1 : Lost girl.

Mulai dari awal
                                    

Puan Aisyah makin tidak selesa. Orang ramai ada yang berhenti untuk menyaksikan senario pendek mereka. Dia merentap tangannya dari tangan Iesyraf tetapi anaknya masih tidak lepaskan.

"Ini?" Iesyraf angkat tangan mereka yang terkunci. "Kau kata aku tak belajar berdikari? Entah - entah kau tu sampai sekarang mengemis duit mak. Padahal nak jumpa mak kau pun susah."

Lelaki itu tersentap. Dia menggenggam penumbuk.

Iesyraf masih kekal tenang. Dia menambah, "kau kata aku malu? Langsung taklah. Kenapa?"

Dia tundukkan badannya yang tinggi ke sisi telinga lelaki itu. Berbisik halus di situ, "sebab dia syurga aku."

Lelaki itu merengus kasar. Dia meninggalkan anak - beranak itu dengan muka tidak puas hati.

Iesyraf menjeling pemergian lelaki itu. Rasa menyampah dan meluat bersatu dalam masa yang sama. Nama pun tidak tahu, ada hati nak menyindir Iesyraf?

Memang minta nahas!

"Umi okay?" Bahu Puan Aisyah disentuh. Iesyraf seka mutiara jernih di tubir mata uminya. Bukan dia tidak kenal Puan Aisyah, lemah - lembut sangat. Sensitiflah bahasa mudahnya. "Tak payah dengar lelaki tadi. Abaikan je."

"Heroicnya anak umi," puji Puan Aisyah sambil mengusap kepala Iesyraf. Cahaya matanya tersengih comel.

"Iesy kan tearsbreaker." Dia kenyitkan mata.

"ARGH TOLONG!"

Terincut bahu anak - beranak itu pabila jeritan nyaring seorang perempuan berleluasa. Ada beberapa orang terdengar laungan itu juga namun mereka tidak ambil peduli. Takut terlibat dengan hal yang tak sepatutnya.

"Iesy salah dengar ke tadi?" soal Iesyraf seraya membelek telinganya. Dia memandang Puan Aisyah dan arah suara tadi bersilih - ganti.

"Tak tahu. Cuba Iesy check. Hati - hati tahu?"

Iesyraf mengangguk. Dia mendekati suara tadi. Mengikut tanggapannya, mungkin ada perempuan jatuh longkang besar dan tidak mampu keluar. Ataupun dikacau hantu?

Hujung bibir Iesyraf naik. Telefon pintarnya dikeluar. Sudah lama dia simpan niat mahu berswafoto dengan mahluk halus. Selalu tengok dalam televisyen sahaja.

Iesyraf bersandar pada dinding konkrit bangunan. Dia pasti suara tadi datang dari sebalik dinding itu.

Jantung Iesyraf berdegup kencang. Bukannya takut tetapi teruja.

Impiannya mahu berjumpa dengan hantu akan tercapaikah?

Iesyraf melompat lalu memunculkan diri.

"Bah!"

Seorang perempuan dan dua orang lelaki yang agak sasa serentak menoleh kepadanya.

Senyum Iesyraf tadi terus memudar. Dia menyimpan semula telefon ke dalam poket seluar.

"Maaf kacau," tuturnya sopan lalu menundukkan sedikit badannya. Iesyraf berpaling untuk kembali ke Puan Aisyah.

Sangkanya, mereka bertiga berkawan.

"Awak, tolong saya!"

"Diamlah perempuan!" Kepala gadis itu dihentak ke lantai.

Telinga Iesyraf menegak.

Nampaknya, sangkaan dia salah.

Dia berpusing semula. Plastik sayuran tadi diikat kemas sebelum dia memasang kekuda. Mata sempat menganalisis keadaan.

Tangan lelaki pertama memegang beg tangan manakala lelaki lagi satu mencengkam kepala wanita malang itu.

"Perompak..." gumam Iesyraf. Dia menggeleng kepala. "Lepaskan dia."

TEARSBREAKERTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang