Bab 1

406 59 44
                                    

Pohon rimbun beringin tetap tegak berdiri walaupun sudah beratus tahun usianya. Persekitaran taman tersebut hijau saujana mata memandang. Titisan-titisan embum masih bersisa di hujung rumput. Dikuis sedikit air embun pada hujung-hujung rumput itu lalu diusapkan ke wajah aku berserta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kata opah itu petua awet muda.

Nyamanya pagi-pagi begini dengan kabus yang menyelubungi sekitar tasik itu. Paling seronok melihat itik berenang bersama-sama anak-anaknya. Comel betul!

"Hei... Berangan!"

"Oii itik cute! Donald duck!" spotan, aku melatah

"Hah... Inilah akibatnya kalau dah terpergaruh sangat dengan cerita-cerita kartun kat TV tu!" sergah si jejaka yang sedang duduk di sebelah aku.

"Hisy... Kau ni, Ad! Cuba bagi salam dulu. Ini main sergah-sergah aje macam orang tak beradat!" ngomel Qilah

"Amboi... Kau tuduh aku tak beradat!" sedap mulut tu! Nak aku cilikan ke?" Syed Azhar pura-pura marah dengan Qilah

"Dah memang betul pun! Cuba kau bagi salam. Ini tak... Main sergah-sergah pulak," Qilah menepis tangan Syed Azhar yang cuba mendarat di lengannya. Lelaki itu sudah terkekeh-kekeh mentertawakan aku.

"Eh, Qilah... Kenapa tak pergi sambut Rasya semalam? Mama dengan papa Qilah dan Amer aje yang ada. Aunty Aziah tanyakan Qilah." Syed Azhar mula menyoal setelah duduk di sebelah aku.

"Well... Sebenarnya Qilah rasa macam nak demanlah semalam. Sebab tu Qilah tak pergi sekali. Qilah tak mahu susahkan mama dan papa tengok muka Qilah masam pulak dan Qilah pun tak naklah Rasya rasa tak gembira pulak." Aqilah beralasan.

"Alaah... Jangan nak tipu adlah! Dulu, waktu Rasya nak pergi sambung belajar kat overseas pun, Qilah bagi alasan yang sama. Fiy... Dah dahlah tu. Lupakalah sengketa-sengketa Qilah dengan Rasya tu. Semuanya tak ada kesudahan. Lagipun, kita semua ni sepupu. Takkanlah hal budak-budak dulu pun nak bawa sampai ke besar?" Syed Azhar cuba menasihati Qilah yang dianggap macam adik sendiri.

"Eeiii... Qilah hairanlah! Kenapa semua tak faham Qilah? Ad pun tak pernah faham! Rasya tu kebanggaan mama dan papa! Selalu dijadikan contoh untuk Qilah ikut jejak langkah dia. Qilah tak suka lah! Mama dan papa cukup marah masa Qilah berhenti dari UTM dulu. Mereka nak Qilah jadi arkitek macam Rasya. Nak Qilah satu universiti dengan Rasya. Qilah rimaslah! Sejak dulu lagi Qilah selalu dibanding-bandingkan dengan Rasya. Bila Rasya ambil jurusan sains, kenapa Qilah tak boleh ikut jurusan sains macam Rasya? Bila Rasya ambil 14 mata pelajaran untuk SPM, papa desak Qilah ambil 14 mata pelajaran jugak untuk SPM! Rasya dapat anugerah cemerlang, kenapa Qilah tak dapat? Kenapa Qilah nak sangat ikut kelas kebudayaan itu? Tengok macam Rasya, dia boleh bentuk dirinya jadi arkitek. Takkan Qilah tak boleh? Apa faedah jadi budayawan itu? Itulah yang mama Qilah ungkit dari dulu sampai sekarang." Qilah meluahkan kekecewaannya.

"Qilah, ad faham."

"Apa yang ad faham? Mama, papa dan abang Amer pun tak pernah faham Qilag sejak kecil sampailah Qilah besar... Ini kan pula ad!" Aqilah mencebik. Baginya, tiada sesiapa yang memahami hati halusnya.

"Qilah tak harap semua orang faham Qilah! Qilah cuma minta pengertian dan restu semua untuk mencorak masa depan Qilah sendiri. Qilah tidak berkebolehan jadi doktor macam Abang Amer, tak mampu jadi macam Rasya, buah hati papa dan mama tu. Qilah cuma nak buat apa yang Qilah suka. Tolonglah jangan bandingkan Qilah dengan Rasya lagi. Kami berbeza & tak akan sama sampai bila-bila. Rasya ibarat Cinderella atau mungkin snow white dimata papa & mama. Qilah ni pulak, ibarat kakak-kakak tiri cinderella aja!" Aqilah merenung jauh ditasik yang permai. Sudah terlihat matahari yang menyinari pagi mereka.

Syed Azhar menepuk-nepuk manja pipi Aqilah. Dia tahu Aqilah kecil hati dengan Rasya & kedua orang tuanya.

"Janganlah sedih. Kalau uncle & aunty tak sayangkan Qilah, ad tetap sayangkan Qilah. Nanti Ad minta mama dan papa ad ambil Qilah jadi anak saudara angkat mereka, okey tak?" Syed Azhar cuba mengumpan senyuman aku.

"Ad, Qilah serius ni, tau!" jerit Aqilah tak puas hati.

"Eh, Ad pun tak main-mainlah!" Syed Azhar memaut bahu aku ke dalam pelukannya.

"Huh!" aku akhirnya tersenyum simpul di samping Syed Azhar

"Tapi... Ad kena tunggu rambut Qilah panjang macam perempuan, barulah ad berani sayang! Barulah boleh dijadikan bini!" Syed Azhar mengusik

"Emm... Dah Agak dah! Kolot!" aku menampar lengan Syed Azhar yang masih memaut kuat bahunya.

Azhar tersenyun memandang Aqilah. Gadis itu tetap cantik dimatanya walaupun kurang ciri-ciri wanita pada dirinya.

Mereka berdua bangkit dan berjalan mengelilingi tasik tersebut. Gembira seperti burung-burung yang terbang keluar dar sarangnya. Gembira seperti itik-itik yang bermain air di tasik.

To be continue...

Jangan lupa untuk tengok sambungannya 😉✨


Suamiku yang terbaikWhere stories live. Discover now