"Sebab dorang ada mama. Tadi masa Raees balik, daddy dengan mummy dia datang ambik dia. Mika pula, daddy dia datang ambik tapi dia jumpa juga mama dia tapi Dhea? Hmm, Dhea rindu mama." Dhea memeluk leher Dariel.

Dariel mengeluh perlahan. Dia faham maksud anaknya. Dua bulan tanpa seorang ibu di sisi anak perempuannya membuatkan Dhea mula kurang rasa sayang. Hidup Dhea hanya penuh dengan dirinya dan Tuan Syed Aziz. Mereka lelaki dan agak sukar untuk memahami Dhea.

Puan Rahimah?

Ibunya, awal-awal sudah tolak Dhea ke tepi. Kejadian beberapa hari lalu membuatkan dia sedikit kesal dengan ibunya.

ISA sesekali mengerling memandang wajah monyok anak angkatnya. Dia nampak perubahan Darren sejak mereka pulang dari tadika. Dia tahu Darren kenal Dariel, mana mungkin Darren tidak kenal kalau lima tahun dia hanya melihat gambar Dariel dan hari ini mereka bersemuka.

Sungguh dia tak sangka, mereka akan berjumpa secepat ini.

"Daddy... Arren nak tanya sesuatu boleh?" suara Darren memecah sunyi kereta.

Isa senyum.

"Boleh. Tanya la, Arren nak tanya apa?" Isa memberi kebenaran. Matanya masih fokus pada pemanduannya.

"Ermm, papa Arren ada kahwin lain ke?" soal Darren. Isa terdiam. Namun pemanduannya tidak menggoyahkan perasaannya tika itu.

"Daddy... Arren tanya ni, betul ke, papa ada kahwin lain?" soal Darren lagi. Nada suaranya jugak kedengaran agak terdesak untuk mengetahuinya.

"Erm, kenapa Arren cakap macam tu?"

"Sebab Arren dah nampak semuanya. Seminggu, Arren tadika dekat situ. Cikgu selalu tanya Arren kenapa nama papa Arren dengan Dhea sama and today I was know yang rupanya Dhea dengan Arren adik beradik." perlahan suaranya menutur kata.

Isa memandang kilas Darren. Dia tahu Darren mahu kasih sayang seorang bapa walaupun dirinya dan Aden sudah memberi tapi ia tak sama seperti kasih sayang seorang bapa kandung.

"ASSALAMMUALAIKUM, abang dah balik." suara Isa memecah suasana riuh antara dua rakan itu. Maklum la, masing-masing tiada kerja jadi mereka hanya melepak di rumah Isa.

"Wa alaikumsalam. Lambat balik, abang? Darren mana?" soal Aisya sebaik melihat suaminya masuk ke rumah. Tangannya segera mencapai tangan kekar suaminya lalu dikucup lembut.

Isa senyum lalu membalas dengan kucupan di dahi Aisya. Matanya memandang wajah Medina yang santai menikmati makanan yang dihidang oleh isterinya.

"Arren, dah balik rumah. Katanya nak tidur. Penat. Nasib Yana ada kat rumah jadi abang biar la dia kat sana. Dee, aku nak cakap sesuatu dengan kau boleh?"

Medina yang mengangkat wajahnya. Mata memandang wajah Isa dan Aisya bersilih ganti. Aisya menjungkit bahu tidak tahu.

"Kalau macam tu, abang duduk la dulu. Sayang buatkan air untuk abang." Aisya berlalu ke dapur. Isa memandang pemergian isterinya ke dapur.

Dia mengambil tempat di sebelah Medina. Medina hanya beriak biasa. Dia yakin pasti ada sesuatu yang telah berlaku.

"Ermm, kau nak cakap apa?" Medina terlebih dahulu bersuara.

Isa memandang Medina serba salah.

"Aku tak tahu la Darren dah bagitahu hal ni dekat kau ke belum, tapi aku rasa kau patut tahu." kata Isa.

Medina mengerut dahi pelik. Dia memandang wajah Isa. Fikirannya mula tertanya-tanya. Anaknya ada buat hal dekat tadika ke?

"Kenapa? Arren buat hal dekat tadika ke? Dia tumbuk budak ke apa?" soal Medina bertalu-talu. Risau dia dengan anak tunggalnya itu.

Dia kenal Darren. Anaknya itu bukan boleh kira dengan budak mengusik dirinya. Pasti ada luka pada wajah kacaknya itu.

"Tak. Bukan pasal dia hal kat sekolah. Sepanjang seminggu, dia dekat tadika. Cikgu banyak puji dia sebab fasih dalam bahasa melayu. Ya la, lahir kat London tapi fasih bahasa melayu." masih segar ingatannya mendengar pujian cikgu di tadika Darren.

Medina senyum. Jujur dia bangga mendengar pujian itu. Bukan dia tak mahu ajar anaknya arif dalam bahasa inggeris kerana mereka tinggal di luar negara tapi disebabkan dia tak mahu lupakan asal usulnya, dia mendidik anaknya pertuturan dalam bahasa melayu. Biar la, orang nak pertikai sekalipun tapi dia bangga kerana bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan.

"Tapi itu bukan masalahnya." sambung Isa.

Medina berkerut dahinya. Dia masih tak faham dengan maksud Isa.

"Tak sebenarnya apa masalahnya kau nak bagitahu aku ni? Kata tak de kena mengena dengan hal sekolah jadi?"

Isa mengeluh. Dia sendiri tak tahu kenapa dia seakan gusar untuk beritahu Medina perihal sebenarnya. Padahal, ini berkaitan dengan Darren dan bapa kandungnya.

"Okay, aku bagitahu ni jangan terkejut." pesan Isa. Medina ketawa.

"Bagi je la tahu. Aku takkan terkejut punya," dengan yakin Medina berkata.

"Darren dah jumpa Dariel and one more thing, Dariel ada anak perempuan."

Medina terkedu. Matanya bulat memandang wajah Isa. Kejap-kejap dia tak salah dengar kan?

"A..ku a..ku, "

"Ya, kau tak salah dengar. Mereka dah berjumpa. Baru je beberapa minit yang lalu, mereka jumpa dekat taska. Masa tu, aku nak ambik Arren. Terkejut juga aku bila Dariel ada kat sana. Aku ingatkan dia datang nak jumpa Arren, mana la tahu dia dah tahu pasal hal ini. Rupanya aku salah, dia datang nak ambik anak perempuannya. Tak silap aku nama dia, Dhea." Isa menjelaskan perkara apa yang dia lihat hari ini.

Medina kelu. Dia seakan tidak dapat menganalisis apa yang dikatakan oleh Isa. Anaknya sudah berjumpa bekas suaminya tapi...

Siapa Dhea?

Mr. DudaWhere stories live. Discover now