"Eh, sebelum lupa. Arren jangan bagitahu apa-apa dekat mummy dan daddy okay. Mama tak nak mummy dengan daddy terkejut. Biar mama yang beritahu sendiri." pesan Medina. Darren mengangguk kepalanya.

"Baik. Arren pergi dulu. Bye, mama." Darren terus berlari ke pintu lift. Sebelum ini, risau juga dia membiarkan Darren naik ke atas berseorangan. Ya la, sekarang kes penculikan budak kian naik.

Seriau dia mendengarnya. Tapi alhamdulilah, dua bulan dia berada di sini bersama Darren, Ilyana, Aisya dan Isa. Semuanya baik-baik malah Darren juga lebih matang dalam perihal begini.

Medina bangun dari duduknya. Dia sendiri tak sedar apa yang dia katakan tapi demi anaknya, tak salahkan? Sampul surat putih itu melurut jatuh ke bawah. Medina mengerut dahi pelik namun apabila teringat Dariel yang memberi surat itu segera dia mengambil lalu membuka isi dalaman surat itu.

Tadi dia mahu buka, anaknya Darren mengacau. Sekarang dia berseorangan dan di rumah tiada siapa-siapa jadi dia boleh bukakan?

Perlahan-lahan surat itu dikoyak walaupun kertas itu bakal dia campak ke dalam tong sampah tapi dia tetap mahu membukanya dengan sempurna. Dua helai kertas dibawa keluar dari sampul. Kertas yang tadi terlipat kini dibuka.

Medina membaca satu per satu arahan di dalam kertas itu. Matanya membulat membesar melihat perkataan yang tertera. Tanpa menunggu lama, terus dia mencapai telefon pintar miliknya. Nama Dariel dicari di dalam contact.

Sementara tunggu Dariel menjawab panggilan, boleh la dia baca ayat yang tertera di dalam kertas itu kan? Dia tak salahkan? Dariel... Dariel...

"Hello,"

"Abang serius ke?"

PUAN Rahimah memandang sebuah tadika yang tak jauh darinya. Jam dipergelangan tangannya dikerling kejap. Lagi beberapa minit lagi, budak- budak yang belajar di tadika bakal keluar untuk pulang ke rumah.

Puan Rahimah tarik senyum. Dia sudah hantar pesanan kepada Dariel untuk pesan kepada Medina untuk tidak ambil anaknya, Darren hari ini. Dia mahu meluangkan masa bersama cucu lelakinya.

"Puan, Dhea dengan anak lelaki Dariel dah keluar." tegur Pak Mat, pembantu peribadi Puan Rahimah.

Puan Rahimah senyum. Tanpa berkata apa-apa terus dia membuka pintu kereta mewah miliknya. Kaki melangkah keluar lalu berjalan gah di hadapan pintu pagar tadika.

"Ya, Puan nak jemput siapa ye?" soal salah seorang guru di tadika itu.

"Saya nak jemput cucu saya. Ouh, lupa pulak nama dia Syed Darren Mikael. Boleh awak panggil untuk saya?" pinta Puan Rahimah dengan lagaknya.

Guru tadika itu hanya menggangguk kepalanya. Tidak betah dengan pandangan wanita tua itu terus dia memanggil Darren yang sedang bermain bersama adiknya, Dhea dan rakannya, Raees.

Darren yang mendengar guru memanggilnya terus menarik Dhea bersama. Pagi tadi, sebelum dia masuk ke tadika. Mamanya ada pesan bahawa mama Marissa mahu menjemput mereka dan bawa mereka ke sesuatu tempat namun sebaik tiba di hadapan pintu pagar tadika. Kaki Darren terpaku.

Ini bukan mama Marissa namun sebaliknya,

"Kenapa nenek ambil kita abang? Bukan abang kata mama Rissa jemput kita ke?" soal Dhea. Dia pun terkejut dengan kehadiran Puan Rahimah.

Tak pernah-pernah neneknya mahu datang ke tadika tapi hari ini, pecah rekod.

"Darren sayang... Mari dekat nenek sini," panggil Puan Rahimah sebaik nampak cucu lelakinya melangkah ke arahnya namun ditangan cucu lelakinya memegang tangan Dhea.

Puan Rahimah berdecit perlahan. Namun tidak di dengar oleh sesiapa.

"Mama mana?" soal Darren mendatar. Bebola matanya langsung tidak memandang wajah Puan Rahimah.

Baginya, Puan Rahimah kejam. Sanggup memukul adiknya yang tak bersalah. Namun kalau bukan kerana adab yang diajar oleh tadika dan mamanya, mungkin dia akan tampar Puan Rahimah seperti bagaimana Puan Rahimah menampar dirinya beberapa minggu lalu.

Puan Rahimah kelu. Tak sangka, Darren menyoal keberadaan Medina.

"Mama tak de. Dia sibuk. Papa pun sama. Arren, ikut nenek balik ye." pujuk Puan Rahimah.

"Setahu Arren, mama dan papa kalau sibuk akan hantar mama Rissa, atau daddy Isa. Takkan la semua sibuk kut?" sinis Darren. Kalau Puan Rahimah boleh beri derita kepada adiknya. Takkan la dia tak boleh kan?

Puan Rahimah kelu buat kali kedua. Dia sendiri tak dapat agak jawapan Darren. Darren bukan calang-calang untuk menipu.

"Abang... Dhea letih la. Dhea ngantuk. Dhea nak tidur." adu Dhea. Dia buka mahu berlakon namun itu la kenyataannya. Dia memang penat. Seharian dia bersekolah dan dia memang memerlukan tidur untuk membekalkan tenaga kepadanya.

Darren menepuk-nepuk bahu adiknya, Dhea. Itu sudah menjadi kebiasaannya untuk tepuk bahu Dhea kalau Dhea ngantuk. Manakala Puan Rahimah memandang Dhea jelek. Sibuk je nak menggedik dengan cucu aku.

"Eh, Dhea mengantuk ye. Jom, kita balik. Darren pun ikut la nenek ya. Kita balik rumah nenek. Nanti petang nenek suruh mama datang rumah. Kita tidur, makan dulu kat rumah nenek dulu."

Darren memandang wajah Dhea. Dia tahu Dhea takut untuk pulang seorang kerana atuknya ada urusan di Johor. Manakala papa pula tiada di rumah dan mama Marissa tidak menjemput mereka berdua membuatkan Darren risau jika ada apa-apa berlaku kepada adiknya.

"Okay, tapi Darren nak minta sesuatu dari nenek." pinta Darren.

Puan Rahimah? Hiks, lebar la bibir diukir apabila cucunya meminta permintaan kepadanya.

"Apa dia? Boleh-boleh. Nenek akan usahakan untuk Arren." ujar Puan Rahimah. Yakin. Dia tahu cucu lelakinya tidak akan menyusahkan dirinya.

"Nenek yakin?" duga Darren.

Puan Rahimah mengangguk kepala laju. Dia tidak kisah kalau cucu lelakinya meminta sesuatu yang luar dari nilainya. Janji cucu lelakinya ikut dia pulang darinya.

Darren mengukir senyum senget. Dia sudah agak perkara begini akan terjadi kerana dia sudah tahu segala rancangan Puan Rahimah.

To be continued...

Makin panas! Panas! Agak-agak Darren minta apa dekat nenek dia eh? Dan korang rasa apa maksud surat yang dikatakan oleh Dariel?

Nak tahu? Kita jumpa esok okay ♥️

Bye!

Ugh, srs penat study tapi gembira sebab dapat update Mr. Duda kepada readerz.

Mr. DudaWhere stories live. Discover now