Telefon pintar yang berada di tangannya, membuka skrin untuk dia masuk isi dalaman telefon pintar miliknya. Contact dituju. Nama salah seorang rakannya didail. Dia harus mencari bekas isterinya semula. Itu tekadnya.

New York

Bibir mengukir senyuman lebar. Matanya fokus pada cahaya lensa kamera. Riak wajahnya sesekali berubah namun itu tak menghalang wajah ayunya untuk terus terkenal di mana-mana majalah.

"Okay, take a rest!"

Medina menarik nafas lega. Tengkuknya yang terasa lenguh diurut perlahan. Kerjaya sebagai model bukan mudah seperti orang sangkakan malah ada sahaja aktiviti yang perlu mereka lakukan, tapi dia tak kesah malah seronok dengan kerjanya walaupun baru empat tahun berkecimpung dalam dunia seni.

Kerusi yang berada di hadapan meja tatariasnya di tarik ke belakang lalu melabuhkan punggung di situ. Kasut tumit tinggi yang tersarung pada kakinya ditanggalkan. Sakit. Walaupun dia sering memakainya tapi dia gemar dengan ketinggian sederhana kerana ia tidak menyakitkan kakinya.

"Dee,"

Medina mengangkat wajahnya. Matanya menyapa wajah satu-satu rakan yang sudah menolongnya, Aisya Adara.

"Anak aku mana?" tanpa sempat Aisya mahu menyoal Medina. Medina terlebih dahulu menyoal keberadaan anaknya.

"Keluar dengan Isa. Aden ada sekali," jawab Aisya. Medina yang mendengar jawapan dari Aisya mengangguk kepala.

"Ermm, kau nak apa?" soalnya. Kini, fokusnya kembali pada kerjanya.

Aisya mengambil kerusi kosong di sebelah Medina. Tanpa bicara terus dia melabuhkan punggung di situ. Matanya memandang wajah Medina yang sedang bersolek.

"Aku cuma nak tanya sikit. Sikit je la, sebab aku rasa kau macam cuba mengelak dari Aden, atau kau memang menjauhkan diri dari dia?" soal Aisya.

Medina kaku. Berus mekap yang menyapu pipinya turut terhenti. Dia tahu Aisya mahu mengorek kata hatinya tapi...

"Aku bukan apa, Aden tu dah la handsome. Baik, kaya pulak. Rugi la kau, kalau tak kahwin dengan dia." Aisya seakan memujuknya. Medina menjeling menyampah. Dia tahu niat hati Aisya.

"Kau kalau tak soal perkara tu boleh? Aku tak nak fikir sebenarnya. Fikiran aku hanya Darren. Dia satu-satunya permata hati aku. Jadi, kau pun tahu jawapan aku kan?" Medina menjawab dengan tenang. Dia kembali menyapu blusher ke tulang pipinya.

Aisya mencebik.

"Alaa, kau ni. Tak best la, aku baru nak makan nasi minyak kau buat kali kedua."

"Tak payah kali kedua. Memang aku takkan kahwin, Sya. Aku rela jadi janda anak satu, dari sakit hati hadap perkara yang tak sepatutnya." Dia sudah serik. Kejadian lima tahun lalu mengingatkan dia berhati-hati dengan lelaki. Walaupun mereka baik, tapi dia tak mahu memberi harapan.

Cukup la, lima tahun lalu hidupnya dihina dan dicaci. Salahkah seorang anak yatim piatu mencari kasih sayang yang telah lama dia inginkan? Bukan salahnya kerana kedua-dua ibubapanya meninggal dunia.

"Ermm, atau sebenarnya kau masih berharap Dariel cari kau? Ya la, kau dengan dia kan cinta mati dulu." Medina memandang wajah Aisya. Tajam sahaja pandangan matanya.

Dariel.

Syed Dariel Hakiem Bin Syed Aziz.

Satu-satunya lelaki yang telah mencuri hatinya tika mereka belajar di Sydney, Australia. Sebaik mereka tamat pengajian terus Dariel mengajaknya berkahwin walaupun Dariel sudah menamatkan pengajian dua tahun awal. Dariel tetap menunggunya habis pengajian dan pulang ke Malaysia bersama.

Mr. DudaWhere stories live. Discover now