E || 20

48.9K 2.3K 112
                                    

MAMA, siapa aunty ni? Kenapa Dhea kata ni mama kandung Dhea?" soal Darren. Dia sebenarnya masih terkejut apabila Dhea mengenalkan seorang wanita seakan baya mamanya sebagai mama kandung Dhea.

Atau sebenarnya, isteri kedua papanya yang dimaksudkan oleh Daddy Isa sebelum ini?

"Ni Azyara kan? I... I yakin ni, Azyara." ujar Marissa. Dia tahu dihadapannya Medina Azyara. Model terkenal antarabangsa. Dia pernah lihat wajah Azyara di majalah. Jadi, dia yakin bahawa dia tak salah.

"Arren, Arren jaga Dhea boleh? Mama ada hal nak bincang dengan mama Dhea." Darren yang mendengar arahan itu hanya mengangguk kepalanya.

Medina senyum. Dia memandang wajah Marissa. Dia tahu Marissa akan datang ke hospital menjenguk Dhea. Itupun Dariel yang memberitahunya kerana tak mahu ada salah faham jika Marissa datang jenguk Dhea.

Medina terus melangkah keluar dari bilik tanpa sebarang kata. Marissa sedar dari lamunanya. Dia mengejar Azyara namun tak sampai dua langkah dia mahu keluar. Dia berpatah balik dan mencium dahi Dhea.

"Mama jumpa mama baru kejap. Nanti mama datang bawa coklat untuk Dhea." pesannya.

Dhea mengangguk kepalanya. Bibir mengukir senyum.

"Okay, mama. Mama jangan lama tau. Dhea rindu," Marissa senyum. Rambut Dhea dibelai lembut sebelum dia melangkah mengejar Azyara.

Darren melangkah dekat ke katil Dhea. Matanya memandang wajah Dhea yang tersenyum bahagia.

"Dhea, tadi siapa? Kenapa Dhea cakap dia mama kandung Dhea?" soal Darren. Dia sebenarnya tertanya, walaupun dia tahu kisah Dhea di dera oleh nenek dan ibu kandungnya tapi dia pelik apabila wanita itu berkata lembut malah mengusap rambut Dhea penuh kasih sayang.

Takkan ibu kandung Dhea boleh berubah begitu?

"Kan, Dhea dah cakap, yang tadi tu mama kandung Dhea. Kenapa? Abang tak percaya ke?"

"Bukan tak percaya tapi bukan ke, Dhea cakap mama Dhea suka dera Dhea. Takkan la boleh cakap lembut dengan Dhea? Kalau ikutkan, mesti dia tak de perasaan pasal Dhea."

Dhea memukul perlahan bahu abangnya. Darren terkejut. Matanya mencerlung memandang wajah Dhea.

"Sampai hati, abang cakap mama kandung Dhea jahat. Jahat-jahat mama Dhea, dia tak pernah lupa cium dahi Dhea masa Dhea tidur." Dhea terus menyembunyikan diri di dalam selimut tebal hospital.

Darren kelu. Dia memandang Dhea yang menyorok dibalik selimut hospital itu. Dia menggaru kepala perlahan. Dia ada buat salah ke?

MARISSA menantap wajah Azyara dengan penuh minat walaupun sebelum ini dia pernah bertemu Azyara namun wajah Azyara sungguh berbeza dari lima tahun yang lalu. Wanita itu nampak anggun malah berkarisma.

Medina berdehem perlahan. Kekok dirinya apabila Marissa menantap wajahnya seakan sudah lama tidak berjumpa tapi memang pun kan?

"Emm, Azyara bila balik Malaysia? Maaflah sebab menyibuk tapi..."

Medina senyum. Dia faham Marissa berasa serba salah setelah lima tahun berlalu malah dia tak marah Marissa jika perkahwinannya bersama Dariel berakhir begitu kerana dia tahu Marissa di paksa oleh keluarganya dan Puan Rahimah.

"Call me, Dee. Bukan Azyara. Azyara dah lama mati lima tahun lalu." ujar Medina tenang. Kopi O panas yang dipesannya di kafe hospital dihirup perlahan.

Marissa memandang wajah Medina.

"Maaf, Dee. Saya.. saya.."

"Jadi kenapa jenguk Dhea? Dariel beritahu atau sengaja buat baik depan aku untuk meminta maaf atas ihsan Dhea lepas kau dera dia?" Medina menembak selamba.

Marissa menunduk. Kepalanya digeleng perlahan. Dia tahu dia salah kerana Dhea tapi dia sayangkan Dhea walaupun Dhea bukan cucu yang disayangi oleh Puan Rahimah.

"Mar datang memang betul nak jumpa Dhea. Mar rindu Dhea. Kemuadian, Dariel bagitahu Mar yang Dhea masuk hospital sebab kemalangan jadi Mar nak tengok keadaan Dhea. Mar janji Mar takkan kacau Dhea lagi." tanpa sedar air matanya mula bertakung.

Medina menghela nafas perlahan. Dia bukannya kejam seperti watak-watak di drama television. Dia cuma insan biasa malah dia juga ada kelemahan dan keistimewaan tersendiri.

"Dee tak marah pun, Mar nak jumpa Dhea tapi lain kali bagitahu Dee. Dee tak nak, anak Dee terkejut bila ada perempuan lain mengaku sebagai mama Dhea." jelas Medina. Dia bukan sengaja tidak menjawab jawapan Darren tapi biar la Darren mengetahui sendiri dari bibir Dhea mahupun Dariel.

Marissa terkejut. Anak?

"Ya. Budak lelaki yang Dee suruh jaga Dhea tadi anak Dee. Syed Darren Mikael Bin Syed Dariel Hakiem."

Terbuntang mata Marissa terkejut mendengar jelas nama penuh Darren.

"Dia anak Dariel? Tapi macam mana? Bukan ke, Dee ... " Marissa teringat beberapa hari sebelum Dariel dan Medina bercerai lima tahun lalu.

Mereka bercerai atas dasar kerana Medina tidak mampu memberi zuriat dan dia hanya mendengar dari bibir Puan Rahimah namun tak sangka, tak lama selepas itu Medina disahkan mengandungkan anak Dariel.

"Macam Marissa tahu, Dee rasa Marissa dah tahu apa dah jadi dengan kejadian lima tahun lalu. Jadi, Dee tak rasa nak bercerita tentang tu. Biar la, kisah tu berlalu sebagai kisah silam Dee." Medina tak mahu mengulas panjang tentang kisah lamanya.

Hatinya rapuh saat mengetahui Dariel tetap melafazkan talak walaupun dia tak bersalah. Dia tahu Dariel terpaksa melafazkan kerana Puan Rahimah. Bagi Puan Rahimah, dia hanya la perempuan kampung yang tak layak hidup bahagia bersama Dariel.

Marissa mencapai tangan lembut Medina. Medina terkejut. Matanya memandang wajah Marissa.

"Mar minta maaf, Dee. Mar tahu Mar salah sebab ikut cakap mama Dee dan Puan Rahimah. Sepanjang perkahwinan Mar dengan Dariel selama empat tahun. Dariel tak pernah sentuh Mar cuma masa dua bulan lepas kahwin je, Dariel sentuh Mar. Sumpah, masa tu kami tak rela sebab Mar dengan Dariel janji takkan sentuh selagi tiada sayang dalam diri. Kami terperangkap dalam rancangan Puan Rahimah. Dia letak ubat perangsang dalam minuman Mar dengan Dariel." Medina terkedu. Huh, siapa sangka Puan Rahimah sanggup bertindak begitu.

"Sebulan lepastu, Mar disahkan mengandung. Mar tak terima anak yang terbentuk dalam perut Mar. Hari-hari Mar cuba gugurkan kandungan tapi Dariel selalu halang dan pujuk Mar untuk bertenang dan sabar dengan kehendak ilahi. Sembilan bulan, Dariel jaga Mar. Mar syukur sebab Dee yang sepatutnya dapat layanan terbaik itu tapi masa Dhea lahir. Puan Rahimah marah Marissa. Dia pukul Marissa sebab lahirkan anak perempuan dan sejak tu, Marissa marah pada Dhea sebab lahir sebagai perempuan. Sedangkan Dhea tak bersalah dalam hal ini."

Sungguh Medina, tak sangka Puan Rahimah sanggup buat begitu kepada ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Dia faham jika Marissa bertindak begitu kerana dia juga pernah alami detik itu. Namun apa yang boleh dia katakan Puan Rahimah adalah segalanya dalam rumah tangga Dariel malah wanita itu seakan permaisuri memerintah anak tunggalnya.

"Mar harap sangat, Dee boleh jaga Dhea macam anak Dee sendiri. Mar tahu Mar berdosa sebab buat Dhea macam tu dalam jangka empat tahun tapi kalau bukan sebab Puan Rahimah, mungkin Dhea dah rasa kasih sayang seorang ibu dari Mar. Mar bersalah sangat tapi Mar syukur sebab Dee kembali ke Malaysia. Mar nak Dee jaga Dhea sebab kemungkinan Mar akan pergi dari sini."

Medina mengerut dahinya. Pergi dari sini?

"Maksudnya?"

"Breast cancer. Stage two."

Medina terkejut. Matanya memandang wajah Marissa yang mengukir senyum nipis kepadanya.

Mr. DudaWhere stories live. Discover now