak isteri saya rehat dengan secukupnya sebelum keluar."

Doktor itu mengukir senyum.

"Saya hanya jalankan tugas. Tanpa dia, siapa la saya. Kalau tak de apa saya undur diri dulu. Tuan, boleh jumpa Puan bila dia dah masuk ke bilik vvip." Dariel mengangguk kepalanya.

Dariel menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Lega rasa hatinya mendengar kata ulahan doktor. Sekurangnya Medina selamat bersama anaknya.

"Kiem, dengar cakap ibu. Kamu ceraikan Azyara. Kahwin dengan Anna. Ibu yakin yang dia mengandung anak kamu pun, entah-entah anak lelaki mana tah dia kandungkan. Kamu jangan..."

"Cukup, ibu. Cukup. Kiem tak nak dengar apa-apa dari ibu. Ibu sendiri pun kenal diri ibu sendiri. Kiem tak nak ibu masuk neraka sebab fitnah yang ibu taburkan. Kiem kenal isteri Kiem dan anak yang dia kandung memang anak Kiem sebab Kiem yang alami alahan isteri Kiem. Jadi, ibu jangan pernah sekalipun fitnah tentang anak Kiem. Ibu tak mengaku dia cucu ibu. Tak pe, Kiem tak kisah. Macam tu jugak Kiem nak ibu anggap Kiem. Anggap Kiem bukan anak ibu. Terima kasih untuk segalanya. Kiem harap ibu sempat sedar." usai berkata terus dia melangkah pergi meninggalkan ibunya sendiri di situ.

Puan Rahimah yang berada di situ seakan terkaku mendengar ayat yang keluar dari bibir anaknya. Sungguh dia tak sangka anaknya berubah begitu drastik kerana seorang perempuan, Dariel sanggup melawan katanya.

"Tak. Aku tak boleh kalah. Aku kena pastikan Dariel balik semula ke aku. Ya, aku akan pastikan Anna dan Dariel kahwin."

Terukir senyuman Puan Rahimah mengingat rancangannya. Dia yakin Dariel pasti akan pulang ke pangkuannya.

MEDINA membuka matanya perlahan. Iris matanya melihat siling di hadapannya. Putih. Tangannya naik mengusap perutnya. Dia menghela nafas lega. Sekurangnya anaknya masih ada.

Mengingatkan perkara yang berlaku membuatkan dia hampir kesal. Kalau la dia sempat elak, mungkin dia takkan berada di hospital.

"Sayang?"

"Abang,"

"Sayang nak air? Kejap, abang ambikkan." dengan pantas Dariel menuangkan air ke dalam cawan lalu diberi kepada Medina.

"Terima kasih," Medina senyum. Perlahan-lahan dia menenguk air mengalir ke tekak.

"Abang yang sepatutnya cakap macam tu dekat sayang. Terima kasih sebab masih bertahan. Terima kasih sebab selamat. Abang tak tahu apa perasaan abang kalau ada apa-apa jadi dekat Dee tadi. Abang tak sepatutnya bagi sayang buka pintu." ujar Dariel penuh kesal.

Medina senyum nipis. Dia mengambil tangan Dariel lalu diletak di atas perutnya. Tangan kekar Dariel mengusap perutnya.

"I love you, abang."

"Sayang... Sengaja kan?"

Medina ketawa. Dia memang kalau boleh tak mahu Dariel sedih dengan kejadian tadi. Dia kenal Dariel. Lelaki itu sehabis baik cuba melindungi Medina.

"Love you too," bibir Medina dikucupnya kilas

Medina terkejut, lalu memukul lengan Dariel.

"Abang! Apa ni, buatnya nurse masuk macam mana?" marah Medina.

Dariel senyum. Suka tengok wajah Medina marah. Comel.

"Biar la. Abang rindu sayang tau. Lagipun, salah sayang juga. Siapa suruh mula dulu." Medina menjeling mata menyampah. Namun dalam hati dia gembira melihat wajah Dariel tersenyum.

To be continued...


Ya allah, asal makin merepek aku update ni😕 btw, mat ri ye ♥️

Mr. Duda Where stories live. Discover now