"Hoi! Aku tanya ni? Boleh termenung pulak kau. Ingat siapa? Dariel atau Aden?" Medina menjeling. Dia tak tahu kenapa dia memiliki kawan yang positif seperti Aisya Adara.

Kalau setengah kawan, mungkin sudah maki dan menghalang dirinya untuk kembali kepada lelaki tak berguna tapi Aisya? Perempuan itu memang terbalik. Siap sokong lagi.

"Ya allah, Medina Azyara! I'm talking to you. Kau ni, memang sah la dah angau!" Medina tersedar. Matanya memandang wajah Aisya yang sedang marah dirinya.

"Kau ni dah kenapa nak marah aku? Chill la." Medina membalas tenang. Tak mahu nampak seperti dia yang bersalah walaupun faktanya dia yang bersalah.

"Ish, mana aku tak marah. Kau tu duk termenung je. Sakit hati aku tahu tak?"

"Ya la, sorry. Aku cuma fikirkan kerja aku tadi tu yang termenung. Kau nak apa, sebenarnya?" soalnya. Kali ini dia benar-benar serius dengan katanya.

Aisya ni bukan boleh bawa main. Karang tak pasal esok keluar berita New York News, seorang manager membunuh model yang baru naik? Hah, tak ke naya dia popular satu New York!

Ktak!

"Adoi, sakit la ngok!" Kepalanya yang terasa sakit diusap perlahan. Haih, memang papan betul tengkorak kepalanya.

"Itu sebab kau dari tadi termenung. Ergh, malas aku nak menyoal kau! Buang air liur aku je," Aisya merengus kasar. Sebal pulak dengan rakannya dari tadi termenung.

Ingat siapa?

Mesti tak lain tak bukan bekas suami Medina. Bukan dia tak tahu kisah mereka cuma dia tak tahu kenapa Dariel boleh bertindak melafazkan talak kepada Medina. Nak kata, Medina curang, rasanya elok sahaja wanita itu duduk di rumah sebaik tamat pengajian.

"Aku ingat aku seorang je tahu termenung." Aisya tersedar. Bibir mengukir sengihan tak bersalah. Kata orang tapi diri sendiri pun sama.

"Hehehehe, sorry. Aku cuma nak tanya kau something je,"

Medina mengerut dahi pelik.

"Something?"

"Ermm, tak de la macam something pun, cuma aku kasihan dengan Arren. Isa pun dah naik pening nak menjawab soalan si Arren tu."

"Maksud kau? Aku tak faham?"

"Papa. Arren selalu tanya Isa, mana papa dia? Dia selalu mimpi pasal papa tapi papa tak datang jumpa dia pun. Dia cemburu tengok kawan-kawan kat sekolah, semua ada papa tapi dia? Kejap Isa, kejap Aden. Bukan tu je, dia siap suruh Isa kahwin dengan kau! Ergh, panas je aku dengar Isa cerita dekat aku."

Medina kelu. Namun ayat akhir Aisya, dia tertawa kecil. Anaknya itu memang tak makan saman. Nasib la Aisya sayang anak lelakinya. Kalau tak, mahu beribu dia membayar saman kepada Aisya kerana mulut kecil Darren.

"Kau tak kesian ke, dekat Darren?" soal Aisya berhati-hati.

Medina diam. Dia tahu dia salah kerana sorok akan kandungannya lima tahun lalu, tapi tika itu, dia takut. Takut jika keluarga mertuanya menuduh dia menipu kerana dia dapat tahu pun seminggu selepas dia bercerai. Siapa je nak percaya kan?

"Aku bukan apa? Aku kesian dengan Darren. Tahun lepas, masa aku bawa dia balik Malaysia pun. Dia ada niat nak cari papa dia. Nasib la Isa ada tolong pujukkan si Darren tu. Kalau tak, hmm aku tak rasa aku boleh jumpa Darren lagi sekarang."

Medina kembali termenung. Ya, peristiwa setahun lalu tika Aisya mahu berkahwin dengan Isa di Malaysia amat mengugurkan jantungnya. Darren hampir larikan diri kerana mahu mencari papanya.

"Aku tahu kau cuba nak lupakan perkara tu, tapi entah aku pun tak tahu kenapa aku macam desak kau untuk kembali kepada Dariel. Aku yakin Dariel masih sayangkan kau walaupun dah lima tahun berlalu. Ya la, dalam masa lima tahun macam-macam boleh jadi, mungkin dia dah ada dua anak mana kita tahu kan? Aku bukan nak paksa kau kembali tapi aku nak kau kenalkan Darren pada dia. Dia layak tahu tentang Darren. Lagi-lagi Darren, lelaki, pewaris utama SD Coperation."

Medina terdiam sekejap. Apa yang dikatakan oleh Aisya memang benar. Dariel layak tahu tentang Darren tapi... Mampukah dia?

"Kau fikir-fikir la dulu. Aku tak paksa tapi kalau boleh fikir pasal Darren." Aisya menepuk perlahan bahu Medina. Dia tahu rakannya perlu masa berfikir. Lima tahun adalah tempoh paling lama untuk Medina meredakan hatinya.

Medina mengeluh perlahan. Berus mekap di campak ke dalam bekasnya. Fikirannya menjadi kusut. Dalam beberapa hari, dia sudah mempunyai pelbagai masalah. Bermula dengan Darren kerap bermimpi tentang ayahnya. Aden yang tak habis mendesaknya menerima lamaran lelaki itu dan sekejap tadi, Aisya menasihatinya untuk dia kembali ke Malaysia dan kenalkan Darren kepada bekas suaminya.

Argh! Kusut. Kalau tahu perkara ini akan terjadi, baik dia tak payah berkahwin dan kusut fikirannya dengan masalah. Malah dia pun tak akan mengambil keputusan untuk kahwin hingga ada yang sudi menerimanya dengan ikhlas. Medina mengeluh buat sekian kalinya.

Dia buntu.

Mr. DudaWhere stories live. Discover now