E || 05

54.2K 2.4K 155
                                    

DARIEL mengemaskan pakaian pada tubuhnya. Dia hendak keluar kerana ada hal yang perlu dia uruskan sebelum dia kembali sibuk esok hari. Kaki melangkah keluar dari bilik. Tangga dituju mengatur langkah ke tingkat bawah. Kedengaran di ruang tamu seperti ada suara yang berbual. Dariel mengerut dahi pelik. Rasanya anaknya sudah keluar bersama abahnya beberapa minit lalu.

"Ha... Turun pun, ingatkan tak nak turun dah tadi." sindir Puan Rahimah. Di sisi kanannya, ada seorang perempuan berpakaian yang tak cukup kain.

Yea, dia akui Azyara dan Marissa tidak bertutup sepenuhnya tapi tak de la sampai nak tersingkap pahanya itu. Nak tunjuk kat siapa? Dia? Heh, maaf la dia tak pandang pun perempuan begitu murah sebegitu.

"Ermm, Kiem nak keluar jumpa Hafiey. Ada hal kejap. Ibu nak apa tunggu Kiem turun ni?" soalnya. Walaupun dia tak senang dengan kehadiran perempuan di sisi ibunya tapi entah dia memang tak berminat. Perempuan itu lain, seakan ada agenda disebalik wajah cantik itu.

"Eh, ha'ah lupa pulak ibu. Ni kenalkan Anna. Dia anak kawan ibu. Alaa, ibu ada bagitahu kamu semalam pasal dia. Ini la dia. Cantik. Budi bahasa pulak. Kerja pun elok tak macam isteri kedua kamu tu. Sekurangnya, dia jaga kamu elok." habis segala pujian diberi oleh Puan Rahimah kepada Anna.

Dariel hanya beriak biasa. Tak berminat dengan kata pujian ibunya. Jam dipergelangan kirinya di kerling kilas.

"Ermm, okay la, bu. Fiey pun dah bising Kiem lambat jumpa dia. Kiem pergi dulu." tanpa melihat wajah ibunya terus Dariel melangkah keluar dari ruang tamu. Tak sanggup rasanya dia mahu melihat tubuh Anna yang ketat seperti tiada pakaian.

"Kiem! Ya allah, penting sangat ke jumpa kawan dia tu dari Anna ni?" Puan Rahimah merengus tak puas hati. Matanya mengerling wajah Anna.

"Maafkan, aunty, Anna. Aunty, tak tahu pulak yang dia nak keluar. Kalau tahu dia nak keluar, aunty ajak Anna makan malam esok. Kesian Anna sampai KL terus singgah rumah aunty."

Anna mengukir senyum nipis. Walaupun dalam hatinya mengelegak dengan perangai Dariel kerana tak pandang dirinya. Apa? Dia ada buat silap ke? Rasanya pakaiannya elok sahaja untuk menggoda para lelaki. Takkan Dariel tak de perasaan padanya?

"Anna? Anna, okay ke?"

Anna memandang wajah Puan Rahimah. Dia kenal Puan Rahimah pun melalui ibunya beberapa hari lalu. Pada mulanya, dia membantah juga dengan pilihan ibunya. Ya la, duda anak satu. Siapa je nak terima lagi-lagi dia ingat lelaki itu dah tua. Tapi bila dah tengok depan mata. Rasanya tak salahkan kalau dia nak duda anak satu tu?

"Anna okay. Mungkin penat kut, ya la. Tak rehat lagi."

"Ya la. Kemungkinan juga sebab Anna baru sampai kan? Sekali lagi, aunty minta maaf ye." Anna hanya mengukir senyum. Namun dalam hatinya tiada siapa tahu tentang niat sebenarnya.

KERUSI kosong yang berada di hadapan rakannya di tarik kasar. Tanpa sempat rakannya mahu menyoal, air coklat rakannya disedut rakus. Dahaga. Panas. Lagi-lagi bila teringat Anna dirumah ibunya yang berpakaian seperti tak de kain. Nak kata miskin, rasanya perempuan itu kaya sepertinya. Padahal kain kapan cukup murah untuk tutup semua.

"Hoi! Kau ni dah kenapa? Datang-datang terus sedut air aku asal? Alamak! Kalau ye pun dahaga. Order la air sendiri." Firash berkata bengang.

Sudah la cuaca di Kuala Lumpur boleh tahan panas. Tambah pula, kawannya merembat air coklat kegemarannya memang panas la jawabnya.

"Sorry la. Aku panas sangat. Sampai air kau ni tak mampu nak sejukkan hati aku yang panas."

Firash berkerut dahi pelik.

Mr. Duda Where stories live. Discover now