Nasi goreng yang berada di hadapannya hanya di pandang sepi. Mengingat satu perkara yang belum dia soal kepada Dariel membuatkan dia menjadi gugup. Ermmm, agak-agak Dariel okay ke, kalau mereka sekeluarga pulang ke kampung?

"Mama? Dhea nak sosej lagi boleh?" pinta Dhea.

Medina tersentak, namun segera dia mencapai sosej lalu di letakkan di atas pinggan Dhea.

"Terima kasih, mama." ucap Dhea. Medina hanya senyum.

Medina kembali termenung memandang nasi goreng di hadapannya. Dariel yang perasaan perubahan isterinya memandang dua wajah anaknya.

Mereka hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu kenapa mama mereka berubah sekelip mata. Selalunya, mamanya ada saja topik mahu dibualkan.

"Sayang..."

Medina mengangkat wajahnya. Matanya memandang wajah Dariel. Keningnya di angkat tanda tanya kenapa?

"Sayang okay?" soal Dariel.

Medina kelu. Okay? Adakah dia okay atau...

"Dee okay. Kenapa? Mama okay la sayang." ujarnya lalu tersenyum.

Dariel memandang wajah Medina. Dia tahu Medina tidak okay. Pasti ada sesuatu yang bermain di minda Medina. Sudu yang berada di pegangannya kini di letak di sisi pinggan. Matanya memandang wajah Medina.

Medina yang seakan terkejut dengan pandangan mata itu serta merta memandang ke sisi. Dariel senyum. Dia sudah agak pasti ada perkara bermain di minda Medina.

"Sayang... Abang tahu, sayang mesti ada perkara nak bagitahu abang kan? Tapi sayang takut? Betul tak?" duga Dariel.

Medina menelan air liurnya. Dia tak tahu bagaimana Dariel boleh tahu apa yang bermain di mindanya tapi dia tetap rasa was-was. Ya la, lima tahun lepas perkahwinan. Dia hanya la seorang anak yatim piatu tanpa saudara-mara. Ilyana pun dia kenalkan sebagai kawan tika dia berkahwin dengan Dariel dahulu.

"Ermm... Dee, Dee..." Medina menutup matanya untuk hilang rasa gugup. Entah kenapa dia seakan resah apabila ingin beritahu perkara sebenar kepada Dariel.

"Sayang?"

"Huh?" Medina tersentak. Terkejut dirinya apabila Dariel mengenggam tangannya.

"Sorry, Dee termenung pulak." Medina menunduk kepalanya.

"Kalau tak nak bagitahu tak pe la. Abang tak marah, tapi kalau boleh luahkan. Kalau tak, luah? Abang tak tahu apa masalah abang kepada sayang," kata Dariel.

Medina mengigit bibirnya. Bertambah serba salah dirinya kepada Dariel. Sedangkan dia hanya mahu memberitahu tentang perkahwinan Ilyana yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini cuma perkahwinan itu dilangsungkan di rumahnya. Asal usulnya berada.

'Ugh, bagitahu je la, Medina. Kenapa kau tiba-tiba jadi kecut ni? Haritu, kau jugak nak berani kan?' getus hatinya.

Medina mengangkat wajah memandang wajah Dariel lalu beralih ke arah Dhea dan Darren.

"Dhea dengan Arren nak balik kampung tak?" soal Medina.

Dariel berkerut dahi pelik. Kampung? Setahunya dia tiada kampung memandangkan kedua-dua atuk nenek ibubapanya sudah meninggal sejak dia lahir.

"Kampung?" soal Darren dan Dhea serentak.

Medina senyum lalu mengangguk kepalanya.

"Mesti la nak!"

"Nak! Nak! Nak! Woah, tak sangka kita pun ada kampung. Kalau tak, Arren selalu dengar dari Raees cakap pasal kampung dia." kata Darren. Dhea mengangguk setuju dengan abangnya.

"Kampung? Sayang ada kampung?" soal Dariel. Pelik. Setahunya, Medina tiada kampung mahupun saudara mara terdekat.

Medina mengangguk kepalanya. Tangannya mencapai tangan Dariel lalu dikucup lembut. Dariel hanya memerhati tingkah laku Medina.

"Dee nak minta maaf sebab dah tipu abang lima tahun lepas. Dee masih ada saudara mara yang masih hidup cuma... Dorang dah buang Dee. Dorang cakap Dee punca mak dan ayah Dee meninggal. Ilyana, dia sebenarnya sepupu dekat Dee." jujur Medina.

Dariel terpempan. Terkejut dirinya apabila Medina perkara sebenar. Walaupun perkara itu sudah berlalu, dia tetap memaafkan kerana baginya Medina tak salah dalam perkara itu.

"Jadi, Dee tipu abang sebab tak nak abang ajak Dee balik kampung la ni?" duga Dariel.

Perlahan-lahan kepala Medina mengangguk. Medina melepaskan tautan tangannya.

"Dee tahu Dee dah tipu abang tapi please... Tolong Dee, kita balik kampung. Dee rindu arwah mak dan ayah. Dee nak sangat ziarah kubur dorang. Lagipun, hujung bulan ni Ilyana kahwin."

Dariel memandang wajah Medina yang bersungguh mahu pulang ke kampung, dia tahu isterinya rindu yang teramat. Tempoh yang lama tidak menjenguk kedua-dua kubur orang tua memang perit apabila rindu tak mampu diluahkan.

"Okay. Kita boleh balik kampung."

"Yeah! Balik kampung!" tak sempat habis berkata, dua suara anaknya sudah kedengaran teruja. Dariel senyum riang.

"Ada syaratnya." ujar Dariel pada Medina.

Medina memandang Dariel tak berkerdip. Eh, minta balik kampung pun ada syarat ke?

"Boleh ke tidak?" soal Dariel.

Mahu atau tak, Medina hanya mengangguk kepalanya.

"Boleh, apa syaratnya?" ujar Medina acuh tak acuh.

"Abang nak Dee malam ni."

"Abang! Anak-anak ada depan ni," merah pipi Medina mendengar syarat Dariel walaupun perlahan namun dia yakin Darren dan Dhea mendengarnya dengan jelas.

"Biar la. Biar diorang tahu yang mama dan papa dorang ni tengah berusaha bagi adik."

"Apa, papa? Adik?" soal Darren.

Dariel senyum. Medina pula sudah menjegil mata memandang wajah Dariel yang sudah tersenyum nakal.

"Apa adik tu, papa, mama, abang?" soal Dhea polos.

"Adik tu, macam dalam perut Mummy Aisya. Betul tak, papa, mama?" tebak Darren.

Dariel memandang wajah Medina. Jelas wajah putih kemerahan akibat malu. Dariel ketawa.

"Betul la tu, Arren. Jadi malam ni tidur awal tau. Kalau tak, mama dengan papa tak nak bagi Arren dengan Dhea, adik." kata Dariel penuh selamba.

"Abang!" Medina merengus geram. Punggung diangkat melangkah pergi dari meja. Malu.

Dariel ketawa. Suka dia melihat wajah putih Medina yang sudah bertukar merah. Malu tapi mahu.

To be continued...

P/s : sorry for late update 🙏 srs Hazel busy sangat sampai tak de masa nak update. Lagi-lagi bulan puasa. Tak tahu kenapa masa macam bergerak dengan pantas 🥴 so happy reading and maaf sebab buat korang tertunggu. Btw, sorry sebab macam mengarut sikit sebab masa buat ni idea ada tapi tu la entah macam mn boleh mengarut pun tak sure.

Apa-apa pun happy iftar ♥️

Mr. DudaWhere stories live. Discover now