"Haah, kawan papa, aunty tu cakap kasar dekat Dhea. Dhea tak suka. Dia suruh Dhea pergi. Mula-mula, Dhea tak pergi sebab Dhea takut tapi lepas ternampak mama terus Dhea ikut mama." Dhea menanyangkan sengihnya. Seakan tidak bersalah dalam hal ini.

Dariel menggeleng kepalanya. Tepi kepala Dhea dikucup lembut. Walaupun dia risau dengan kehilangan Dhea tapi dia gembira dengan kehadiran Azyara di hadapannya. Seakan tak sangka dia akan bertemu Azyara di sini.

TIBA sahaja di hospital terus dia berlari ke kaunter pertanyaan. Baru dia mahu menanya keberadaan anaknya dan Aisya. Ada satu suara memanggilnya. Dia berpaling ke belakang.

"Isa, macam mana keadaan Arren? Aisya? Ya allah, risau aku bila phone Arren, orang lain jawab." ujarnya. Dari mall hingga ke hospital, fikirannya hanya memikirkan Arren dan Aisya.

Tiada mereka. Tiada juga dirinya.

Isa menarik nafas lalu dihembus perlahan. Dia tahu Medina risau akan keadaan Darren dan Aisya. Dia sendiri pun masih terkejut apabila mendapat panggilan dari pihak hospital bahawa isterinya kemalangan.

"Rileks, Dee. Rileks. Arren tak apa-apa. Dia okay cuma kepala dia terhantuk sikit dan doktor dah masukkan ke dalam wad biasa." Medina menghela nafas lega. Syukur anaknya selamat.

"Aisya? Aisya macam mana? Dia okay kan?"

Isa diam. Dia sendiri pun tak tahu bagaimana keadaan isterinya. Isterinya tak cedera teruk tapi...

"Dia okay tapi aku tak rasa dia akan okay lepas tahu perkara ni nanti." Isa berkata perlahan. Sejujurnya dia juga terkilan dengan berita yang diberitahu oleh doktor.

"Kenapa? Maksud kau apa ni, Isa? Cuba beritahu aku elok-elok."

"Aisya pregnant." Medina menjerit teruja. Akhirnya penantian rakannya dan Isa bakal berakhir. Siapa sangka, setahun mereka menunggu. Akhirnya, hadir jua janin kecil di dalam rahim Aisya.

"Kau sepatutnya teruja la, Isa. Aisya mengandung kut. Kau ni, apa nak terkilan sangat atau kau sebenarnya tak ready nak galas tanggungjawab seorang ayah?" Medina menepuk bahu Isa. Dia tahu Isa bersedia kalau tak mana mungkin Isa mampu menjaga Darren dengan baik.

Isa memandang wajah Medina. Jelas wajah Medina teruja dengan berita yang disampaikan. Dia juga sama teruja tapi Aisya?

"Aku yakin dia teruja. Alhamdulilah, rezeki korang tahun ni ada baby tau. Lepasni, boleh la Arren main dengan IsaSya Junior. Mesti comelkan."

"Kau rasa Aisya boleh terima ke, dirinya mengandung? Ya la, dengan kerja dia dengan kau lagi. Kau pun tahu kita kat sini, lima bulan. Aisya sekarang dah tiga bulan. Kalau kita nak balik sana pun, Aisya dah sarat. Mak aku mesti nak dia pantang dekat sini." luah Isa. Bukan dia tak tahu Aisya mahu melahirkan anak di London sama seperti Darren.

Medina tarik senyum nipis. Dia tahu Aisya mahu melahirkan baby sulung di London tapi kalau ikut pengiraan mereka pulang ke sana kemungkinan agak sukar untuk Aisya pulang ke London.

"Tak pe, nanti aku slow talk dengan dia. Aku yakin dia akan setuju dengan aku."

Isa senyum. Siapa sangka Medina yang dia kenal dulu berbeza saat mereka bertiga bertemu. Medina yang dulu seorang yang naif dan polos. Dan sekarang, wanita itu sudah berubah demi anaknya, Darren.

SAAT kaki melangkah masuk ke rumah. Dia sudah mendengar suara petir Puan Rahimah. Dhea yang berada di sisinya sudah melangkah ke belakangnya. Gerun dirinya mahu melihat wajah singa Puan Rahimah.

"Apa masalah Kiem tinggalkan Anna seorang dekat mall hah? Apa budak perempuan ni penting dari Anna? Dah la kamu tinggalkan dia cari Dhea lepastu sanggup pulak kamu berbual mesra dengan perempuan yang selamatkan budak ni. Kenapa? Dah terpikat ke?"

Dariel mengeluh perlahan. Ini dia malas pulang ke rumah keluarganya. Tapi disebabkan rumahnya sudah dijual oleh Puan Rahimah tanpa izin membuatkan dia terpaksa menentap di sini.

"Ibu... Kiem tak tinggalkan dia pun, dia yang lambat sangat kejar Kiem. Kiem cuma risaukan Dhea. Dhea anak Kiem dan perempuan yang ibu cakap Kiem terpikat. Ha ye, memang Kiem terpikat pun, bu. Sekurangnya dia jaga Dhea. Bukannya macam Anna, suruh Dhea tinggalkan Kiem. Kalau apa-apa jadi dekat Dhea, Kiem takkan maafkan Anna."

Puan Rahimah menjeling menyampah mendengar tutur kata anaknya. Baginya, Dhea seakan merampas fikiran anaknya. Dia sendiri pun tak faham kenapa anaknya boleh ikut segala kata Dhea.

"Huh, ibu tetap tak suka. Sesiapa perempuan yang Kiem pikat. Ibu takkan benarkan Kiem kahwin lain selain Anna. Ibu suka Anna. Sekurangnya genetik Anna kemungkinan besar dapat anak lelaki sebab Anna ada empat abang atas dia. Ibu tetap nak Kiem kahwin dengan Anna. Ibu tak kira." tegas Puan Rahimah.

"Dan pasal Dhea. Dia bukan cucu ibu jadi ibu tak kisah pun tentang dia. Kalau dia mati pun, ibu suka. Itu lebih baik. Menyusahkan je." sambung Puan Rahimah.

Kelu lidah Dariel mendengar ayat dikatakan oleh Puan Rahimah. Tegarnya, seorang nenek meminta cucunya mati malah yang lebih menyakitkan hatinya adalah ibunya tetap dengan keputusan mahu dia berkahwin dengan Anna.

"Ibu... Kiem, bukan nak melawan atau apa? Tapi pernah ke, ibu tanya kebahagiaan anak ibu? Apa yang ibu tahu kebahagiaan ibu. Akur dengan arahan ibu. Kiem penat,bu . Kiem tak nak jadi telunjuk bawah ibu. Kiem tahu syurga Kiem dekat ibu tapi ibu kena tahu, tak semua arahan ibu, Kiem mampu ikut. Cukup la dulu Kiem kahwin dengan Azyara bahagia tapi kebahagiaan Kiem berakhir bercerai dengan Azyara. Lepastu ibu caci, hina dia. Anak yatim piatu, miskin. Ibu ingat Kiem tak tahu? Kiem tahu, bu! Kiem tahu semuanya! Tapi Kiem pandang sebelah mata sebab ibu adalah ibu Kiem. Azyara tak pernah sekali mengadu dekat Kiem malah puji ibu baik dengan dia tapi Kiem tahu sudut hati dia. Dia terluka dengan ibu."

"Marissa. Kiem ikut cakap ibu kahwin demgan Marissa. Malam pertama kami kahwin, kami sama-sama tak nak ada anak dalam masa setahun sebab kami tak saling suka. Tapi apa ibu buat? Ibu letak pil perancang dalam minuman Kiem dengan Marissa. Okay, Kiem boleh terima tapi bila Marissa dapat tahu dia mengandung. Dia marahkan Kiem, sebab ibu, dia terpaksa tangguh semua kerja model dia. Dan kalau ibu nak tahu dia hampir bunuh Dhea masa Dhea dalam janin. Dia tak boleh terima kenyataan yang dia mengandung. Bila Dhea lahir, ibu dengan Marissa sama-sama tak mahu tengok muka Dhea. Kiem, terkilan sangat masa tu dan sejak tu, Dhea kebahagiaan Kiem. Tak kira la susah ibu nak terima. Dhea tetap anak Kiem. Selamanya anak Syed Dariel Hakiem."

Usai berkata terus Dariel mendukung anak perempuannya naik ke atas. Dia tahu Dhea dengar segalanya. Dia bukan sengaja mahu anaknya dengan amarahnya namun kerana Puan Rahimah yang membenci anaknya hingga mahu Dhea mati membuatkan dia terpaksa meluahkan segalanya. Dua perkahwinannya hancur kerana Puan Rahimah dan dia takkan sesekali hancur kebahagiaan Anna kerana ibunya. Cukup la Marissa dan Azyara menjadi janda.

Dan kini dia ada satu sahaja harapan yang dia mahu.

Kembali kepada Azyara. Ya, dia harus pujuk Azyara untuk mereka kembali rujuk.

Mr. DudaWhere stories live. Discover now