BAB 59 | PENGAKHIRAN

Começar do início
                                    

Elyana dan Tan Sri Rizman tersentak. Fasha mengukirkan senyuman. Tidak putus-putus ucapan syukur dihadiahkan buat Tuhan kerana sekali lagi nyawanya diselamatkan. Pihak polis terus menyerbu masuk ke dalam gudang itu. Pistol diacukan kepada mereka berdua.

"Letakkan senjata dan angkat tangan ke atas! Sekarang!" arah salah seorang polis di situ. Perlahan-lahan Elyana meletakkan pistolnya di atas lantai lalu dia terus mengangkat tangan.

Matanya yang sejak tadi meliar terhenti pada figura Zairul yang turut berdiri di situ. Lelaki itu dipandang tajam.

"Zairul, apa yang kau cuba buat ni! Kau cuba nak mengkhianati aku dan papa ke! Mengkhianati mama!" Zairul terus mengorak langkah menghadap Elyana. Keluhan serta-merta dilepaskan.

"Sudah-sudahlah dengan dendam ni. Zairul tak pernah mengkhianati sesiapa. Memang patut Rayyan masuk penjara. Perkara yang salah tetap salah, El."

Tan Sri Rizman mengetap rahang. Dia ingin meluru ke arah anak lelakinya itu tetapi pantas pihak polis mengambil tindakan. Dikunci pergerakan Elyana dan lelaki itu.

"Kamu memang anak tak guna, Zairul! Kamu memang tak guna! Penderhaka! Pengkhianat!" tengking Tan Sri Rizman sekuat hati. Zairul hanya menundukkan kepala.

"Maafkan, Zairul papa. Bawa mereka pergi," ujar Zairul perlahan.

Tan Sri Rizman dan Elyana terus dibawa pergi walaupun mereka meronta-ronta ingin melepaskan diri. Jeritan demi jeritan tidak dipedulikan Zairul. Lelaki itu terus menunduk memandang Fasha yang sedang memeluk jasad tidak bernyawa papanya itu. Sayu hatinya mendengar tangisan Fasha.

"Fasha... Aku tahu dengan hanya permohonan maaf, aku tak kan mudah dapat kemaafan kau. Kalau kau nak marah aku, marahlah. Asalkan aku dapat kemaafan kau. Disebabkan papa aku dan Elyana, kau terpaksa hidup dalam kesedihan dan kehilangan papa kau. Aku minta maaf, Fasha... Aku minta maaf..." ujar Zairul perlahan.

"Tak apalah, Zairul. Semua orang pernah buat silap. Begitu juga aku. Siapalah aku mahu menghakimi dan menghukum manusia lain. Seperti mana yang arwah papa aku cakap... Manusia tak akan ada sentiasa di sisi kita. Kerana yang kekal itu... Hanyalah Dia." Air matanya kembali mengalir. Dikucup lembut dahi arwah papanya itu.

"Fasha doakan supaya papa tenang di sana. Fasha akan sentiasa sayang dan rindukan papa di sini. Insya Allah, Fasha akan jadi anak yang taat kepada perintah Allah dan mama. Terima kasih untuk semua perkara yang papa telah korbankan. Terima kasih, papa..." luah Fasha bersama senyuman.








































•¤•











































Lima tahun kemudian,

BUMI Mesir yang merupakan tempat tinggal sementaranya sekarang direnung melalui jendela yang terbuka luas. Menikmati setiap episod lamanya yang jauh ditinggalkan di bumi Malaysia pada lima tahun yang lepas. Ujian dan dugaan yang paling berat untuk ditempuhi kerana ketika itu imannya hanyalah senipis kulit bawang dan baru sahaja memulakan langkah mengenali Allah.

Setelah mendapatkan restu mamanya untuk melanjutkan pelajaran di negara ini, sedaya upaya ilmu agama cuba untuk didalami dengan baik. Dan kini, setiap bait ayat yang terkandung dalam Al-Quran sudah terpahat di dadanya.

Jika ketika dahulu bibirnya hanya melontarkan kata-kata dusta, kini dia sering mengungkapkan kalimah-kalimah cinta Yang Maha Esa. Azamnya sentiasa diperbaharui hari demi hari agar dia dapat memperoleh gelaran bidadari dunia yang solehah dan taat di sisi Allah S.W.T.

Tidak semena-mena, fikirannya teralayar memikirkan Fahrin. Butiran air matanya pun menitis. Sungguh. Dia rindukan lelaki itu.

Namun, dibuang perasaan itu sejauh yang mungkin. Air matanya segera dilap. Merindui lelaki yang bukan halal untuknya termasuk dalam ketegori zina hati. Cukuplah dengan dosa-dosanya yang bertimbun sewaktu masa silamnya.

'Ya Allah, peliharalah imanku dan hatiku daripada terus mengingati cinta selain-Mu,' bisiknya perlahan.

"Fasha..." Suara Wardina lembut menegur. Fasha terus menoleh lalu bibirnya mengukirkan senyuman.

"Kita dapat berita yang Syria sekali lagi dibom pada waktu malam tadi. Jadi, pasukan sukarelawan kita sedang membuat persiapan untuk memberikan bantuan. Nak ikut tak?" tanya Wardina. Fasha pantas mengangguk.

"Mestilah aku ikut. Bagi aku pakai niqab sekejap," ujar Fasha lalu memakai niqab. Wardina hanya memerhati bersama senyuman.

Perasaan bangga terbit dalam hatinya apabila melihat perubahan demi perubahan yang dilakukan gadis itu selama ini. Peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika dahulu sedikit sebanyak mematangkan gadis itu dalam penghijrahan. Namun, dia tidak dapat nafikan perasaan simpati dan kasihannya kepada gadis itu atas setiap dugaan dan ujian yang diturunkan.

Keputusannya untuk turut serta mengikut Fasha melanjutkan pelajaran di Mesir menjadi salah satu kekuatan bagi gadis itu untuk terus berjaya dalam kehidupan selepas Puan Sri Elivia. Dan kini, Fasha berjaya mencapai gelaran hafizah dan menelaah kitab-kitab agama hasil kebijaksaan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Dia sendiripun tidak mampu menjadi seperti gadis itu.

"Sudah. Marilah pergi," tegur Fasha. Mata gadis itu sedikit mengecil, tanda gadis itu sedang tersenyum di sebalik kain niqab itu. Cantik.

"Jom," ujar Wardina bersama senyuman.




















































Tinggal 1 bab lagiiiii!!! 😱😱


Okey semua. Bukan kerana dia dah nak sampai ke penghujungnya. Huhu 😭😭





BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Onde histórias criam vida. Descubra agora